Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Friday, April 07, 2017

Sekelip mata bangunan Hotel Wellington Annex itu runtuh .

Ahli penghancuran adalah salah satu pekerjaan paling menarik  di dunia. Video berikut ini menunjukkan Hotel Wellington Annex di Albany, New York  dihancurkan dalam masa kurang dari satu minit. Mereka bahkan menggunakan bunga api berwarna warni untuk menghibur para penonton yang menanti saat perobohan banggunan tersebut.

Menariknya sesaat sebelum bangunan dihancurkan, nampak kawanan burung yang berterbangan panik.


Jom saksikan video berikut :
  

gabancomel
Read more ...

Sunday, March 26, 2017

Tunku Mahkota Johor(TMJ) sah Menjadi Presiden FAM ke-53 bagi penggal 2017-2021

Foto: FMT

Petaling Jaya, 25 Mac: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sah mengambil alih kerusi presiden Kongres Persatuan Bolasepak (FAM) yang ke-53 bagi penggal 2017-2021 sebentar tadi.

Harian Metro berkata, usul yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin itu mendapat sokongan penuh dari perwakilan bagi membolehkan TMJ menang tanpa bertanding susulan seorang lagi calon, Tan Sri Annuar Musa menarik diri pada Khamis.

TMJ mengambil alih kerusi yang ditinggalkan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang meletak jawatan pada September 2015.

Sumber: Harian MetroBH Online
Read more ...

kemalangan dan runtuhan manusia berlaku , apabila ekskalator mula berhenti dan bergerak secara undur (video)





Hong Kong - Sekurang-kurangnya 18 orang cedera di Langham Place pada petang Sabtu selepas sebuah eskalator tiba-tiba berhenti dan bergerak ke arah bertentangan, lapor SCMP.

Rakaman video yang dimuat naik di internet memaparkan bagaimana eskalator itu bertukar arah dalam masa yang pantas menyebabkan orang ramai hilang keseimbangan lalu menyebabkan 'runtuhan manusia'.

Saksi berkata, mereka melihat empat lelaki dan 14 wanita hilang keseimbangan sebelum bergolek jauth dari eskalator tersebut. Seorang lelaki cedera di kepala dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, kata jurucakap polis.

Salah seorang wanita yang cedera di kaki akibat insiden itu berkata eskalator terbabit bergerak dua kali lebih pantas dari biasa. Tambahnya juga, escalator itu juga berhenti beberapa minit pada tengahhari sebelum kejadian.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 4 petang waktu tempatan.

Jurucakap Langham Place memberitahu SCMP bahawa pihak pengurusan pusat beli belah akan menawarkan bantuan untuk mangsa dan akan memberi kerjasama penuh untuk siasatan.

Eskalator padat di pusat beli belah Mong Kok itu merupakan eskalator terpanjang di Hong Kong. 

Sumber: SCMP
siakap keli

Read more ...

Friday, March 24, 2017

Kematian seorang komposer kita pada hari ini, Johan Nawawi

KUALA LUMPUR: Komposer terkenal yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin, Johan Nawawi, 52, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak malam tadi. Berita sedih itu dikongsi beberapa kenalan industri termasuk pengurus artis, Lisa Tahir.
Mesej suara Nora memaklumkan kematian suaminya, Johan Nawawi.
Bagaimanapun, punca kematian Johan belum dapat dikenalpasti. Allahyarham difahamkan mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti jantung, gout dan kencing manis. Jenazah akan dimandi dan dikafankan di masjid di Kampung Tunku, Petaling Jaya, selepas solat Jumaat.
Sepanjang kariernya, Johan aktif mencipta lagu termasuk lagu buat isterinya seperti Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.
Read more ...

Tindakkan ibu tua yang mendukung anaknya yang mempunyai penyakit



Biarpun di usia yang tua dan semakin uzur, Julieta Lorenzo masih menggagahkan diri mengendong anaknya yang cacat kemana sahaja mereka pergi dari rumah mereka di Barangay Bolo, Roxas City.

Minggu lepas, seorang pengguna Facebook, Gilbred Cargason Alsagon Jr. memuat naik kisah menyayat hati ibu tua itu di Facebook yang enggan menerima bantuan dari pengawal keselamatan untuk mengendong anaknya yang berusia 30 tahun itu.

