Showing posts with label sosial. Show all posts
Showing posts with label sosial. Show all posts

Sunday, December 07, 2014

PASANGAN INI KELIHATAN NORMAL SEHINGGALAH ANDA LIHAT GAMBAR NO 2!

 

Louisville (Amerika Syarikat): Sekali pandang, mereka keluarga normal dengan dua anak…
Itu yang dilihat oleh orang ramai mengenai pasangan Bianca, Nick dan dua anak mereka. Bagaimanapun, Bianca, 32, sebenarnya dilahirkan lelaki sementara Nick, 27, dilahirkan perempuan…
Pasangan Ini Kelihatan Normal Sehinggalah Anda Lihat Gambar No 2!
Pasangan Ini Kelihatan Normal Sehinggalah Anda Lihat Gambar No 2!
Bianca menjalani pembesaran payudara dan rawatan laser untuk membuang bulu roma sementara Nick mengambil testosterone untuk mengubah penampilannya serta membuang payu daranya, lapor akhbar Metro UK, semalam…
Mereka mendakwa menjalani kehidupan biasa sehingga Nick hamil. Kehidupannya berubah mendadak dan terpaksa berdepan dengan masalah setiap hari apabila perutnya yang semakin membesar mula menarik perhatian orang ramai…
Dia mengaku benci terhadap perubahan bentuk badannya…
Dia memilih melahirkan kandungannya menerusi pembedahan sementara Bianca lega kerana tidak perlu melalui pengalaman itu…
Kini, pasangan itu tidak segan untuk bercakap mengenai kisah mereka dalam usaha untuk menimbulkan kesedaran…
Bagaimanapun, anak mereka yang kini berusia tiga dan satu tahun, masih terlalu muda untuk memahaminya…
Namun, mereka yakin kanak-kanak itu akan dapat memahami dan menerima kenyataan mengenai keadaan sebenar ibu bapa mereka kemudian hari kerana dibesarkan dengan kasih sayang, sokongan keselamatan dan didikan normal…
Bianca dan Nick berharap untuk menjalani pembedahan jantina tetapi buat masa ini masih belum mampu kerana mahu memberi tumpuan terhadap anak mereka. ..

Read more ...

Lelaki India Taja Orang Gajinya Menunaikan Umrah


Semangat perpaduan yang ditunjukkan lelaki ini adalah amat terpuji dan harus dicontohi orang lain walaupun berbeza anutan agamanya. Apa yang dibuat beliau ini adaah satu tindakan yang terpuji setelah menaja pembantu rumahnya seorang warga indonesia mengerjakan umrah.

Beliau ialah Manickam Letchuman ADUN Padang Jeram, Negeri sembilan yang telah menaja pembantu rumahnya Puan Sama, kerana membalas jasanya yang setia berkhidmat dari tahun 2002 hingga sekarang selama 13 tahun.


Menurut Manickam, pembantu rumahnya itu seorang yang bertanggungjawab, rajin dan amanah dalam menjalankan kerja.

"Walaupun beliau datang sebagai pembantu rumah tetapi kini beliau sudah menjadi sebagai seorang ahli keluarga saya. Sebenarnya saya telah berhasrat hendak menghantar beliau ke Saudi pada tahun 2011 tetapi oleh kerana ada masalah Visa ( pd ketika itu umur beliau bawah 45 dan utk ke Saudi perlukan Mahram ) saya telah tangguhkan sehingga ke tahun ini."

"Walaupun saya sekeluarga beragama Hindu dan Vegetarian tetapi hak beliau sebagai seorang Islam sentiasa diberi keutamaan oleh seisi keluarga." katanya lagi.

Puan Sama yang mendengar berita tersebut telah menitiskan air mata gembira kerana tidak menyangka akan dapat ke Mekah.


Sebelum bertolak menunaikan umrah satu majlis doa seamat dan bacaan tahlil telah diadakan di rumah Manickam yang dihadiri oleh rakan Islam beliau dan kenalan Puan Sama.

"Marilah kita sama-sama berdoa agar keinginan beliau sejak dahulu lagi untuk melangkah ke Tanah Suci Mekah dan seterusnya menunaikan UMRAH akan mendapat Restu Tuhan Yg Maha Kuasa."

