Sunday, December 07, 2014
Lelaki India Taja Orang Gajinya Menunaikan Umrah
Semangat perpaduan yang ditunjukkan lelaki ini adalah amat terpuji dan harus dicontohi orang lain walaupun berbeza anutan agamanya. Apa yang dibuat beliau ini adaah satu tindakan yang terpuji setelah menaja pembantu rumahnya seorang warga indonesia mengerjakan umrah.
Beliau ialah Manickam Letchuman ADUN Padang Jeram, Negeri sembilan yang telah menaja pembantu rumahnya Puan Sama, kerana membalas jasanya yang setia berkhidmat dari tahun 2002 hingga sekarang selama 13 tahun.
Menurut Manickam, pembantu rumahnya itu seorang yang bertanggungjawab, rajin dan amanah dalam menjalankan kerja.
"Walaupun beliau datang sebagai pembantu rumah tetapi kini beliau sudah menjadi sebagai seorang ahli keluarga saya. Sebenarnya saya telah berhasrat hendak menghantar beliau ke Saudi pada tahun 2011 tetapi oleh kerana ada masalah Visa ( pd ketika itu umur beliau bawah 45 dan utk ke Saudi perlukan Mahram ) saya telah tangguhkan sehingga ke tahun ini."
"Walaupun saya sekeluarga beragama Hindu dan Vegetarian tetapi hak beliau sebagai seorang Islam sentiasa diberi keutamaan oleh seisi keluarga." katanya lagi.
Puan Sama yang mendengar berita tersebut telah menitiskan air mata gembira kerana tidak menyangka akan dapat ke Mekah.
Sebelum bertolak menunaikan umrah satu majlis doa seamat dan bacaan tahlil telah diadakan di rumah Manickam yang dihadiri oleh rakan Islam beliau dan kenalan Puan Sama.
"Marilah kita sama-sama berdoa agar keinginan beliau sejak dahulu lagi untuk melangkah ke Tanah Suci Mekah dan seterusnya menunaikan UMRAH akan mendapat Restu Tuhan Yg Maha Kuasa."
"Ini adalah Rezeki beliau. Walaupun saya beragama Hindu, Saya berasa begitu gembira kerana tuhan memberikan saya peluang untuk menaja Pembantu rumah saya Pn. SAMA ke Tanah Suci Mekah." Katanya.-Siakapkeli.com.my
About The Author
>
Admin akan cari artikel-artikel menarik dari banyak sumber ,dan semua nya ditapis ,tiada yang terbuka aurat dalam blog ni sila beri sokongan
Labels:
berita,
dalam negara,
sosial
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
KUALA LUMPUR: Bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar, 45 yang disabitkan bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, ...
-
Tiga Warga China yang memasuki negara ini melalui Johor Bharu disahkan positif Coronovirus. Mereka kini dirawat di Hospital Sg Buloh dan m...
-
Saban hari Negara Malaysia dikejutkan dengan berita yang menggemparkan media sosial. Baru-baru ini terdapat media barat yang mengecam tindak...
-
Baru - baru ini netizen Malaysia dikejutkan lagi dengan satu post yang dikeluarkan oleh University of Malaya Association of New Youth - (...
-
Al Jazeera akan disiasat oleh polis berikutan laporan yang diterima daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Laporan itu dilakukan susulan video...
-
Tidak dapat dinafikan, harga rumah di Malaysia semakin hari semakin mahal. Hal ini menyebabkan mereka yang ingin membeli rumah, lebih-le...
-
Arsenal berminat mengantikan penjaga golnya Petr Cech dengan permain daripada Machester City ,Joe Hart. Kelab besar ini sedang men...
-
Filipina, 30 Dis - Sebuah pesawat AirAsia Zest bernombor pendaftaran Z2 272 hari ini dilaporkan tergelincir di lapangan terbang K...
-
Perdana Menteri Ke-8 akan mengumumkan kabinet baru pada pukul 5 petang ini. Dikatakan bahawa beliau telah menghadap dan memberikan nama kabi...
-
Pada tarikh 27 oktober 2017 , Catalonia telah mengumumkan kemerdekaan mereka . Parlimen Catalonia berjaya melapaskan satu bil yang akan me...




No comments:
Post a Comment