Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, November 09, 2017

Kenaikan harga minyak mingguan : 9November 2017



Kenaikan harga minyak pada 9 november 2017

Ron95 RM2.24=RM2.31 (KENAIKAN 0.07)
Ron97 RM2.60=RM2.54 (KENAIKAN 0.06)
DIesel RM2.20=RM2.17 (KENAIKAN 0.03)
Read more ...

Monday, November 06, 2017

Banjir Penang : 7 Kematian setakat ini


Mangsa setakat ini adalah 7 orang. Masa ke-enam iaitu Tan Ah Peow 45, telah dijumpai dengan jirannya pada pukul 2 petang pada hari ini. Manakala mangsa ketujuh dijumpai pada pukul 2.40 petang oleh orang awam.


Badan tersebut telah dihantar ke hospital untuk dilakukan bedah siasat. Bilangan mangsa banjir buat masa ini adalah 3,779 . Terdapat 56 pusat pemidahan.

Read more ...

Keputusan Liga Perdana Inggeris malam tadi 5 November






   Keputusan Liga Perdana Inggeris malam tadi 6 November

Man. City
3
FT
Arsenal
1
Everton
3
FT
Watford
2
Chelsea
1
FT
Man United
0

Read more ...

Thursday, November 02, 2017

Lagu yang menghina Ayat Al-Quran dengan menjadikan Al-Quran bunyilatar




Umat islam dikejutkan dengan tindakkan seorang ahli muzik yang menggunakan ayat Al-Quran sebagai muzik latar. Masa admin tengah tulis artikel ni , yang dislike video ni dah dekat 127 ribu dah





Kita tak tahu niat pemuzik ini, tapi memang langsung tak sesuai dan sungguh biadab tindakkan tersebut. seperti kita tahu muzik video ini saja cukup tidak beradab , lalu diletakkan bunyi seakan -akan ayat Al-Quran yang sememangnya bertentangan dengan apa yang terdapat dalam video tersebut



Admin mintak jasa baik semua orang yang prihatin untuk buat report terhadap video tersebut. 

https://www.youtube.com/watch?v=8XKZa8GgIyA
Read more ...

Harga Minyak Naik sebanyak 4 sen ,Berkuat Kuasa pada 2 November 2017

Sumber:Free Malaysa Today

Kenaikan harga minyak sebanyak 4 sen , Harga minyak yang mengikut harga mingguan ini mula dijalankan pada 29 mac pada tahun ini . 


Harga RON95 naik daripada RM2.20 kepada RM2.24 
Harga RON97 naik daripada RM2.50 kepada RM2.54 
Harga Diesel naik daripada RM2.13 kepada RM2.17 


Read more ...

Monday, October 30, 2017

Barack Obama,Bekas Presiden Amerika Syarikat menjadi Juri di Chicago .



Barack Obama yang merupakan bekas presiden Amerika Syarikat merancang untuk berkhidmat dengan negaranya dengan menjadi seorang juri di Illinois. Beliau yang sudah menjadi rakyat biasa Amerika Syarikat layak untuk berkhidmat menjadi juri di makhamah . 


Read more ...

Sunday, October 29, 2017

Liverpool bejaya menewaskan Huddersfiled dengan keputusan 3-0, Keputusan Penuh Liga Perdana Inggeris

Man United
1
FT
Tottenham
0
Crystal Palace
2
FT
West Ham
2
West Brom
2
FT
Man. City
3
Liverpool
3
FT
Huddersfield
0
Watford
0
FT
Stoke City
1
Arsenal
2
FT
Swansea City
1

Bournemouth
0
FT
Chelsea
1

Read more ...

Kes Pembunuhan Kennedy akan didedahkan oleh Trump


Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan bahawa beliau akan mendedahkan tentang maklumat tentang pembunuhan JFK iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat yang dibunuh. Beliau mengatakan bawaha beliau akan mendedahkan segala maklumat tentang pembunuhan tersebut kecuali , maklumat tentang individu yang masih hidup.

Selepas berbincang dengan Jeneral Kelly, CIA dan agensi-agensi Saya bersetuju untuk mendedahkan dokumen tersebut, Kata beliau

Read more ...

Monday, October 23, 2017

Kerajaan dicadangkan untuk meningkatkan harga rokok 50rm sekotak

'

Ahmad Sarapudin yang merupakan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia mencadangkan kenaikan harga rokok pada perbentangan Bajet 2018 ini ,agar remaja dan belia akan sukar mendapat barang tersebut kerana harga yang mahal .

Beliau mengatakan bahawa apabila beliau melakukan dengan mana-mana NGO , rokok merupakan satu punca utama kepada masalah berkaitan dadah, anak luar nikah dan HIV

Jadi dengan meningkatkan harga rokok kepada 50RM , penggunaan rokok dikalangan remaja akan berkurangan , seterusnya dapat mengurangkan masalah sosial yang berpunca daripada penggunaan rokok.
Read more ...

