Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, March 21, 2017

Jumlah Doktor di Malaysia masih sikit , tetapi kenapa pemilihan doktor semakin sukar ?

KUALA LUMPUR: Industri perubatan negara masih kekurangan doktor pada nisbah seorang doktor bagi 656 pesakit.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, antara faktor penyumbang ialah pertambahan bilangan penduduk, peningkatan beban penyakit, jangkaan rakyat yang tinggi terhadap penjagaan kesihatan dan peningkatan penggunaan perkhidmatan kesihatan.
"Ketika ini, negara memiliki 46,461 doktor dengan 35,545 daripadanya berkhidmat di sektor awam dan 12,446 doktor berkhidmat di sektor swasta.
"Justeru, negara memerlukan tambahan doktor bagi mengatasi masalah berkenaan dan mengekalkan status sebagai antara sistem perubatan terbaik di dunia," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN- Sipitang) di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr Hilmi berkata, majalah International Living mengiktiraf sistem penjagaan kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia berbanding 24 negara lain selama tiga tahun berturut-turut.
Beliau berkata, kajian penyelidikan Sri Lanka yang diterbitkan World Innovation Summit For Health di Doha turut memberikan pengiktirafan sama.

bharian
Read more ...

Sunday, March 19, 2017

Yap Sean Yee memperbaharui rekod kebangsaanya


KUALA LUMPUR: Ratu lompat tinggi negara, Yap Sean Yee memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa, hari ini.
Atlet pelapis kebangsaan itu mencatat ketinggian 1.81 meter pada percubaan pertama, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan 1.79m yang dilakarkan pada Kejohanan Terbuka Pahang 2015.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi atlet Sekolah Sukan Bukit Jalil, Shahira Sazali dan M Nanthini yang mencatat lompatan 1.60m dan 1.45m.
Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Zainal Abas berkata beliau tidak menyangka Sean Yee dapat memecahkan rekod peribadinya sambil berharap kejayaan itu mencerahkan peluang atlet berkenaan untuk diserapkan ke dalam Program 'Kita Juara'.
Program 'Kita Juara' adalah program khas Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menyediakan atlet untuk mencapai sasaran muncul juara keseluruhan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, 19 hingga 31 Ogos ini.
"Kalau dia boleh kekalkan lompatan pada ketinggian 1.80 meter, saya yakin dia berada dalam posisi terbaik untuk meraih kedudukan podium pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 nanti," kata Zainal.
Dalam perkembangan sama, Zainal yakin kejayaan cemerlang yang dilakar skuad olahraga negara sejak kebelakangan ini adalah landasan terbaik untuk memburu kejayaan gemilang pada Sukan SEA nanti.
Beliau memaklumkan skuad olahraga negara yang menjalani latihan di Afrika Selatan sejak bulan lalu, berkemungkinan akan meneruskan latihan persediaan selain menyertai pertandingan di Eropah pada bulan Mei atau Julai ini sebagai persediaan akhir menghadapi Sukan SEA.
Keputusan itu, kata Zainal, bagaimanapun bergantung kepada perbincangan antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan MSN yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.
Skuad olahraga kebangsaan yang diketuai pemegang rekod 100m kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan berada di Afrika Selatan sejak bulan lalu bagi menyertai latihan dan pertandingan selama dua bulan di negara berkenaan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. - BERNAMA
bharian
Read more ...

'Amerika Syarikat menembak jatuh pesawat MH370' kata bekas pengarah syarikat penerbangan Perancis


