Sunday, March 12, 2017
Tindakkan Raja Bomoh memagar Malaysia daripada serangan Nuklear Korea Utara
Sepang - Mungkin sudah lama kita tidak mendengar nama Raja Bomoh, namun beliau sekali lagi muncul baru-baru ini dengan ritual terbarunya.
Raja Bomoh atau Mahaguru Ibrahim Mat Zin dilihat membuat satu ritual yang bertujuan memastikan 11 rakyat Malaysia yang ditahan sejak 7 Mac lalu dibebaskan dalam masa terdekat dalam masa yang sama 'memagar' Malaysia dari serangan asing.
"Ritual Datuk pada kali ini untuk bertujuan untuk memagar (melindungi) Malaysia dari sebarang ancaman atau serangan negara luar khususnya Korea Utara.
"Selain daripada itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati pemimpin tertinggi Korea Utara agar segera membebaskan 11 rakyat Malaysia ditahan sekaligus memulihkan isu yang semakin berlarutan ini" katanya sebagaimana lapor portal berita tempatan, Smasa News.
Menerusi video ritual itu, dilihat Raja Bomoh menggunakan teropong, buah kelapa dan lima meriam buluh sebagai simbolik selain berdoa bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini.
"Ritual yang Datuk lakukan ini bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak, tapi hanya sekadar langkah awal bagi memastikan konflik ini dapat diselesaikan segera.
"Sebab itu Datuk hanya guna meriam buluh sebagai simbolik dan petua orang dahulu kala ketika diancam pihak musuh," katanya lagi.
Sumber: Smasanews
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Sebuah masyarakat kecil Mormon fundamentalis, kira-kira 15 Lelaki hidup bekeluarga secara berpoligami dalam rumah yang unik dibina oleh me...
-
Bermula 1 Februari ini harga minyak akan naik sebanyak 20 sen . Peningkatan ini sejajar dengan peningkatan dengan harga minyak dunia Peni...
-
Netizen baru-baru ini dikejutkan dengan tindakkan yang dilakukan oleh seorang netizen yang berbangsa cina. Komen yang dilempar tersebut adal...
-
Drama gabungan politik baharu yang bermula dengan peralihan kuasa daripada Tun M kenapa DSAI mendapat jalan penamat apabila berlakuny...
-
China telah menuduh tindakkan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump telah meningkatkan risiko dalam kestabilan di Timur A...
-
Baru-baru ini, seorang rapper dari Korea yang dikenali sebagai Loco telah mencetus kontroversi dengan meremixkan salah satu lagun...
-
Secara ringkasnya ini adalah maklumat yang penting dalam ulasan berkenaan PKPP pada perutusan Perdana Menteri bertarikh 7 Jun 3PM. 1. Pelanc...
-
Korang pasti mengenali dengan watak-watak diatas. Meskipun ia selalu dikaitkan dengan benda-benda yang positif. Tapi sedar atau tidak sedar ...
-
Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghal...
-
Dahulu kita pernah digemparkan dengan ( gambar ngeri pekerja di pelantar Sabah LINK ). Hari ini mari lihat hotel di atas bekas pelantar min...


No comments:
Post a Comment