Sunday, October 22, 2017

MH370: Malaysia masih tidak berputus asa, Malaysia ingin membuat perbincangan semula terhadap pelan pencarian kapal terbang tersebut

sumber:BBC

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa ,kerajaan Malaysia akan membuat rundingan semula dengan syarikat yang bertapak di Texas Amerika Syarikat 'Ocean Infinity' untuk mencari MH370.

Kehilangan kapal terbang MH370 pada 8 mac 2014 masih menjadi misteri. Kerana masih tiada bukti sama ada kapal terbang tersebut sudah terhempas ataupun tidak.Ocean Infinity bakal berunding dengan Kerajaan Malaysia dengan menggunakan model kontrak yang selalu digunakan dalam bidang industri penyelamatan /pencarian iaitu 'no cure-no pay'.

Selagi tidak menjumpai MH370 , firma itu tidak akan mendapat apa-apa ganjaran. Firma itu masih belum lagi mengeluarkan anggaran kos yang perlu di bayar oleh kerajaan Malaysia. 




Semoga segala usaha yang dilakukan oleh semua pihak dapat membuahkan hasil-admin

Read more ...

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mempertahankan hak wanita Muslim berpurdah .


Kanada: Perdana Menteri Kanada ,membuat komen terhadap tindakan Quebec yang melepaskan undang-undang untuk menghalang wanita untuk memakai pakaian yang menutup muka. Beliau berkata bahawa kerajaan sepatutnya tidak patut menghalang atau memberitahu tentang apa yang boleh dan tidak boleh dipakai untuk seorang wanita.

Pada hari rabu minggu lepas perundangan itu telah dilepaskan dengan undangan majoriti daripada badan pembuat undang-undang negeri itu . Badan itu telah dikritik setelah membuat undang-undang sedemikian. Ia dikritik ,kerana ia dikatakan mempunyai niat untuk menyasarkan Wanita Muslim yang berpurdah , kerana kita tahu majoriti wanita yang memakai pakaian menutup muka adalah Wanita yang beragama Islam.

Trudeau memberi tahu bahawa ,kerajaan pusat akan melihat semula undang-undang yang dibuat oleh badan Quebec tersebut. Dia tahu meskipun kerajaan Quebec /kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk melepaskan undang-undang sedemikian . Tetapi beliau ingin memastikan semua undang-undang yang dilepaskan berdasarkan asas hak asasi manusia.


"Undang- undang ini hanya menyasarkan sesebuah kumpulan dan budaya sahaja" yang dikatankan oleh salah seorang penunjuk perasaan

Read more ...

Keputusan 1-1 Melayakan Skuad Malaysia Tigers ke Final Piala Asia.

sumber:Bharian

         Pasukan Malaysia yang hanya memerlukan keputusan seri pada perlawan dengan korea selatan untuk mara ke final ,berjaya apabila Faizal Shaari berjaya mengikat kedudukan 1-1 dengan korea selatan . Perlawan ini bermula dengan korean selantan mendahului dengan pukulan sudut penalti yang berjaya diambil oleh Yang Jihun. Ini memberikan sinar harapan kepada Korea Selatan untuk mara ke Final Piala Asia,namun harapan tinggal harapan apabila Faizal Shaari berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-59


       Keputusan seri ini memberikan Malaysia tiket untuk menempah tempat di Final Piala Asia.Perlawan Final ,Skuad Malaysia Tigers harus bertemu dengan pasukan India . 




Read more ...

Saturday, June 03, 2017

Penuntut UPNM berusia 21 tahun maut didera kawan.

PENUNTUT Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, dikatakan dibelasah menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan seterika wap di seluruh badan sehingga parah sebelum meninggal dunia. Bukan itu saja, Zulfarhan yang juga pegawai kadet laut tahun tiga UPNM dipaksa mengaku mencuri komputer riba.
 Betapa kejam perbuatan pelaku itu seperti diceritakan rakannya yang memaklumkan mangsa diperlakukan sedemikian rupa pada 21 Mei lalu.
Menurut rakannya yang enggan dikenali, kejadian berkenaan berlaku selepas Zulfarhan dituduh mencuri komputer riba.
Katanya, selepas dibelasah, Zulfarhan dibiarkan sehinggalah pada 27 Mei keadaannya semakin parah.
 "Dia mengadu badan sakit (selepas dibelasah dan ditekap dengan seterika wap) dan memaklumkan dia dipaksa mengaku mencuri 'laptop' (komputer riba) walhal bukan dia yang lakukan.
“Lukanya semakin parah sebelum dibawa oleh dua penuntut ke klinik pada 27 Mei dan kemudian ke klinik semula pada 31 Mei sebelum dirujuk ke hospital dan meninggal dunia pada malam tadi (semalam)," katanya ketika ditemui, hari ini.
Penuntut UPNM, Mohd Afiq Mohd Yusof,23, berkata, Zulfarhan seorang yang periang dan mudah bergaul.
 "Tak sangka kejadian itu berlaku kepadanya. Allahyarham periang dan mudah bergaul," katanya.
  Bapa saudara Zulfarhan, Hamzah Osman,54, berkata, dia tidak menyangka anak saudaranya didera sehingga meninggal dunia hanya kerana dituduh mencuri komputer riba.
 "Jika Allahyarham ada berhutang dengan sesiapa sila datang jumpa saya, termasuklah yang menuduh anak saudara saya mencuri komputer ribanya," katanya.
Setakat ini 36 individu berusia 20 hingga 21 direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, 32 daripada mereka adalah penuntut UPNM dan empat lagi dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Hmetro
Read more ...

