Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri terutamanya di Kelantan, Pahang, Terengganu dan perak meningkat pada petang ini di catatatkan semakin meningkat dengan jumlah keseluruhan 118,896 orang.
KELANTAN masih mencatatkan rekod mangsa paling tinggi setakat pukul 3.00 petang tadi dengan mangsa banjir semakin meningkat kepada 45,467 orang dipindahkan berbanding 34,491 orang semalam.
Manakala di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir nampaknya telah betambah hari ini daripada 29,057 kepada 31,001 berikutan hujan lebat semalam.
Di PAHANG, keadaan banjir belum menunjukkan petanda untuk pulih dengan jumlah pemindahan mangsa terus meningkat petang ini kepada 35,736 iaitu meningkat berbanding 28,578 yang dilaporkan semalam.
Di Perak pula, jumlah mangsa banjir yang dicatatkan adalah seramai 6,119 orang. Johor mencatatkan jumlah seramai 214, manakala di bahagian utara pula, Kedah dan Perlis masing-masing merekodkan jumlah 96 dan 263 mangsa.
Dari jumlah ini nampaknya bilangan mangsa banjir dan kawasan yang dinaiki semakin meningkat dan orang ramai dinasihatkan berjaga-jaga. Jika banjir sudah hampir ke kawasan anda, anda dinasihatkan berbindah bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kerana kebanyakkan tempat air naik dengan cepat.-Siakapkeli.com.my
siakapkeli
No comments:
Post a Comment