Friday, March 17, 2017

Lelaki membayar hutang dengan KTM dengan surat yang mengandungi duit




Sesuatu yang luar biasa terjadi kepada KTMB Berhad hari ini apabila pihaknya menerima surat dari seorang individu yang mahu membayar tambang yang pernah 'dihutangnya' pada tahun 2001.

Menurut surat yang dimuat naik oleh KTM Berhad di laman Twitter, kejadian itu berlaku ketika si penghutang dan seorang rakan menaiki komuter tetapi turun di kawasan yang tidak sepatutnya.

"Saya pernah menaiki komuter pada tahun 2001 di Stesen Bangi ke Bank Negara tetapi turun di Stesen Putra tanpa membayar tiket tambahan (RM1 di antara Bank Negara ke Putra).

Berserta surat itu dimasukkan sekali not kertas RM5.

Difahamkan, lelaki itu cuma berhutang RM1 tetapi dia melangsaikan sekali 'hutang' rakannya dan turut menderma wang lebihan sebanyak RM3.

"Jadi di sini saya sertakan RM2 (saya dan seorang rakan) sebagai ganti. Semoga dapat disampaikan kepada pihak yang sepatutnya.

"RM3 saya lagi saya sedekahkan kepada orang yang dapat membantu menyampaikan amanah saya ini. Maafkan kesalahan saya." tulis surat tersebut.

KTM di dalam tweet tersebut berterima kasih kepada individu tersebut dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang jujur.

"Hari ini kami terima surat bersama dengan wang RM5 untuk bayaran tambang tiket Komuter tahun 2001. Terima kasih banyak-banyak. #jujur." tulis KTM.



sumber:siakapkeli

No comments:

Post a Comment