SEORANG bekas pengarah syarikat penerbangan Perancis mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyembunyikan perkara itu.
Marc Dugain yang pernah mengetuai Proteus Airlines dan seorang penulis terkenal berkata, AS menjadikan pesawat berkenaan sebagai sasaran kerana mereka bimbang ia serangan ala 11 September yang mensasarkan pangkalan tentera di Lautan Hindi.
Dalam artikel yang diterbitkan dalam sebuah majalah Perancis, Paris Match, beliau mendakwa pesawat Boeing 777 itu terhempas bukan di lokasi di mana pasukan carian antarabangsa menjelajah lautan untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan, tetapi berdekatan pangkalan tentera AS di wilayah milik British iaitu Diego Garcia.
"Ia adalah satu pangkalan tentera yang sangat kuat. Sangat mengejutkan apabila AS gagal menjejaki pesawat ini. Tanpa mengaitkan tragedi berkenaan dengan teori konspirasi, ada kemungkinan AS telah menjatuhkan pesawat ini," katanya.
Dugain kemudian mempersoalkan bagaimana dalam dunia teknologi serba canggih ini, objek sepanjang 63 meter hilang tanpa dapat dikesan, sambil mengandaikan bahawa terdapat usaha oleh sesetengah pihak untuk menyembunyikan bukti.
Pangkalan tentera berkenaan, yang terletak kira-kira 4,828 kilometer di barat laut Australia, digunakan sebagai pangkalan tentera AS sejak tahun 1970-an dan kini menempatkan kira-kira 1,700 anggota tentera.
Banyak teori konspirasi mengenai Diego Garcia disiarkan sejak kehilangan MH370, namun kerajaan AS berulang kali menafikan bahawa pesawat MH370 terbang berhampiran dengan pangkalan berkenaan.
Dugain merujuk kepada saksi di Maldives yang memberitahunya bahawa mereka melihat sebuah pesawat besar yang terdapat logo Malaysia Airlines terbang rendah ke arah pulau berkenaan.
Tidak lama selepas laporan kehilangan pesawat yang membawa 239 orang daripada 15 negara itu pada 8 Mac, media tempatan di Maldives melaporkan bahawa terdapat objek dipercayai alat pemadam api dari pesawat berkenaan terdampar di pantai di Baarah. Bagaimanapun, penemuan itu tidak pernah disahkan.
Beliau berkata MH370 mungkin dirampas oleh penggodam dari jauh dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia, jauh dari laluan penerbangan asal iaitu dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Bagi menjelaskan ketiadaan komunikasi elektronik ketika pesawat berkenaan hilang dari radar, beliau berkata kebakaran mungkin memaksa anak kapal untuk mematikan semua peranti, tanpa merosakkan bahagian luar pesawat.
Laporan rasmi MH370 menyatakan bahawa penumpang mungkin mati akibat sesak nafas apabila kabin kehabisan oksigen menyebabkan pesawat berkenaan berada dalam 'auto-pilot' sehingga ia kehabisan bahan api dan terjunam ke dalam laut.
Dugain mendakwa, beliau telah diberi amaran oleh seorang pegawai perisikan British bahawa beliau mengambil "risiko" apabila menyelidik nasib MH370.
"Pasti ada orang yang tahu," katanya. - Belfast Telegraph
Bharian
Read more ...

Baddrol diangkat sebagai permain terbaik bulan Februari dalam Liga Super

'

Baddrol yang merupakan permain tengah kedah ,berjaya dinobatkan sebagai permain terbaik Liga Super bulan Februari. Dalam satu sesi undian ,Badrul berjaya mengalahkan kesemua persaingannya dengan berjaya mengutip sebanyak 17,073 undian. Baddrul yang berjaya permain lain contohnya, Muhammad Ghaddar, Matthew Alves dan Mark Hartman dan undian tersebut


Selaku penerima anugerah Baddrol menerima wang tunai sebanyak RM1,500 dan juga plak hadiah sumbangan 139 associates dan MVP Sport Agency dan trofi sumbangan ideaasia

Anugerah yang dilakukan ini dapat memberikan penghargaan kepada permaian bola sepak di Liga Super. Perkara ini dapat meningkatkan lagi kualiti permain bola sepak Liga Super pada masa akan datang
Read more ...

Sejarah Menarik Elbart Einstein

Kita semua pasti kenal akan Albert Einstein. Di sini ada sedikit info tentang beliau:
Beliau adalah salah seorang saintis terhebat sepanjang masa. Dia datang dengan teori relativiti. Beliau dilahirkan di Jerman tetapi berpindah ke Amerika, di mana beliau meninggal dunia pada tahun 1955. Dan dia juga popular dengan model rambut liar.

Einstein dilahirkan pada 14 Mac 1879, di bahagian belakang kepala beliau dilaporkan begitu besar, keluarganya bimbang sesuatu yang tidak kena dengan dia. Tetapi dalam masa beberapa minggu pertama, bentuk kepalanya lebih normal.

