26 Disember 2014, Aceh dilanda bencana Tsunami yang mengorbankan 286,000 orang. Sudah 10 tahun bencana itu berlaku, namun tragedi itu masih meninggalkan ‘parut kekal’ pada rakyat Indonesia, lebih-lebih lagi di kalangan mangsa.
Bandar Aceh yang mempunyai seramai 4.6 juta penduduk pada ketika itu boleh diibaratkan seperti padang jarak padang tekukur apabila semua struktur musnah akibat dilanda ombak kuat setinggi sembilan meter yang menghentam wilayah yang majoritinya penduduk Islam.
Namun, setelah 10 tahun tragedi itu berlalu, kini Aceh berubah dan kembali membangun dan penduduknya juga bangkit.
Dipetik dari perkongsian di sebuah blog, kami paparkan keadaan terkini bandar Acheh setelah 10 tahun dilanda tragaedi yang tak dapat dilupakan itu.
jadi indah kembali sekarang kota aceh setelah tsunami melanda aceh
ReplyDelete