 "Ini adalah Rezeki beliau. Walaupun saya beragama Hindu, Saya berasa begitu gembira kerana tuhan memberikan saya peluang untuk menaja Pembantu rumah saya Pn. SAMA ke Tanah Suci Mekah." Katanya.-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Tuesday, December 02, 2014

Pasangan Cina pilih konsep perkahwinan Melayu




ALOR SETAR: Pasangan pengantin Tionghua mencetuskan kejutan manis di kalangan penduduk Kampung Alor Rambai, Kepala Batas dekat sini hari ini bila mereka memilih konsep perkahwinan Melayu bagi meraikan saat-saat bahagia mereka.

Soo Sheng Leng, 28, begitu segak mengenakan baju Melayu bersamping dan songkok, sementara isterinya Goh Sok Chin, 27, cukup tampan dengan kebaya Kedah.

Kedua-duanya yang langsung tidak menampakkan rasa kekok, menyerikan lagi majlis perkahwinan berkonsepkan gotong-royong masyarakat Melayu.

Kira-kira 3,000 saudara mara, rakan dan jiran meraikan pengantin.

Soo Lian Heng, 58, bapa kepada pengantin lelaki berkata majlis perkahwinan anaknya yang berkonsepkan adat Melayu telah lama dirancang bersama keluarga dalam usaha merapatkan lagi hubungan keluarganya bersama penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Melayu.

Pemilik kedai runcit itu berkata rancangan itu diterima baik oleh keluarganya dan keluarga pengantin perempuan, rakan serta jiran.

"Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya," katanya kepada pemberita di majlis itu.

Pengantin lelaki Soo, pekerja sebuah syarikat swasta di Kulim itu berkata pada mulanya dia agak terkejut dengan rancangan bapanya itu namun tidak membantah.

"Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung," katanya.

Bercakap mengenai baju kebaya Kedah yang dipakainya, Goh berkata, "Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami.

"Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila," kata pekerja syarikat swasta di Kulim itu.

Penduduk kampung, Suraya Mat Lazim, 44, berkata dia agak terkejut apabila Soo menjemputnya sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin konsep Melayu.

Majlis seumpama ini pertama kali diadakan oleh masyarakat Tionghua di kampungnya, kata beliau.
Katanya, sebagai jiran dia turut membantu keluarga tersebut pada majlis itu. - Astro Awani, Kredit foto Mohd Nor



Read more ...

Monday, December 01, 2014

Sifat-Sifat Wanita Idaman Lelaki



Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing...

1- Keanak-Anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2- Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, Memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya...

3- Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4- Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 4??

5- Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka...

6- Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung...

7- Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati...

8- Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

Sumber : Sportmusang
Read more ...

Guru Ditangkap Kerana memaksa Pelajarnya Melakukan Seks


Pihak polis New Jersey semalam telah menahan seorang guru bernama Linda Hardan,21, kerana dipercayai telah melakukan kekerasan dengan memaksa seorang pelajar lelakinya berusia 16 tahun untuk melakukan seks di dalam sebuah kereta.

Menurut laporan Daily Mail, beliau yang merupakan guru ganti telah dituduh melakukan kekerasan itu terhadap seorang pelajar sekolah Manchester Regional High School.

Kejadian itu telah membawa pelajarnya itu untuk bersiar-siar selepas waktu sekolah dan apabila sampai di satu lokasi di Wayne beliau telah memaksa remaja tersebut melakukan seks dengannya di satu kawasan parking.

Jika terbukti bersalah beliau akan dihukum penjara 17 tahun dan kes ini telah melalui prosuder di mahkamah untuk pendakwaan. - Siakapkeli.com.my
Read more ...

Sunday, November 30, 2014

Warga Mas Maut Di Tumbuk Cucu

warga mas maut
Warga Mas Maut Di Tumbuk Cucu  SEREMBAN: Seorang warga emas maut selepas dipercayai terbabit dalam pertengkaran dengan cucu saudaranya di Senawang di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 5.30 petang di Taman Seri Pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an, dipercayai turut terbabit dalam pergelutan dengan suspek berusia 21 tahun itu.
Mangsa sebelum itu dipercayai cuba meleraikan pergaduhan antara suspek dan ibunya di dalam rumah mereka.
Katanya, suspek yang bekerja di ibu negara, melarikan diri menaiki motosikal selepas kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya masih menyiasat lanjut termasuk punca kematian mangsa.
warga mas maut

http://eberita.org/warga-mas-maut-di-tumbuk-cucu/#sthash.uiPPLx2x.dpuf
Read more ...