Foto dan video kejadian itu dirakam di sebuah Bank di Filipina ketika ibu tua itu pergi untuk mengambil duit pencennya yang berjumlah 1200 Peso (RM278).

Menurut Gilbred, anak Julieta tidak mampu bercakap, berjalan mahupun berdiri. Disebabkan itu, Julieta perlu mengendongnya setiap kali mahu bergerak keluar ke mana-mana.



Tambah Gilbred lagi, kedua-dua Julieta dan anaknya, Mary Jane, itu mengalami kesukaran untuk berjalan lebih-lebih lagi kerana rumah mereka berada di laluan berhutan dan berbukit. Setiap bulan, mereka akan datang ke bank itu untuk mengutip duit pencen.

Laluan ke rumah Julieta

"Anaknya lumpuh sejak berusia tiga tahun. Mereka berdua tinggal bersendirian dan nenek Julieta perlu mengendong anaknya setiap kali dia perlu ke bandar kerana risau anaknya itu akan dicabul jika tinggal bersendirian." kata Gilbred.

Gambar yang dimuat naik oleh Gilbred itu telah dikongsi lebih 37,000 kali dan video yang dimuat naik oleh beliau ditonton lbeih 3.5 juta kali.

Dalam masa yang sama, Gilbred meminta mereka yang lebih berkemampuan agar menderma kepada keluarga Julieta.

Sumber: inquirer.net
Read more ...

Lelaki yang memuat naik foto selfienya dengan seramai 3000 orang asing dalam masa 9 bulan


Seorang lelaki muda dari Chongqing menjadi sensasi internet apabila dia memuat naik fotonya berselfie dengan lebih 3,000 orang asing dalam masa sembilan bulan bagi meningkatkan keyakinan dir dan menyebarkan positiviti.

Mei Xiao, 23, berhijrah ke Hengdian, wilayah Zhejiang, pada Jun untuk mengejar impiannya menjadi seorang pelakon.

Bagaimanapun, dia tidak dapat sebarang tawaran untuk berlakon dalam mana-mana cerita biarpun sudah seminggu di sana.

Untuk mengumpan perhatian umum, Mei Xiao mula melakukan perkara pelik seperti berjogging sambil memakai pakaian aneh. Beberapa selepas itu, idea yang lebih baik mula menjengah fikirannya - berselfie dengan satu senyuman.

Apabila bertemu dengan orang asing, dia akan memberitahu impiannya dan bercerita tentang menyebarkan positiviti. Dia kemudian akan berselfie dengan orang asing itu.

Biarpun kadang-kadang permintaannya dipandang seorang oleh orang ramai, Mei Xiao sudah berjaya mengumpul lebih 3,000 selfie dengan pelbagai gaya.

Kini, dia masih lagi dengan misinya - untuk mengambil gambar selfie terbanyak untuk masuk ke Guiness World Record.

"Ada ungkapan mengatakan, orang yang banyak senyum akan bernasib baik, dan saya berharap impian saya akan jadi kenyataan satu hari nanti.

Bagaimanapun, tidak mudah bagi Mei Xiao memecahkan rekod Guiness dengan foto selfie terbanyak. Menurut Shanghaiist, seorang pemandu teksi di Shenyang mempunyai koleksi foto selfie dengan 30,000 orang penumpang.









siakapkeli
Read more ...

Perdana Menteri Britain , melawat mangsa serangan di Hospital

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May melawat hospital dan bercakap dengan mangsa serangan pada Rabu serta kakitangan hospital, kata jurucakapnya hari ini.
Kira-kira 40 orang cedera, 29 daripadanya masih dirawat, manakala tujuh kritikal dalam serangan berhampiran bangunan Parlimen yang meragut lima nyawa, termasuk penyerang.
"Beliau menandatangani buku ucapan takziah dan berada di hospital selama kira-kira 40 minit, berbual dengan mangsa dan menyatakan penghargaan kepada kakitangan hospital kerana melakukan tugas dengan baik," kata jurucakap itu.
May juga dilapor menghadap Ratu Elizabeth petang, semalam. - Reuters
Read more ...

Lawatan Raja Salman ke Masjidil Haram ,dan mengerjakan solat didalam Kaabah

Raja Arab Saudi iaitu Raja Salman Bin Abdul Aziz Al Saud telah membuat lawatan ke Masjidil Haram untuk melihat perkembangan Tanah Suci itu sebelum Subuh, Ahad lalu. Malah Raja Salman sempat membersihkan dan mengerjakan solat di dalam Kaabah.


