Thursday, June 07, 2018

Anak-Anak muda berani menghina institusi raja dan YDPA , Apalah nak jadi dengan malaysia


Kita lihat , konsep Malaysia baru yang dibawa oleh rakyat Malaysia hari ini,nampaknya mempunyai kesan negatifnya, Antara kesan negatif yang diterima adalah sikap anak muda yang semakin berani menghina institusi raja dan YDPA . Tindakkan ini seharusnya diambil tindakkan kerana, ini merupakan satu tindakkan yang disabitkan kesalahan bawah akta hasutan .

   Institusi raja merupakan institusi yang cukup tinggi, tetapi kenapa ramai orang muda pada hari ini mula mempersoalkan dasar dan juga tunjang bagi bangsa melayu itu sendiri. Ingat ,jatuhnya melaka kerana pengkhianatan si KITOL yang akhirnya membawa kehancuran kepada kerajaan Melaka dan mulalah era penjajahan terhadap tanah melayu,

   Kita ada hak bersuara dan kita boleh terus maju, tapi jangan lupa nilai melayu yang taat pada rajanya. Sekuat mana pun kita cuba untuk mengintegrasikan diri sebagai masyarakat moden , kita jangan lupa . Raja adalah satu aspek yang penting dalam nilai seorang melayu . 



No comments:

Post a Comment