Larangan merokok yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malayasia (KKM) telah dicabar oleh sesetengah individu yang beranggapan bahawa larangan tersebut menghalang kebebasan mereka untuk melakukan aktiviti merokok.
Kes itu dibawa ke mahkamah dan mula didengari pada 6 Mei 2019. Ia diketuai dengan peguam iaitu Nasbal Harun yang mewakili 7 individu yang merupakan ahli kelab Pro-Tem Pertahan Hak Perokok.
Manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili Kementerian Kesihatan, yang dinamakan sebagai responden tunggal.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya yang menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan tujuh individu itu terhadap KKM selaku responden, berpendapat bahawa kesemua pemohon telah terkhilaf apabila menyatakan hak untuk mereka merokok akan terhakis sama sekali dengan adanya peraturan larangan merokok berkenaan.
Hakim Mariana berkata responden telah mengambil kira faktor kepentingan awam apabila menetapkan jarak tiga meter bagi membolehkan perokok untuk merokok di premis makan.
"Pemohon-pemohon atau perokok masih boleh merokok di luar pada jarak tiga meter daripada tempat makan dan menjadi tanggungjawab perokok bagi memastikan puntong rokok dibuang di tempat yang disediakan.
"Oleh itu, untuk kesemua pemohon menyatakan bahawa hak mereka telah terhakis dan dicemari dengan larangan merokok di premis makan adalah tidak berasas," katanya.
Dalam permohonan yang difailkan pada 18 Feb tahun ini, kesemua pemohon yang menyokong usaha Pro-Tem Pertahankan Hak Perokok, antara lain, mendakwa bahawa larangan merokok tersebut bertentangan Perlembagaan Persekutuan kerana ia bukan aktiviti jenayah dan aktiviti terbabit sah dari segi undang-undang yang dijamin perlembagaan.
Menurut mereka, perokok mempunyai hak sama rata dengan golongan tidak merokok untuk mengunjungi dan meluangkan masa di premis makan.
Mereka mendakwa rakyat Malaysia yang merokok secara konstruktifnya diketepi dan didiskriminasi daripada mengunjungi serta menikmati kemudahan di premis makan melalui larangan merokok dan ia bertentangan dengan peruntukan dan prinsip undang-undang dan salah prosedur kerana responden tidak pernah berjumpa perokok atau pihak berkepentingan bagi membincangkan penguatkuasaan larangan.
Wednesday, October 30, 2019
permohonan 7 individu untuk mencabar ditolak (Larangan merokok)
About The Author
>
Admin akan cari artikel-artikel menarik dari banyak sumber ,dan semua nya ditapis ,tiada yang terbuka aurat dalam blog ni sila beri sokongan
Related Articles:

Labels:
berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Jenis : Short + Texture Cadangan Gaya : 1) Textured Crop 2) Crop + Fringe 3) Messy Short Crop 4) Short Haircut for Curly Hair 5) Wavy cro...
-
!!! | Walaupun filem ombak rindu telah lama ditayangkan , namun kehangatan jalan ceritanya itu menjadi gimik dan juga parody yang menjadi ...
-
Selamat Hari raya semua, raya kali ini merupakan pengalaman pertama bagi ramai orang untuk tidak beraya dikampung halaman . Ia memberikan sa...
-
Perbicaraan kes Najib Razak yang akan bersambung pada 13 Mei ini. Kes Najib Razak ini menimbulkan persoalan kepada ramai netizen, ye kita ...
-
Rentetan daripada Gerakkan Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan satu tamparan hebat kepada pengun...
-
Al Jazeera akan disiasat oleh polis berikutan laporan yang diterima daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Laporan itu dilakukan susulan video...
-
Presiden Amerika Syarikat merupakan jawatan yang tertinggi dalan pentadbiran negara besar itu. Siapa yang menjadi Presiden Amerika Syarikat ...
No comments:
Post a Comment