Einstein lambat bercakap. Ada yang mengatakan dia tidak boleh bertutur sehingga umur empat tahun. Stanford economist, Dr Thomas Sowell mengatakan kemungkinan "Einstein Sindrom" untuk menggambarkan orang yang sangat pintar menyebabkan terlewat bertutur. Malah, Einstein bukanlah seorang pelajar miskin. Dia fasih dalam fizik kolej sebelum dia berusia 11 tahun, dia adalah seorang '' bijak '' Pemain biola , dan menerima markah yang tinggi dalam bahasa Latin dan Yunani. Sebelum umur 15 dia sudah menguasai kalkulus.
Einstein mempunyai anak luar nikah. Sebelum Einstein dan isteri pertamanya , Mileva Marić , berkahwin, dia diam-diam melahirkan anak perempuan mereka di rumah ibu bapanya di Serbia, majalah Time melaporkan . Tetapi nasib bayi yang bernama Lieserl , adalah tidak jelas. Beliau pada dasarnya hilang dari rekod sejarah tidak lama selepas kelahiran. Tidak ada bukti bahawa Einstein pernah melihat anak perempuannya.

Elsa Einstein - menjadi isterinya yang kedua pada tahun 1919. Kedua-dua dilaporkan sangat romantis berbadiang perkahwinan pertama Einstein, menurut Bio.com.

Einstein dikatakan sangat popular di kalangan wanita. Dalam surat yang beliau telah menulis kepada Elsa, Einstein sedia mengakui banyak hal ehwal luar nikah.

Memakai sarung kaki bukanlah kegemaran Einstein. Dalam satu lagi surat kepada Elsa, Einstein menulis bahawa beliau "terlupa memakai sarung kaki" di Universiti Oxford. Genius yang terkenal di dunia, akhirnya dikenali dengan penampilan tidak terurus beliau - walaupun lebih banyak perhatian tertumpu kepada rambutnya daripada di kakinya.

Einstein adalah seorang ahli NAACP. Secara khusus, bab dalam Princeton, NJ, di mana beliau tinggal dan bekerja. Tetapi sebelum Einstein berpindah secara kekal ke Amerika pada tahun 1933, beliau berutus dengan aktivis hak-hak sivil dan sarjana WEB Dubois, pengasas NAACP. Dan dalam ucapannya 1946 di Universiti Lincoln di Pennsylvania, Einstein digelar perkauman "a disease,"... dari Warta Harvard.


Einstein meninggal dunia pada 18 April 1955 iaitu mengalami saluran darah pecah. Menurut laman web American Museum of Natural History, doktor mencadangkan pembedahan, tetapi Einstein menolak, dengan berkata, "Ia adalah hambar untuk memanjangkan jangka hayat secara buatan."





sumber:dairishare
Read more ...

Harimau hodoh dipindahkan daripada kem tentera Indonesia



Bandung: Tentera Indonesia bertindak menurunkan patung harimau di depan sebuah kem komando di sini selepas ia menjadi bahan lawak di media sosial kerana rupanya yang bukan sahaja tidak garang, malah lucu.

Menurut Harian Metro, harimau terbabit merupakan maskot kem tentera di Cisewu. Disebabkan mulutnya yang kelihatan seperti tersenyum menyebabkan ia mulai viral media sosial.

Ramai pengguna media sosial menganggap patung harimau itu lucu dan sehingga menerima jolokan ‘harimau paling bahagia di dunia.’

Kepala saya sakit kerana menahan ketawa apabila melihat beberapa gambar jenaka harimau Cisewu ini,” kata pengguna Twitter, Galcit.


Selepas gambar itu viral, tentera akhirnya menurunkan patung yang sudah enam tahun berada di situ kelmarin.

Harimau sepatutnya kelihatan garang kerana haiwan itu melambangkan keberanian dan ketangkasan.

Apabila seseorang mengkritik patung itu kerana kelihatan lucu kami tidak boleh tidak mengendahkannya,” kata jurucakap tentera, Mokhamad Desi Arianto.

Menurutnya, maskot harimau yang baru dan garang akan menggantikan tempat patung lama itu.

Tidak lama selepas gambar patung harimau itu diturunkan, pengguna media sosial melahirkan kesedihan dengan tindakan tentera itu.



Sumber :siakapkeli
Read more ...

Friday, March 17, 2017

Lelaki membayar hutang dengan KTM dengan surat yang mengandungi duit




Sesuatu yang luar biasa terjadi kepada KTMB Berhad hari ini apabila pihaknya menerima surat dari seorang individu yang mahu membayar tambang yang pernah 'dihutangnya' pada tahun 2001.