Saturday, November 29, 2014

Doktor Memberi Tunduk Hormat Ke Atas Pemergian Budak Ini.. Tindakannya Sebelum Meninggal Dunia Memberi Kesan Besar dan Tidak Akan Dilupakan


Doktor di Shenzhen,China memberi tunduk hormat ke atas pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat tumor otak awal bulan ini. Sebelum meninggal dunia, budak lelaki yang berani ini ingin memastikan pemergiannya akan dapat memberi kesan dan bantuan untuk pesakit lain supaya menjadi sihat tidak sepertinya. Hanya selepas lapan jam pemergian beliau, beliau menyelamatkan beberapa nyawa melalui pendermaan organ buah pinggang dan hati beliau, dan juga penyelidikan perubatan lain. 


Keluarganya menjelaskan bahawa dia mahu menyelamatkan orang lain daripada mempunyai rasa sakit yang dia alami dari penyakitnya dan "dapat hidup dengan cara yang lain." Keluarganya juga bercakap tentang sekiranya ia masih hidup, kanak-kanak itu mahu menjadi doktor. Dia hanya mahu membantu orang lain. Mengetahui bahawa ianya tidak akan berlaku, dia melihat ini sebagai pilihan yang terbaik seterusnya dalam membantu pesakit lain hidup dan sihat. Mereka yang menerima sumbangan beliau pasti akan bersetuju.



Read more ...

Friday, November 28, 2014

Safee Sali Tampil Balas Kritikan Peminat di Instagram


Siapa yang tidak kenal dengan Safee Sali, pemain bola sepak kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara dengan memenangi gelaran 'golden boot' pada piala AFF 2010. Tetapi sejak akhir-akhir ini, tidak dapat dinafikan prestasi pemain ini semakin menurun.

Dek kerana itu, Safee Sali sering menerima kritikan dari peminat bola sepak Johor dan juga Malaysia, lebih-lebih lagi setelah Malaysia tumbang dengan Thailand 3-2 baru-baru ini dalam kejohanan yang sama.

Selepas kekalahan Malaysia keatas Thailand, profil instagram Team Malaysia telah memuat naik satu gambar Safee berserta kapsyen yang bertanyakan pendapat ramai tentang prestasi Safee di dalam perlawanan tersebut. Ternyata ramai yang memberi komen negatif terhadap persembahan Safee dalam perlawan tersebut.


Mungkin kerana sudah hilang sabar dengan kritikan orang ramai, Safee Sali telah tampil membalas komen-komen negatif tersebut dengan men'tag' sekali nama-nama mereka yang memberikan kritikan negatif terhadapnya.

Benar juga apa yang dikatakan Safee, mereka yang tidak bermain pada level yang sama tidak akan merasa bahan tekanan yang dialami oleh beliau, lebih-lebih lagi dalam perlawanan yang getir seperti ini. - Siakapkeli.com.my
Read more ...

Wednesday, November 26, 2014

Budak biadap bila orang tengah solat

Budak biadap bila orang tengah solat
Apa yang anda akan buat jika melihat seorang budak menari ketika orang tengah menunaikan solat.

Perbuatan budak biadap ini tidak menyedari dirinya dirakam ketika jemaah dalam sebuah masjid tengah menunaikan solat. Budak yang tidak didedahkan namanya ini akan menari ketika jemaah sedang sujud dan berhenti sejenak dalam keadaan jemaah duduk dalam dua sujud dan kembali mengulangi perbuatannya bila jemaah sujud semula.



Perlakuan budak-budak bermain ketika orang tengah solat sudah biasa berlaku dan lazimnya hanya dilakukan dibelakang jemaah yang tengah bersolat. Tetapi budak terbabit dengan beraninya atau bodoh melakukan perbuatannya itu dihadapan jemaah. Berani atau bodoh?

Insiden ini berlaku di Iran dan visual dibawah adalah rakaman salah seorang jemaah yang berada berhampiran. Tunggu, kenapa pemilik video tidak solat tetapi mengambil kesempatan untuk merakam?adakah ini 2x5?

 

Read more ...