Wednesday, April 19, 2017

Tindakkan MB Pahang luar biasa, MB pahang Berbasikal pulang ke rumah dari pejabat


KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, pulang ke rumahnya dengan menunggang basikal baharu yang merupakan hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-67 hari ini.

Basikal jenis Nordic Track bernilai RM1,600 itu merupakan pemberian Yayasan Pahang dan diserahkan kepadanya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, berhenti rehat pagi tadi.

“Beliau (Adnan) kemudian mengambil basikal itu dan mengayuh kenderaan beroda dua tersebut mengelilingi bangunan Wisma Pahang sebelum masuk semula ke dewan dengan wajah gembira.

“Semasa sidang berhenti rehat tengah hari, beliau pulang dengan mengayuh basikal ke rumahnya di Kubang Buaya selama hampir 25 minit tanpa disedari ahli-ahli DUN yang lain,” kata sumber semasa dihubungi di sini, hari ini.

Menurut sumber, perjalanan itu yang sejauh kira-kira enam kilometer melibatkan laluan Jalan Gambut, Jalan Teluk Sisek sebelum ke Kubang Buaya dengan diiringi dua anggota polis trafik serta sebuah ambulans. – BERNAMA

Read more ...

Monday, April 17, 2017

Remaja Yang Berumur 22 tahun Mendakwa Didiskriminasi Hotel Bertaraf Lima Bintang Kerana Bertudung

Foto: Utusan Online

KUALA LUMPUR 17 April - Dua remaja berkata mereka didiskriminasi oleh sebuah hotel bertaraf lima bintang disini kerana mereka bertudung.

Mangsa, 22, dan rakannya yang juga berusia 22 tahun berasa kecewa dengan tindakan pengurusan hotel tersebut kerana syarat tidak bertudung tidak dinyatakan sebagai salah satu kriteria dalam iklan bagi jawatan penyambut tetamu yang ditawarkan.

Sebaik sahaja memasuki bilik temuduga, panel yang merupakan seorang wanita bukan Melayu berkata untuk jawatan yang ditawarkan, calon tidak boleh mengenakan tudung. Dia tanya, jadi, awak hendak teruskan ataupun tidak?

Kalau hendak kerja, awak kena buka tudung khususnya di hotel seperti ini. Apabila saya cakap tidak mahu buka, panel itu langsung tidak mahu meneruskan proses temuduga berkenaan. Nasib saya turut dialami rakan saya dan beberapa calon Melayu beragama Islam lain yang bertudung,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Tambah mangsa lagi, dia berasa terkejut dan marah dengan layanan yang diterima apatah lagi tindakan itu dilakukan di negara ini.

Dalam borang permohonan tak ada dinyatakan semua ini tapi bila pergi temuduga semua benda yang diminta tidak diperiksa, lain pula yang jadi.

Saya rasa kecewa dengan tindakan kurang profesional pihak pengurusan hotel. Bayangkan jika ada calon yang dari jauh datang ke sini untuk temuduga tetapi akhirnya ‘dihalau’ keluar tidak sampai lima minit pun ditemuduga bagaimana?

Saya berharap agar penindasan secara halus ini dapat dihentikan dan pihak berwajib mengambil maklum perkara ini. Jika tidak, golongan ini akan terus mengambil kesempatan daripada situasi seperti ini,” kata beliau lagi.

Sumber: Utusan Online
Read more ...

Friday, April 07, 2017

Sekelip mata bangunan Hotel Wellington Annex itu runtuh .

Ahli penghancuran adalah salah satu pekerjaan paling menarik  di dunia. Video berikut ini menunjukkan Hotel Wellington Annex di Albany, New York  dihancurkan dalam masa kurang dari satu minit. Mereka bahkan menggunakan bunga api berwarna warni untuk menghibur para penonton yang menanti saat perobohan banggunan tersebut.

Menariknya sesaat sebelum bangunan dihancurkan, nampak kawanan burung yang berterbangan panik.


Jom saksikan video berikut :
  

gabancomel
Read more ...

Sunday, March 26, 2017

Tunku Mahkota Johor(TMJ) sah Menjadi Presiden FAM ke-53 bagi penggal 2017-2021

Foto: FMT

Petaling Jaya, 25 Mac: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sah mengambil alih kerusi presiden Kongres Persatuan Bolasepak (FAM) yang ke-53 bagi penggal 2017-2021 sebentar tadi.

Harian Metro berkata, usul yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin itu mendapat sokongan penuh dari perwakilan bagi membolehkan TMJ menang tanpa bertanding susulan seorang lagi calon, Tan Sri Annuar Musa menarik diri pada Khamis.

TMJ mengambil alih kerusi yang ditinggalkan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang meletak jawatan pada September 2015.

Sumber: Harian MetroBH Online
Read more ...