Menurut surat yang dimuat naik oleh KTM Berhad di laman Twitter, kejadian itu berlaku ketika si penghutang dan seorang rakan menaiki komuter tetapi turun di kawasan yang tidak sepatutnya.

"Saya pernah menaiki komuter pada tahun 2001 di Stesen Bangi ke Bank Negara tetapi turun di Stesen Putra tanpa membayar tiket tambahan (RM1 di antara Bank Negara ke Putra).

Berserta surat itu dimasukkan sekali not kertas RM5.

Difahamkan, lelaki itu cuma berhutang RM1 tetapi dia melangsaikan sekali 'hutang' rakannya dan turut menderma wang lebihan sebanyak RM3.

"Jadi di sini saya sertakan RM2 (saya dan seorang rakan) sebagai ganti. Semoga dapat disampaikan kepada pihak yang sepatutnya.

"RM3 saya lagi saya sedekahkan kepada orang yang dapat membantu menyampaikan amanah saya ini. Maafkan kesalahan saya." tulis surat tersebut.

KTM di dalam tweet tersebut berterima kasih kepada individu tersebut dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang jujur.

"Hari ini kami terima surat bersama dengan wang RM5 untuk bayaran tambang tiket Komuter tahun 2001. Terima kasih banyak-banyak. #jujur." tulis KTM.



sumber:siakapkeli

Read more ...

Wednesday, March 15, 2017

Udara di China perlu dia bayar ?



Kalau di Malaysia kita cuma perlu pergi ke dalam hutan atau taman tumbuhan untuk menghirup udara segar, tetapi penduduk di bandar Xi'an, China pula perlu membayar 18 yuan (RM12) untuk mendapatkan satu tin udara segar untuk dihirup.

Menurut Shanghaiist, udara itu diambil dari kawansan pergunungan Qinling yang berada berdekatan dan ianya mula dijual baru-baru ini.

Setiap tin itu mempunyai 7 liter udara.

Bagaimanapun, agak mengejutkan juga apabila udara-udara itu dijual oleh jabatan perhutanan tempatan di sini dengan pelaburan 200,000 yuan (RM128,000) dari kerajaan untuk projek tersebut.



'Ini adalah langkah pertama kerajaan meletakkan cukai ke atas udara, ' tulis seorang netizen di negara itu.

Tahun lepas, udara segar dijual pada harga yang lebih murah; 1 yuan; di sebuah pasar raya di kawasan yang sama.



Sumber:SiakapKeli


Read more ...

Lelaki daripada negara Namibia (afrika selatan) menyanyikan lagu tentang Malaysia ?


       Kaiho merupakan seorang pelajar berkerakyatan Namibia .Beliau belajar di UPSI universiti di Malaysia. Kaiho yang tinggal di Tanjung Malim ,ditaja oleh Biasiswa negaranya untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia . Di rumahnya di Tanjung Malim Kaiho tinggal bersama rakan-rakannya yang sama negara dengannya.


      Pada 28 Februari Kaiho berjaya menghasilkan sebuah lagu yang ditujukan khas untuk menunjukan cintanya kepada negara Malaysia.Pembuatan lagu tersebut dibantu oleh MVM MUSIC.
Ini menunjukkan bahawa negara kita Malaysia merupakan negara yang bertuah kerana ramai pelajar ingin belajar di negara ini kerana keharmonian dan keadaan kondusif  untuk belajar dan menimba pengalaman.


Read more ...

Tuesday, March 14, 2017

'Nama anak saya Viva,nama saya Proton' Kata-kata yang diucapkan oleh seorang bapa

‘Saya Proton Saga, anak saya Viva!’

TROLAK - “Tak tahu nak letak nama apa masa tu, ada orang cadangkan Proton Saga, saya fikir bagus juga, jadi saya terus setuju.”
Itu reaksi Kelambu Jambi, 54, mengenai nama unik anak sulungnya, Proton Saga yang diambil sempena nama model kereta nasional pertama negara.
Mengimbas kenangan 33 tahun lalu, Kelambu berkata, nama itu dicadangkan seorang anggota polis yang ditemui di pejabat pendaftaran ketika hadir untuk mendaftarkan nama anak lelakinya.