Jurutera Bakr bin Mohammed memberi taklimat kepada Raja Salman mengenai perkembangan kerja-kerja pembesaran kawasan Masjidil Haram, Mekah. Projek yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020 menggunakan kos sebanyak SR21 billion dan akan meningkatkan kapasiti untuk 2.5juta jemaah.
KREDIT OH MEDIA.
Read more ...

Thursday, March 23, 2017

8 Produk Kosmetik Terbaharu Yang Telah Dikaji Dan Didapati Beracun Oleh KKM 2017.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata produk kosmetik yang didedahkan ini mengandungi raksa, hidrokuinon dan tretinoin yang boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan.

Kelapan produk kosmetik berkenaan adalah seperti berikut:
  1. Moleek Day Cream
  2. Adel Miracle Flawless Serum
  3. Ah Beauty Night Cream
  4. NDZ UV Whitening
  5. Snow Cream Norma
  6. Snow Cream Sensitif
  7. Dnars Nar Cream-Sensitif
  8. Ellfie Night Cream
Berikutan pengesanan bahan beracun berjadual itu, notifikasi produk-produk kosmetik tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM.

“Penjual dan pengedar produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta.

“Mereka turut diingatkan penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Bagi syarikat yang melakukan empat kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya memetik Berita Harian.

Dr. Noor Hisham berkata produk yang mengandungi hidrokuinon dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan terlalu sensitif.

“Kesan daripada penggunaan hidrokuinon boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan dan penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan sensitif kepada cahaya matahari.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan raksa boleh memudaratkan kesihatan kerana raksa yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf,“ katanya.

Read more ...

Kerana serangan di Westminster,Parlimen Britain bertafakur selama seminit

LONDON: Parlimen Britain dibuka semula hari ini dengan pembuat dasar bertafakur selama seminit, sehari selepas insiden serangan di tengah Westminster.
Dalam insiden semalam, penyerang membunuh tiga mangsa sebelum mati ditembak polis manakala lebih 40 lain cedera.
Pembuat dasar yang bermuram memenuhi kamar Dewan Rakyat sambil menundukkan kepala manakala pegawai polis berdiri sebagai tanda hormat di luar ibu pejabat Polis Metropolitan yang terletak berhampiran. - AFP

Bharian
Read more ...

Sekolah disaman apabila membenarkan pelajar wanita menukar pakaian di bilik persalinan lelaki


    Sebuah sekolah di daerah pennsylvania disaman apabila membenarkan pelajar wanita untuk menggunakan bilik persalinan lelaki disekolah tersebut. Perubahan tersebut dilakukan tanpa memberi tahu notis awal kepada pelajar-pelajar lelaki

   Kes ini bermula apabila seorang budak lelaki menyedari kehadiran seorang pelajar wanita yang sedang berdiri di dalam pakai dalamnya sedang menukar baju didalam bilik persalinan tersebut.Pelajar lelaki tersebut terkejut apabila mengetahui perkara sedemikian berlaku .


  Walaupun pelajar tersebut telah melakukan aduan kepada pihak tertinggi disekolah . Tetapi pihak tertinggi sekolah menasihatkan supaya pelajar lelaki tersebut bertoleransi dan cuba merasakan bahawa perkara itu adalah perkaras semula jadi yang normal. 

Read more ...

Wednesday, March 22, 2017

Ikan kerapu seberat 150kg dijual RM7,500 Di Kedai makanan laut di Pengkalan Weld Georgetown




CHEW Kean Ghee, 45 tahun menunjukkan ikan kerapu yang seberat 150kg. Bagai durian runtuh apabila dia berjaya menjual itu dengan harga RM7,500.

Ikan tersebut akan dimasak di kedai makanan laut yang terdapat di pengkalan Weld Georgetown
Read more ...

Tuesday, March 21, 2017

Pesawat Penumpang terhempas lagi ?





Sudan - Sebuah pesawat penumpang dilaporkan terhempas ketika cuba mendarat di lapangan terbang di Wau di selatan Sudan hari ini.

Beberapa laporan media massa antarabangsa dan tempatan menyebut dikhuatiri berpuluh-puluh penumpang yang maut akibat nahas itu.

