
Hmetro
Home > Posts filed under jenayah
Seorang lelaki membunuh bekas isterinya di tingkat 16 Menara Centera Jalan Chow Kit . Setelah melakukan pembunuh dia telah membunuh diri dengan senjata yang sama digunakan semasa melakukan pembunuhan .
Lelaki yang berumur 51 tahun itu masuk ke pejabat isterinya, lalu pertengkaran mula tercetus . Pertengkaran itu berakhir dengan tembakan yang dilepaskan terhadap wanita yang berumur 46 tahun .
Mengikut kajian mereka berdua pernah bercerai 5 tahun yang lalu dan mereka mempunyai 3 orang anak yang berumur antara 16 ke 24 tahun .
Pada pendapat admin sepatutnya tidak akan ade kes jenayah senjata api kerana senjata api sukar didapati di Malaysia . Seharusnya pihak kerajaan perlu mengetatkan lagi sekuriti agar perkara sebegini tidak berulang .
Kuala Terengganu: Pasangan kekasih berusia 20 tahun dicekup dalam keadaan mengaibkan ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah hotel di bandar raya ini, semalam.
Malah, pasangan berkenaan yang baru berkenalan menerusi WeChat sejak dua bulan turut mengaku sudah terlanjur dalam serbuan kira-kira 11.30 malam.
Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan pihaknya bersama dua anggota polis hasil maklumat awam sebelum membawa kepada penahanan pasangan muda yang tidak bekerja itu.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 6 petang sementara menunggu teman wanitanya keluar makan bersama dengan rakannya.
"Pasangan terbabit bertemu di sebuah plaza sebelum menuju ke hotel berkenan kira-kira jam 9 malam menaiki kereta lelaki terbabit.
"Ketika soal siasat, gadis itu mengaku sudah melakukan persetubuhan sebelum serbuan dilakukan dan memaklumkan mereka pernah terlanjur di lokasi lain.
"Mereka dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001," katanya.
Sumber:hmetro
Anak perempuan Michael Jackson yang bernama Paris Jackson menyatakan dan percaya bahawa ayahnya telah dibunuh dalam kemalangan 2009 yang lalu .
Penyanyi tersebut mati disebabkan pengambilan anestetik yang kuat secara berlebihan . Disebabkan perkara itu doktornya Conrad Murray disabitkan kesalahan dalam pembunuhan
Dia iaitu Paris Jackson percaya bahasa ramai yang ingin melihat kematian ayahnya , dan dia mahu membawa semua individu tersebut ke muka pengadilan . Walau bagaimanapun nama suspek dirahsiakan
![]() |
Juruterbang yang dikatakan membawa pesawat Su-25 pada hari MH17 ditembak. |