Wednesday, May 06, 2020

Anak Zahid Hamidi tidak kena denda maksimum , hanya didenda RM 800 tetapi Ibu tunggal didenda RM 1000


Setelah melanggar PKP pada 20 April 2020, Nurul Zahid (Anak Zahid Hamidi) telah mengaku bersalah diatas pertuduhan yang dibacakan oleh Majistret. Mahkamah Majistret telah mengenakan denda sebanyak RM 800 kepada setiap seorang individu yang terlibat iaitu, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya. 


Tetapi timbul dikalangan persoalan di kalangan netizen Malaysia yang mempersoalkan kenapa tidak dikenakan denda maksimum terhadap pesalah tersebut. Mengapa ibu tunggal yang melanggar PKP boleh didenda RM1,000 iaitu merupakan denda maksimum mengikut Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.


Di dalam Mahkhamah Majistret Timbalan Pendakwaraya mencadangkan agar mahkamah memberikan denda maksimum iaitu RM 1000 kepada persalah. Tetapi hujah itu disangkal oleh peguam Nurul Zahid yang memberikan alasan anak guamnya mendapat surat jemputan dari Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad.

Jadi mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM800 kepada Nurul Zahid dan juga suaminya.


Admin tak boleh nak memberikan komen secara tepat dalam hal ini kerana, ada meritnya jugak yang dikatakan oleh peguam Nurul Zahid, berkenaan dengan surat jemputan. Ia memberikan satu merit kepada persalah untuk hukuman diringankan. Tetapi analisis secara penuh tidak dapat dilakukan kerana tiada maklumat yang diperolehi mengandungi sebab mahkamah melakukan sedemikian.

No comments:

Post a Comment