Friday, July 17, 2020

Disney Princess Effect, meningkatkan ekspektasi kepada lelaki dalam setiap perhubungan cinta

List of Disney Princesses | Disney Princess Wiki | Fandom

Korang pasti mengenali dengan watak-watak diatas. Meskipun ia selalu dikaitkan dengan benda-benda yang positif. Tapi sedar atau tidak sedar sebenarnya. Ia menyebabkan ramai perhubungan cinta terganggu disebabkan memberi ekspektasi yang "inhuman" ataupun tidak sama dengan level manusia normal. Sedar atau tidak sedar meskipun ia mempunyai nilai yang baik dalam diri. Tetapi kita dapat lihat nilai buruk yang telah diberikan kepada para remaja yang lahir pada 90-an.  Disney melahirkan generasi yang mempunyai ekspektasi dalam perhubungan yang tidak boleh dicapai sebagai seorang manusia.

Contoh yang diberikan dalam setiap movie yang diberikan adalah wanita merupakan individu yang sentiasa memerlukan bantuan lelaki dan lelaki merupakan individu yang harus membantu wanita dalam masalah. Selain itu ia memberikan satu gambaran yang tidak realistik kepada generasi tersebut bahawa wanita adalah kaum yang patut di" serve " ataupun individu yang lemah yang patut dibantu oleh seorang lelaki.

Meskipun disney sudah mula membuat watak yang lebih berdikari yang tidak sentiasa menunjukkan kebergantungan terhadap lelaki , contohnya Elsa yang dikeluarkan dalam cerita Frozen. Tetapi perkara ini tidak menafikan bahawa kesalahan disney dalam menggambarkan sosial expectation untuk generasi 90-an yang menganggap wanita adalah makhluk yang lemah dan lelaki adalah individu yang akan sentiasa menyelamatkan wanita.

Jadi ia mewujudkan ekspektasi yang tidak masuk akal. Ia akan memberi tekanan kepada kaum lelaki yang harus memberikan effort seperti seorang Putera raja meskipun dengan keadaan ekonomi semasa. Sebab itu kita boleh lihat dengan senario semasa dimana lelaki diberikan tekanan untuk menjadi supply utama dalam wang ringgit dalam mana-mana hubungan percintaan sekalipun. Ini kerana semua perempuan mahu rasa dirinya sebagai seorang Princess dan patut ditemukan dengan Prince yang sekufu dengan mereka. 

Persoalannya, adakah ekspektasi itu adil untuk seorang lelaki ?
Read more ...

Sunday, July 12, 2020

Netizen mencadangkan hari jumaat Malaysia patut menyambut, "Hari Makan babi"


Netizen baru-baru ini dikejutkan dengan tindakkan yang dilakukan oleh seorang netizen yang berbangsa cina. Komen yang dilempar tersebut adalah keatas pos Menteri Agama Islam iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Dalam post yang disiarkan dalam Facebook Malaysiakini yang mempamerkan cadangan YB menteri untuk menjadikan hari jumaat sebagai hari jawi telah diambil buruk oleh kebanyakkan netizen berbangsa cina. Ada satu komen jelik juga yang dipost yang mengatakan bahawa, kita boleh menyatupadukan rakyat malaysia dengan memakan babi. Itu adalah satu cadangan untuk menggantikan cadangan YB menteri untuk menjadikan hari Jawi untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.

Saban hari kita dapat lihat bahawa meskipun YB menteri tidaklah mempunyai kaitan dengan parti politik Perikatan Nasional , namun YB menteri sering diserang kerana menjadi sebahagian kabinet kerajaan tersebut. Cukup mengejutkan apabila sepatutnya niat Perdana Menteri melantik YB menteri adalah untuk mengurangkan masalah tekanan politik apabila berkenaan agama. Namun tindakan itu tidak disambut baik oleh Parti Pakatan Harapan.

Bagi admin ada isu yang kita boleh berbincang secara terbuka dan ada juga isu yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka kerana ia mampu merenggangkan hubungan antara kaum di dalam Malaysia. Seharusnya setiap rakyat haruslah matang dan memegang tanggungjawab untuk melaksanakan hak bersuara mereka. Benar dalam Perlembagaan persekutuan Malaysia , ia memberikan kebenaran untuk bersuara, tetapi ia bukanlah secara total. Ia ada sekatan dan sebagainya. Jadi rakyat Malaysia perlu lebih bertanggungjawab.

Sekian Terima Kasih
Read more ...

Saturday, July 11, 2020

Universiti Malaya dimalukan lagi, Umany mengkritik tindakan kerajaan terhadap PATI


Student body may sue UM | Free Malaysia Today
Baru - baru ini netizen Malaysia dikejutkan lagi dengan satu post yang dikeluarkan oleh University of Malaya Association of New Youth - (UMANY). Didalam post yang bertajuk "PATI Dikorbankan untuk Meraih Populariti dalam Usaha Membasmi Pandemik Covid-19" dalam post tersebut, terdapat satu kenyataan yang menyatakan tindakan menangkap PATI yang rela hati melalui proses saringan covid-19 adalah tidak berperikemanusian. 

Dalam post tersebut mereka menggambarkan bahawa PATI merupakan mangsa daripada kerajaan yang korup dan juga majikan yang menindas PATI tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa PATI ini merupakan produk daripada kegiatan permedagangan dan penyeludupan manusia.

