Monday, October 23, 2017

Masalah Politik dan Demokrasi Malaysia



Satu soalan yang admin nak korang jawab , ahli politik kat Malaysia nak berpolitik untuk negara atau politik untuk parti masing-masing.Masalah pada hari ini kita tahu yang Malaysia negara berdemokrasi . Bila kita sebut pasal demokrasi semua kata itu cara paling bagus untuk pilih pemimpin. 

Kalau korang tahu pasal Socrate yang merupakan seorang ahli falsafah yang berasal daripada barat . Dalam buku Republic Of Plato , Socrate pernah cakap pasal masalah demokrasi . Definisi demokrasi datang daripada perkataan yunani iaitu demos iaitu orang dan kratia yang bermaksud kuasa. Secara literal nya bermaksud kuasa orang. Jadi kita tahu demokrasi ni dia lebih kepada permintaan majoriti rakyat akan menjadi tujuaan kerajaan.

Dalam buku Republic Of Plato , Socrate ade bertanya kat plato jika kita ingin memilih kapten kapal ,siapakah yang layakk memilih kapten kapal tersebut . Adakah semua orang atau hanya orang yang mempunyai ilmu tentang perkapalan saja yang boleh memilih kapten tersebut. 

Jika kita lihat analogi tersebut  , socrate menyatakan tentang kelemahan demokrasi yang melayakkan setiap orang satu undi. Setiap orang yang layak mengundi ,undi nya dikira sebagai satu undi.


Masalahnya disebabkan kebanyakkan ahli politik pada hari ini menggunakan konsep sweet shopper dan doktor . Semua ahli politik lebih rela menjadi sweet shopper yang akan menjanjikan segala-gala yang baik didengar namun, buruk akibat nya berbanding doktor yang merawat orang dan memaksa membuat sesuatu yang tidak disukai orang ramai namun disebabkan kebaikkan orang tersebut.


Kita tidak boleh nafikan pengundi di Malaysia masih tidak berfikir dengan wajar . Kita asyik bersyukur dengan yang ada. Kita rasa demokrasi ni dah cukup baik dah . 


Artikel seterusnya admin akan tulis pasal mana keadilan dalam demokrasi

No comments:

Post a Comment