Assalamualaikum dan Hai ,hari ini Allz nak
cakap pasal harga diri. Sesetengah manusia sekarang ni merasakan diri mereka
sudah tidak mempunyai harga diri . Mereka merasakan bahawa diri mereka tidak
berharga . Persoalannya siapa yang memberi harga diri kepada seseorang itu ,
adakah daripada individu yang lain ataupun daripada diri sendiri. Nilai diri
itu terletak pada siapa . Adakah pada individu ataupun daripada pandangan
majoriti masyarakat .
Untuk menjawab persoalan ini Allz nak korang menggunakan analogi dengan menggantikan nilai diri dengan nilai barang. Seperti kita tahu nilai diri ini boleh diperolehi melalui diri sendiri ataupun masyarakat . Kalau kita guna analogi diatas . Kita boleh boleh menilai diri kita tinggi , tetapi orang lain mungkin menilaikan diri kita sebagai rendah . Tapi nilai mana yang kita nak ikut .
Untuk menjawab persoalan ini Allz nak korang menggunakan analogi dengan menggantikan nilai diri dengan nilai barang. Seperti kita tahu nilai diri ini boleh diperolehi melalui diri sendiri ataupun masyarakat . Kalau kita guna analogi diatas . Kita boleh boleh menilai diri kita tinggi , tetapi orang lain mungkin menilaikan diri kita sebagai rendah . Tapi nilai mana yang kita nak ikut .
1. Nilai
yang diperolehi daripada diri sendiri (Muhasabah dan refleks diri)
2. Nilai
yang diperolehi daripada individu lain (Bertanya kepada orang lain tentang diri
kita)
Nilai yang kita
akan dapat akan berlainan kerana setiap orang mempunyai nilai tersediri
terhadap diri kita . Contoh jika kita lihat melalui analogi barang, barang A
mungkin hanya bernilai RM10 di mata Individu B tetapi jika dari sudut pandangan
Individu C nilai barang A adalah bernilai RM15 . Meskipun barangan tersebut
merupakan barangan yang sama , tetapi disebabkan ditanya atau dipandang dari
sudut pandang yang berbeza oleh dua individu berbeza, maka keputusan yang
diperolehi adalah berlainan
Kita boleh lihat
bagaimana ,nilai nyawa sesetengah manusia juga boleh dipandang dari sudut
berbeza. Contohnya, Allz bagi dua contoh berbeza
Contoh pertama: Seorang Artis mati dan berita tersebut
diketahui oleh 10,000 orang yang sama
dan meskipun artis tersebut tidak mempunyai pengaruh keatas 10,000 orang itu.
Tetapi 10,000 itu masih meratapi atau menyebarkan tentang kematiaan artis
tersebut. Nilai seseorang yang mati tinggi kerana orang kisah akan kematiannya.
Contoh kedua : Seorang individu yang tidak dikenali ,
hanya rakyat biasa . Tetapi berita kematiannya tetap diketahui oleh 10,000 orang yang sama mendengar tentang kematiaan
artis tersebut. Tetapi kita boleh lihat tindak balas 10,000 orang tidak akan
membuat reaksi yang sama apabila berlakunya kematian artis tersebut. Nilai
rakyat biasa itu rendah , kita boleh lihat melalui reaksi 10,000 orang tersebut
Jadi apakah
faktor yang mempengaruhi nilai seseorang itu dimata dunia.
1. Terkenal/
atau dikenali
2. Kekayaan
3. Keturunan
4. Kecantikan
Kita boleh lihat faktor diatas itu
merupakan faktor itu untuk menilai seseorang , Macam kita tahu dalam Hadis Nabi
sendiri tidak pernah menafikan bahawa untuk mencari isteri kita akan menilai
faktor-faktor tersebut . Tetapi dalam hadis tersebut sebaiknya kita memilih
agama . Tetapi hari ini Allz nak buat satu pemberat untuk menunjukkan sifat
manusia yang nyata bahawa kita sebagai manusia akan menilai orang daripada
faktor yang dinyatakan diatas. Itu merupakan satu modus operandi yang digunakan
untuk seseorang itu untuk dinilai. Benda ini sudah terjawab dengan teori “Halo
Effect” seseorang akan memberi layanan lebih baik kepada sesesorang yang
mempunyai dan memenuhi faktor diatas. Seseorang itu akan dinilai daripada luar
untuk dinilai oleh orang ,dan inferens yang boleh dilakukan adalah apabila
seseorang itu dilayan dengan baik maka, nilai dirinya dimata seseorang itu
adalah lebih baik. Dalam penilaian kita tahu penilaian daripada luaran dan
dalaman .
Sambungan
Bahagian 2
Allz akan terangkan tentang Halo Effect dan Sifat Asas Manusia , menilai
No comments:
Post a Comment