Rentetan daripada Gerakkan Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan satu tamparan hebat kepada pengundi Pakatan Harapan secara umum. Meskipun begitu ramai daripada kalangan ahli Bersatu bersetuju dengan tindakkan keluar daripada Pakatan Harapan. Ini adalah rentetan daripada kekalahan demi kekalahan pilihan raya kecil menunjukkan Pakatan Harapan mula ditolak oleh pengundi Melayu.
Bersatu yang merupakan parti berbangsa Melayu dalam parti komponen Pakatan Harapan merasakan bahawa undi Melayu sudah hilang dan kepercayaan Melayu terhadap Pakatan Harapan semakin pudar. Jadi tindakkan Sheraton merupakan satu tindakan bagi meraih undi Melayu untuk Bersatu.
Tetapi baru-baru ini sebuah kenyataan telah dikeluarkan oleh Timbalan Bersatu iaitu Mukhriz Mahathir. Di dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan bahawa nasib dan masa depan Bersatu adalah lebih cerah bersama Pakatan Harapan daripada terus bersama Perikatan Nasional. Ini menyebabkan perbalahan berlaku dalam Bersatu , ahli yang menyokong (Langkah Sheraton) dan menolak langkah Sheraton terus berbalah.
Bagi admin tindakkan yang dilakukan oleh beliau adalah tidak salah , kerana itu adalah hak beliau untuk Melakukan kebebasan bersuara. Meskipun ia mungkin menyebabkan perpecahan antara parti semakin ketara. Tetapi ia tidak melanggar etika ataupun apa-apa undang-undang. Secara rangkuman ini merupakan tindakan berani oleh seorang pemimpin tinggi dalam sesebuah parti untuk menegur secara terbuka terhadap pemimpin yang lain. Ini merupakan tindakkan yang sangat berani.
Admin rasa ada dua kemungkinan , pertama ahli Bersatu menerima hujah dan mula kembali kepada PH dan yang kedua , Mukhriz akan mula hilang sokongan daripada ahli Bersatu yang melihat berkawan dengan PH ( berkawan dengan DAP) adalah tindakan yang salah dan mampu menjatuhkan kepentingan Melayu dalam negara Malaysia.
Tuesday, May 05, 2020
Bersatu lebih baik bersama Pakatan Harapan - Mukhriz Mahathir
About The Author
>
Admin akan cari artikel-artikel menarik dari banyak sumber ,dan semua nya ditapis ,tiada yang terbuka aurat dalam blog ni sila beri sokongan
Labels:
berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Netizen baru-baru ini dikejutkan dengan tindakkan yang dilakukan oleh seorang netizen yang berbangsa cina. Komen yang dilempar tersebut adal...
-
Sebuah masyarakat kecil Mormon fundamentalis, kira-kira 15 Lelaki hidup bekeluarga secara berpoligami dalam rumah yang unik dibina oleh me...
-
Drama gabungan politik baharu yang bermula dengan peralihan kuasa daripada Tun M kenapa DSAI mendapat jalan penamat apabila berlakuny...
-
Bermula 1 Februari ini harga minyak akan naik sebanyak 20 sen . Peningkatan ini sejajar dengan peningkatan dengan harga minyak dunia Peni...
-
Secara ringkasnya ini adalah maklumat yang penting dalam ulasan berkenaan PKPP pada perutusan Perdana Menteri bertarikh 7 Jun 3PM. 1. Pelanc...
-
China telah menuduh tindakkan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump telah meningkatkan risiko dalam kestabilan di Timur A...
-
Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghal...
-
Baru-baru ini, seorang rapper dari Korea yang dikenali sebagai Loco telah mencetus kontroversi dengan meremixkan salah satu lagun...
-
Korang pasti mengenali dengan watak-watak diatas. Meskipun ia selalu dikaitkan dengan benda-benda yang positif. Tapi sedar atau tidak sedar ...
-
Jurual jual yang berumur 24 tahun Rentetan keputusan yang dikeluarkan oleh magistrate yang membebaskan wanita tersebut. Pihak pendakwa ...


No comments:
Post a Comment