Katanya, dia yang tidak tahu menulis dan membaca bingung kerana tidak mempunyai sebarang idea untuk menamakan anaknya.
“Ada seorang polis di Trolak cadangkan nama Proton Saga, saya ikut saja.
“Mungkin masa tu negara kita nak keluarkan kereta yang pertama,  jadi polis tu pun beri cadangan nama Proton Saga untuk anak sulung saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Kampung Orang Asli Sungai Jentong, Trolak.
Nama Proton Saga anak Kelambu ini mula menjadi perhatian selepas surat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tertulis namanya menjadi tular di media sosial.

Anak sulung daripada tujuh beradik hasil perkongsian hidup Kelambu bersama Jamaliah Dua, 49, ini dilahirkan pada 6 Ogos 1984, kira-kira 11 bulan sebelum model kereta Proton Saga dilancarkan pada Julai 1985.
Menurut Kelambu, dia dan isteri sedikit pun tidak menyesal dengan pilihan nama itu, malah berbangga setiap kali orang menyebut nama anaknya.
“Masa mula-mula dengar memanglah macam janggal, tapi lama-lama dah biasa.
“Orang luar yang pertama kali dengar nama anak saya akan cakap nama itu unik dan sangat bagus. Sebagai bapa tentulah saya bangga,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, hanya anak sulung memiliki nama unik, sementara enam yang lain menggunakan nama biasa, antaranya Arman, Hasimah dan Ahmad.
Buat apa nak malu

Proton Saga ketika ditemui berkata, tidak ada sekelumit pun perasaan malu mengenai nama yang diberikan itu.
Katanya, sejak kecil, kawan-kawan sekampungnya juga tidak pernah mengejek atau mempermainkan namanya meskipun mereka tahu ia nama sebuah kereta.
“Saya tak kisah pun, buat apa nak malu atau segan. Kalau orang tanya nama, saya beritahu nama sebenar.
“Cuma di sini, orang kampung lebih senang panggil saya Alor, tapi mereka tahu nama sebenar saya dan terima saja nama tu,” katanya.
Dia sama sekali tidak menyangka namanya jadi tular gara-gara BR1M yang diterima sejak 2012 itu.
“Saya dah lama terima BR1M, tapi tak sangka baru kali ni heboh. Saya pun tak tahu nama saya dah disebut-sebut orang sampailah ada wartawan cari,” katanya.
Namakan anak Viva

Proton Saga mendirikan rumah tangga bersama Rodiah Yok Ramu, 30, dan dikurniakan sepasang anak, Viva, 10, dan Sani berusia setahun.
Seakan mengulangi sejarah bapanya, anak sulungnya turut diberi nama unik iaitu Viva sempena kereta dihasilkan Perodua pada Mei 2007.
Menurutnya, nama itu dicadangkan seorang jururawat di Tapah memandangkan pada ketika itu anaknya lahir dua bulan selepas model kereta itu dilancarkan.
“Macam bapa saya juga, waktu tu saya tak tahu nak letak nama apa. Kebetulan ada misi datang periksa isteri saya. Dia beri cadangan nama Viva. Saya dan isteri rasa itu unik dan terus setuju,” katanya.
Secara berseloroh, dia mengakui akan tersenyum setiap kali melihat Mykid anaknya tertera Viva Proton Saga. Viva kini berada di tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Selatan.


Sumber :Sinar Harian
Read more ...

Rakyat di Korea Utara terpaksa makan daging anjing ?

   Artikel pada hari ini , kita akan berbincang tentang negara Korea Utara . Negara yang mempunyai ideologi komunis,dan diketuai oleh Kim Jong-un.

Kepimpinan negara Korea Utara yang melarang untuk rakyatnya untuk mempunyai daging lembu untuk dimakan pada hari - hari biasa ,menyebabkan rakyat dinegara itu terpaka untuk menjadikan daging anjing sebagai ganti untuk mendapatkan protein dan juga vitamin yang diperlukan.

   Selain itu,media-media di Korea Utara banyak kali mengatakan kebaikan daging anjing adalah lebih tinggi daripada daging-daging yang lain.Propaganda ini juga menyebabkan ramai rakyat Korea Utara percaya tentang perkara ini.Stesen Radio di Korea Utara juga banyak kali mengatakan bahawa daging anjing merupakan ubat. Tetapi kesahihan tentang kebaikan daging anjing masih tidak disahkan sebagai benar ataupun hanya penipuan negara Korea Utara.


