Monday, December 08, 2014

Penyokong Harimau Malaya Mengamuk Pukul Penyokong Vietnam


Sebelum ini kita digemparkan tentang permain Singapura yang mengamuk selepas mengalami kekalahan di tangan Malaysia.

Malam ini lain pula ceritanya apabila Malaysiakalah di tangan Vietnam penyokong kita pula mengamuk dengan memukul penyokong Vietnam.

Perkara ini adalah tidak sedap didengar kerana tidak menunjukkan semangat kesukanan oleh peminat kita dan orang yang memukul penyokong Vietnam itu boleh disifatkan tidak bertamadun kerana ini akan merosakakn reputasi Harimau Malaya itu sendiri.

Adat permainan kalah atau menang, kita jangan tunjuk budaya yang tidak elok ini kepada orang lain kerana sukan sepatutnya mengeratkan persahabatan bukan memburukkan keadaan. Harap pihak Polis Diraja Malaysia dapat ambil tindakan. Budaya Hooligan bukan budaya kita.-Siakapkeli.com.my











Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman Facebook miliknya.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan segelintir penyokong Harimau Malaya yang mengasari penyokong Vietnam sehingga ada yang tercedera, malam tadi.
Insiden pergelutan itu berlaku pada minit-minit akhir perlawanan ketika aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki berlangsung di Stadium Shah Alam, yang berkesudahan Malaysia ditundukkan Vietnam, 2-1.
Sehubungan itu Khairy mahu tindakan tegas dan segera diambil terhadap kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu yang menurutnya boleh memberi implikasi buruk kepada keselamatan penyokong skuad negara di Hanoi nanti.
"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua.
"Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong Malaysia di Hanoi nanti.
"Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan terbabit," katanya seperti dipetik di laman sosial facebooknya, awal pagi tadi.
Oleh kerana penyokong ganas ini tidak akan memohon maaf, beliau sendiri menyatakan permohonan maafnya kepada penyokong Vietnam terutama mereka yang diserang di Stadium Shah Alam.
"Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar," katanya.

bharian dan siakapkeli

No comments:

Post a Comment