Difahamkan, pesawat itu adalah dari syarikat South Supreme Airlines.

Akhbar The South Sudanese National Courier memuat naik foto bangkai pesawat yang telah terbakar di lapangan terbang terbabit.

Dikemaskini:

Menurut Independent, pegawai syarikat penerbangan itu memberitahu jurnalis bahawa 44 penumpang berada dalam penerbangan terbabit.

"17 ke 18 orang cedera dalam insiden dan dibawa ke hospital," kata James Dimo Deng, seorang jurnalis di Wau kepada Reuters.

Tidak pasti sama ada baki penumpang lain terselamat atau tidak.

"Terdapat 40 penumpang dan lima kru di atas kapal dan itu sahaja. Saya tidak ada maklumat lain," kata Gabriel Ngang, pengurus South Supreme Airlines.

Gabriel berkata pesawat itu berlepas dari ibu kota Juba.


Sumber: Independent.co.uk






 
Read more ...

Jumlah Doktor di Malaysia masih sikit , tetapi kenapa pemilihan doktor semakin sukar ?

KUALA LUMPUR: Industri perubatan negara masih kekurangan doktor pada nisbah seorang doktor bagi 656 pesakit.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, antara faktor penyumbang ialah pertambahan bilangan penduduk, peningkatan beban penyakit, jangkaan rakyat yang tinggi terhadap penjagaan kesihatan dan peningkatan penggunaan perkhidmatan kesihatan.
"Ketika ini, negara memiliki 46,461 doktor dengan 35,545 daripadanya berkhidmat di sektor awam dan 12,446 doktor berkhidmat di sektor swasta.
"Justeru, negara memerlukan tambahan doktor bagi mengatasi masalah berkenaan dan mengekalkan status sebagai antara sistem perubatan terbaik di dunia," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN- Sipitang) di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr Hilmi berkata, majalah International Living mengiktiraf sistem penjagaan kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia berbanding 24 negara lain selama tiga tahun berturut-turut.
Beliau berkata, kajian penyelidikan Sri Lanka yang diterbitkan World Innovation Summit For Health di Doha turut memberikan pengiktirafan sama.

bharian
Read more ...

Sunday, March 19, 2017

Yap Sean Yee memperbaharui rekod kebangsaanya


KUALA LUMPUR: Ratu lompat tinggi negara, Yap Sean Yee memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa, hari ini.
Atlet pelapis kebangsaan itu mencatat ketinggian 1.81 meter pada percubaan pertama, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan 1.79m yang dilakarkan pada Kejohanan Terbuka Pahang 2015.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi atlet Sekolah Sukan Bukit Jalil, Shahira Sazali dan M Nanthini yang mencatat lompatan 1.60m dan 1.45m.
Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Zainal Abas berkata beliau tidak menyangka Sean Yee dapat memecahkan rekod peribadinya sambil berharap kejayaan itu mencerahkan peluang atlet berkenaan untuk diserapkan ke dalam Program 'Kita Juara'.
Program 'Kita Juara' adalah program khas Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menyediakan atlet untuk mencapai sasaran muncul juara keseluruhan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, 19 hingga 31 Ogos ini.
"Kalau dia boleh kekalkan lompatan pada ketinggian 1.80 meter, saya yakin dia berada dalam posisi terbaik untuk meraih kedudukan podium pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 nanti," kata Zainal.
Dalam perkembangan sama, Zainal yakin kejayaan cemerlang yang dilakar skuad olahraga negara sejak kebelakangan ini adalah landasan terbaik untuk memburu kejayaan gemilang pada Sukan SEA nanti.
Beliau memaklumkan skuad olahraga negara yang menjalani latihan di Afrika Selatan sejak bulan lalu, berkemungkinan akan meneruskan latihan persediaan selain menyertai pertandingan di Eropah pada bulan Mei atau Julai ini sebagai persediaan akhir menghadapi Sukan SEA.
Keputusan itu, kata Zainal, bagaimanapun bergantung kepada perbincangan antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan MSN yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.
Skuad olahraga kebangsaan yang diketuai pemegang rekod 100m kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan berada di Afrika Selatan sejak bulan lalu bagi menyertai latihan dan pertandingan selama dua bulan di negara berkenaan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. - BERNAMA
bharian
Read more ...