 Kita sepatutnya berasa bersyukur kenara tinggal dibumi yang masih aman ini, Malaysia masih tidak menyeleweng maklumat untuk kepentingan diri mereka .Kita di Malaysia masih dapat merasai nikmat daging lembu ,manakala di sana mereka dilarang untuk mempunyai daging lembu pada hari-hari biasa.
Read more ...

Monday, March 13, 2017

Apakah Kekuatan tentera Korea Utara??????

Konflik baru-baru ini menyebabkan orang tertanya adakah Korea Utara merupakan ancaman kepada keselamatan dunia. Korea Utara yang mempunyai senjata nuklear , mula menggerunkan ramai pihak . Pada hari ini saya akan berkongsi fakta dan kekuatan sebenar Korea Utara .

   Mengikut laman sesawang globalfirepower.com kekuatan Korea Utara berada pada ranking yang ke 25 daripada 126 negara . Jumlah penduduk Korea Utara hampir sebanyak 25 juta orang . Korea utara mempunyai 11 juta orang yang sesuai untuk menjadi tentera .

   Dalam kekuatan darat pula , Korea Utara mempunyai

Kereta kebal:4200
(SPG):2250
Artileri:4300
(MLPS):2400

Kebanyakkan teknologi ini merupakan teknologi semasa perang dingin , jadi tidak bergitu canggih meskipun mempunyai dalam bilangan yang besar

Kekuatan udara.

Pesawat:944
Helikopter:202
Helikopter penyerang :20

Sama juga seperti peralatan perang didarat kebanyakkan peninggalan perang .

Kekuatan laut .

Frigate:3
Corvattes:2
Kapal selam :70
Kapal penjaga kawasan perairan:211
Kapal periuk api : 23

Walaupun mempunyai kapal selam yang banyak , kebanyakannya hanya kapal selam yang kecil yang kurang berkuasa

Segala maklumat di atas hanya informasi yang tidak mempunyai apa-apa pengaruh buruk

Read more ...

Sunday, March 12, 2017

Tindakkan Raja Bomoh memagar Malaysia daripada serangan Nuklear Korea Utara



Sepang - Mungkin sudah lama kita tidak mendengar nama Raja Bomoh, namun beliau sekali lagi muncul baru-baru ini dengan ritual terbarunya.

Raja Bomoh atau Mahaguru Ibrahim Mat Zin dilihat membuat satu ritual yang bertujuan memastikan 11 rakyat Malaysia yang ditahan sejak 7 Mac lalu dibebaskan dalam masa terdekat dalam masa yang sama 'memagar' Malaysia dari serangan asing.

"Ritual Datuk pada kali ini untuk bertujuan untuk memagar (melindungi) Malaysia dari sebarang ancaman atau serangan negara luar khususnya Korea Utara.

"Selain daripada itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati pemimpin tertinggi Korea Utara agar segera membebaskan 11 rakyat Malaysia ditahan sekaligus memulihkan isu yang semakin berlarutan ini" katanya sebagaimana lapor portal berita tempatan, Smasa News.

Menerusi video ritual itu, dilihat Raja Bomoh menggunakan teropong, buah kelapa dan lima meriam buluh sebagai simbolik selain berdoa bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini.

"Ritual yang Datuk lakukan ini bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak, tapi hanya sekadar langkah awal bagi memastikan konflik ini dapat diselesaikan segera.

"Sebab itu Datuk hanya guna meriam buluh sebagai simbolik dan petua orang dahulu kala ketika diancam pihak musuh," katanya lagi.

Sumber: Smasanews

Tin
Read more ...

Thursday, February 09, 2017

Kilang di China menggantikan 90% pekerjanya dengan tangan robot


Kilang yang berada di Dongguan ,yang beradi ditengah-tengah kawasan Guangdong telah membuat satu tindakkan yang drastik dengan memecat 90% pekerjanya dan mengantikannya dengan robot . Changying Precision Technology Company yang mempunyai barisan penghasilan yang berfungsi secara penuh secara automatik ,dengan adanya penggantian ini dikatan ia dapat mengurangkan peratus barang untuk rosak dalam penghasilan barang tersebut.Selain itu, kadar penghasilan produk juga bertambah dengan menggantikan 590 pekerja terebut dengan tangan robot.

Pada masa ini hanya terdapat 60 sahaja yang masih berkerja dikilang disebut . Dijangkakan bilangan tersebut akan berkurangan lagi sehingga mencapai 30 orang sahaja.

