Saturday, September 28, 2019

Keputusan Inkues kes Muhammad Adib , adakah ini penamatnya ?

Keputusan Makhamah Koroner mengesahkan bahawa kematian Muhammad Adib yang merupakan anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya .

Hakim Koroner Rofiah Mohammad yang mengumumkan keputusan itu sebentar tadi berkata ia dibuat setelah meneliti keterangan saksi yang selari dengan kejadian.
"Kita buat keputusan setelah ambil kira keterangan saksi dan setelah meneliti keterangan saksi kes ini jelas melibatkan jenayah," kata Rofiah.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).


- Astro Awani


   Selain itu, inkues ini bukan penamat bagi mengejar keadilan bagi Arwah Muhammad Adib.


Sebaliknya tegas peguam keluarga Muhammad Adib, Kamaruzzaman Wahab, ia adalah permulaan memastikan kematiannya terbela.
“Mahkamah Koroner telah membuat keputusan bahawa berdasarkan keterangan saksi, pakar dan dying declaration dari si mati, membuktikan si mati telah dipukul dan menyebabkan kematian oleh sekumpulan orang. Jadi kami mahu Peguam Negara dan polis menangkap dan mendakwa penjenyaah terlibat di mahkamah sebagaimana disaran mahkamah koroner hari ini.


Astro Awani



No comments:

Post a Comment