Biarpun di usia yang tua dan semakin uzur, Julieta Lorenzo masih menggagahkan diri mengendong anaknya yang cacat kemana sahaja mereka pergi dari rumah mereka di Barangay Bolo, Roxas City.
Minggu lepas, seorang pengguna Facebook, Gilbred Cargason Alsagon Jr. memuat naik kisah menyayat hati ibu tua itu di Facebook yang enggan menerima bantuan dari pengawal keselamatan untuk mengendong anaknya yang berusia 30 tahun itu.
Foto dan video kejadian itu dirakam di sebuah Bank di Filipina ketika ibu tua itu pergi untuk mengambil duit pencennya yang berjumlah 1200 Peso (RM278).
Menurut Gilbred, anak Julieta tidak mampu bercakap, berjalan mahupun berdiri. Disebabkan itu, Julieta perlu mengendongnya setiap kali mahu bergerak keluar ke mana-mana.
Tambah Gilbred lagi, kedua-dua Julieta dan anaknya, Mary Jane, itu mengalami kesukaran untuk berjalan lebih-lebih lagi kerana rumah mereka berada di laluan berhutan dan berbukit. Setiap bulan, mereka akan datang ke bank itu untuk mengutip duit pencen.
Laluan ke rumah Julieta |
"Anaknya lumpuh sejak berusia tiga tahun. Mereka berdua tinggal bersendirian dan nenek Julieta perlu mengendong anaknya setiap kali dia perlu ke bandar kerana risau anaknya itu akan dicabul jika tinggal bersendirian." kata Gilbred.
Gambar yang dimuat naik oleh Gilbred itu telah dikongsi lebih 37,000 kali dan video yang dimuat naik oleh beliau ditonton lbeih 3.5 juta kali.
Dalam masa yang sama, Gilbred meminta mereka yang lebih berkemampuan agar menderma kepada keluarga Julieta.
Sumber: inquirer.net
No comments:
Post a Comment