Bagi pendapat admin perkara ini memang bagus , tetapi ia dapat menjadi punca hilang nya pekerjaan dan seterusnya meningkatkan taraf kemiskinan
Read more ...

Tuesday, February 07, 2017

Israel menlanggar undang-undang kontroversi terhadap penempatan di Tebing Barat ?


Parlimen Israel telah membenarkan sebanyak 4000 pembinaan penempatan haram rakyat Israel di tanah peribadi penduduk Palestin ,dengan ganti Kerajaan Israel akan memberikan bantuan kewangan dan tanah alternatif

Pentadbiran negara Amerika Syarikat yang baru menyebabkan negara Israel berani merancang lebih banyak penempatan haram di tebing barat .Kerajaan Israel telah mempunyai rancangan untuk membina beribu lagi penempatan baru di tebing barat

Sepanjang penempatan haram ini dimulakan pada tahun 1967 sebanyak 600,000 orang yahudi tinggal di kawasan penempatan haram tersebut.Sebanyak 97 penempatan telah dibina tanpa kebenaran. Perkara ini meningkatkan ketegangan antara Palestin dan Israel.

Pada pendapat Admin perkara ini menyebabkan ketegangan antara negara Israel dan Palestin semakin meningkat dan isu ini tidak akan selesai jika tidak diambil secara serius oleh UN.
Read more ...

Tiba Di Malaysia Pagi Tadi, Sabah Negeri Pertama Haramkan Selva Masuk ?



Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah dalam satu kenyataan telah mengambil keputusan untuk mengharamkan bekas perogol bersiri warga Malaysia, Selva daripada memasuki Sabah, lapor Bernama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, larangan berkenaan telah dikuatkuasakan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan lelaki tersebut dilabel individu paling berbahaya.

“Dia tidak diterima di Sabah kerana boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.

“Kami tidak boleh menanggung risiko membiarkan individu yang berpotensi mendatangkan bahaya bergerak bebas. Rakyat perlu dilindungi,” katanya.

Selva, yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, tiba di Malaysia awal pagi tadi.

Dia dipenjarakan di Kanada selepas didapati bersalah atas 30 tuduhan jenayah terhadap wanita termasuk serangan seksual. - Siakapkeli.my
Read more ...

500 ahli kelaurga bergambar dalam satu gambar keluarga di China

gambar yang diambil dalam perjumpaan kelaurga Ren


Dalam gambar ini terdapat 6 generasi keluarga Ren ,ia sungguh hebat.Keluarga ini berasal daripada Shischecun,di Zhejiang.

Perjumpaan ini diadakan pada 31 Januari 2018 di kampung halaman mereka .Gambar keluarga ini diambil semperna perjumpaan 6 generasi keluarga Ren.Ia merupakan satu sesi pengambaran yang cukup menarik
Read more ...

Monday, February 06, 2017

'U.S. akan berperang dengan China dalam 5 tahun?' amaran daripada seorang pakar



China telah menuduh tindakkan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump telah meningkatkan risiko dalam kestabilan di Timur Asia .China meminta supaya pentadbiran Donald Trump tidak memasuk campur dalam urusan China dan Jepun dalam perbalahan hak milik Pulau Daoyou.

Tindakkan Trump yang masuk campur dalam konflik itu boleh membawa kepada konflik yang lebih besar antara Amerika Syarikat dan China

China juga menggesa supaya Amerika Syarikat tidak masuk campur dalam urusan ini . Jika perkara dan konflik ini berlarutan , peperangan tidak dapat dihalang akan berlaku dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang.

Diramalkan dalam peperangan ini , negara komunis itu akan dikalahkan dalam peperangan tersebut ,tetapi negara Amerika Syarikat akan menanggung kehilangan nyawa yang banyak dan juga kemusnahan dalam peralatan tentera


Bagi admin tinddakan Amerika Syarikat yang masuk campur dalam perbalahan negara ini dapat menjadi punca kepada perang dunia ketiga yang bakal berlaku dan akan digelar sebagai Great War. Semoga dunia kita akan terus aman
Read more ...

Benarkah Proton akan dijual kepada China?


Pembuat kereta nasional Proton Holdings Bhd bercadang melepaskan 51 peratus pegangannya sebagai sebahagian strategi mendapatkan rakan niaga asing dan menjana aliran tunai dalam keadaan ekonomi tidak stabil, lapor Bloomberg.

Memetik sumber, media perniagaan itu berkata Proton sedang melihat kemungkinan mendapatkan pelaburan Skoda milik Volkswagen AG dan Suzuki Motors Corp, selain meneliti cadangan daripada beberapa syarikat termasuk Renault SA dan Peugeot, dalam rundingan tertutup berasingan.

Menurut laporan itu, Proton berharap untuk menyenarai pendek calon-calon akhir yang mungkin melepaskan penguasaannya, yang melibatkan kawalan terhadap pengeluar kereta sport British Lotus Cars Ltd, bulan depan.



Malayan Banking Bhd dilaporkan terlibat “menasihatkan jualan” dengan pegawai-pegawainya dijangka terbang ke Jepun untuk bertemu pihak Suzuki minggu depan, diikuti mesyuarat dengan Renault bulan depan.
Bloomberg masih belum mendapat ulasan Proton berkaitan perkembangan itu setakat ini. Sementara Suzuki, Skoda dan Malayan Banking enggan mengulasnya. Kerajaan April lalu bersetuju menyuntik dana untuk syarikat terbeban hutang itu tetapi memberi syarat supaya sebuah rancangan penstrukturan semula dibuat.


Suntikan itu diumumkan hanya selepas lapan hari pengerusi dan pengasasnya Tun Dr Mahahtir Mohamad meletakkan jawatan setelah desakan susulan langkahnya keluar Umno dan menolak kepimpinan perdana negeri.

Artikel di Laman Facebook mengatakan ianya sudah terjual kepada Geely, syarikat daripada China

Nasib "perjalanan terakhir" syarikat automotif negara Perusahaan Otomobil Nasional-PROTON (Keringat dan AirMata)
Proton membina kilang di Tg Malim dengan cash tanpa hutang. Itulah ketika Proton di zaman Tun M. Sentiasa mencatat keuntungan. Harini kita dikejutkan dengan berita syarikat automotif Geely dari China akan membeli 51% pegangan di Tg Malim Plant yang diluluskan oleh KERAjaan Malaysia.Nasib anak anak bangsa hanya akan menjadi kuli pada bangsa negara luar bila kepentingan PROTON hilang dari tangan Malaysia. Kilang yang kita bina dari hasil titik peluh kita selama ini dan menjadi jenama kebanggan kita semua dan kebanggaan negara bakal bertukar tangan.

Kilang tersebut bakal bertukar polisi dari mereka cipta dan mengeluarkan model sendiri ke cuma menjadi TUKANG PASANG PINTU, TUKANG PASANG BONET, TUKANG PASANG RIM TAYAR dan TESTER pada kereta keluaran jenama Geely dari China.

Sedih betul. Kita akan sama nasib seperti di Indonesia. Ada plant, ada kilang kereta tapi cuma jadi tukang pasang parts pada Volvo, Mercedes, Toyota dan lain lain. Bezanya, cuma plant plant tu Volvo, Merc dan Toyota yang keluarkan duit untuk pembinaan. Tapi untuk Geely, PROTON YANG PENAT PENAT BINA DAN USAHA namun akhirnya kerajaan Najib senang senang jual 51% kepentingannya pada Syarikat kereta China.Bahana 1mdb. Apa lagi yang tinggal pada anak cucu kita?

petikan asal : Facebook Mahathir The Legend



ping :Babab

Read more ...

Saturday, February 04, 2017

Seorang lelaki membunuh bekas isterinya ,lalu membunuh diri.

Seorang lelaki membunuh bekas isterinya di tingkat 16 Menara Centera Jalan Chow Kit . Setelah melakukan pembunuh dia telah membunuh diri dengan senjata yang sama digunakan semasa melakukan pembunuhan .

Lelaki yang berumur 51 tahun itu masuk ke pejabat isterinya, lalu pertengkaran mula tercetus . Pertengkaran itu berakhir dengan tembakan yang dilepaskan  terhadap wanita yang berumur 46 tahun .

Mengikut kajian mereka berdua pernah bercerai 5 tahun yang lalu dan mereka mempunyai 3 orang anak yang berumur antara 16 ke 24 tahun .

Pada pendapat admin sepatutnya tidak akan ade kes jenayah senjata api kerana senjata api sukar didapati di Malaysia . Seharusnya pihak kerajaan perlu mengetatkan lagi sekuriti agar perkara sebegini tidak berulang .

Read more ...