Bagi admin komen yang dilontarkan oleh Gerakkan tersebut adalah tidak berasas dan juga seperti budak-budak yang baru nak up. Kita dapat melihat melalui lontaran fitnah terhadap kerajaan tanpa melampirkan dengan bukti yang kukuh. Pertama, jika seorang PATI itu salah dan ditangkap oleh kerajaan itu kerana kesalahannya yang memasuki negara tanpa izin. Kedua, jika dia benar didagangkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Maka dengan tangkapan daripada pihak kerajaan ia dapat membantu individu tersebut daripada terus dijadikan hamba perdagangan manusia. Jadi bagi admin tiada istilah tidak adil. 

Kedua, mereka juga cakap yang PATI tidak patut ditangkap kerana mereka sedang beratur melaksanakan ujian Covid-19. Setuju atau tidak, jika mereka dijemput dengan ujian, mereka masih melakukan kesalahan. Walaupun ajakkan itu untuk melakukan saringan Covid-19 tapi ia tidak pernah menafikan hak imigresen untuk menangkap mereka. Jika penjenayah menghantar orang sakit ke hospital sekalipun, kalau dia ditangkap dia tetap persalah jenayah.

Bagi admin, Umany ni memang dah banyak menimbulkan isu sensitif yang tiada kritikan yang membina. Tidak cukup dengan kes Wong Yan Ke yang memalukan Universiti ini. Datang lagi masalah baru yang boleh memburukkan nama Universiti ini. 

PS: Wong Yan Ke juga ada kaitan dengan Umany 


Persoalan terakhir Admin, Umany adalah untuk perjuangkan nasib Mahasiswa ataupun hanya untuk terus menjadi mesin politik sesebuah parti untuk memburukkan sesebuah parti yang lain. Kalau betul ia untuk mahasiswa, mulalah bertindak untuk mahasiswa dan bukan untuk agenda lain
Read more ...

Tuesday, July 07, 2020

Polis siasat agensi media Al-Jazeera berkenaan laporan dan video yang dikeluarkannya

Al Jazeera Media Network - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Al Jazeera akan disiasat oleh polis berikutan laporan yang diterima daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Laporan itu dilakukan susulan video yang disiarkan di channel Al Jazeera yang bertajuk "Locked Up in Malaysia's Lockdown" berdurasi 25 minit 50 saat oleh Al Jazeera itu mendakwa berlaku diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin dari segi layanan terhadap mereka ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani wabak COVID-19. Laporan polis itu dilakukan pada awal jun lalu di Balai Polis Presint 7 Putrajaya. Polis akan membuat siasatan bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 


Sofar tiada berita lanjut berkenaan perkara ini, dan masih tiada penangkapan yang dilakukan daripada pihak polis. Jadi bagi pendapat admin siasatan ini masih berada pada fasa awal.


Read more ...

Monday, July 06, 2020

Al Jazeera mengkritik kerajaan Malaysia tentang isu Pendatang tanpa izin

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan laporan dokumentasi yang disiarkan dalam "Channel" youtube media Al-Jazeera yang bertajuk "Locked Up in Malaysia's Lockdown". Video yang berdurasi 25 minit itu menceritakan bagaimana pendatang tanpa izin ini telah dilayan dengan buruk oleh kerajaan Malaysia.

Ada juga individu di dalam video tersebut yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia melayan pendatang tanpa izin seperti seekor anjing. Persoalan yang admin nak timbulkan adakah label yang diletakkan oleh agensi media itu adalah adil dan tanpa bias.

Menteri Kanan ( Kluster Keselamatan) Malaysia , Ismail Sabri telah memberikan reaksi terhadap video tersebut dengan mencabar agensi media tersebut, "Saya cabar Al Jazeera untuk memberikan nama negara yang beri kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen termasuk tinggal secara bebas dalam negara mereka.

"Setahu saya, tiada negara yang akan berbuat demikian termasuk di negara Al Jazeera ada sekarang ini," tegasnya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Ramai juga netizen di dalam twitter berpendapat bahawa laporan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut adalah tidak adil dan berat sebelah.























Ramai netizen pengguna twitter berpendapat bahawa, serangan ini merupakan bersifat politik(PH menyuruh Aljazeera menghina kerajaan PN), tapi masih tidak dapat disokong dengan mana-mana fakta ya sahih. Tetapi admin tidak mahu bersangka buruk dan admin mengambil stand untuk tidak mempercayai statement tersebut.


Isu ini merupakan satu isu yang mampu memalukan nama baik negara Malaysia yang sedang naik keatas akibat kejayaan kita memerangi penyakit berjangkit Covid-19. Jadi apakah pendapat korang dalam isu ini? 

Jika anda tidak bersetuju dengan laporan tersebut anda boleh submit your report terhadap video tersebut.



            Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, tindakan media antarabangsa itu jelas tidak beretika dan berniat jahat untuk memburukkan nama Malaysia.

"Tuduhan yang dibuat itu amat tidak wajar dan berniat tidak baik kerana menuduh secara membuta tuli. Saya percaya agensi media itu mempunyai niat kurang baik kerana melaporkan perkara yang tidak betul.

"Apa yang dilakukan kerajaan bagi menangani penularan wabak COVID-19 adalah berdasarkan undang-undang dan dilakukan secara menyeluruh termasuk rakyat di negara ini," katanya.

Beliau menambah, laporan agensi media itu yang mendakwa kanak-kanak warga asing digari sebelum dibawa ke pusat tahanan juga merupakan suatu pembohongan.

"Saya ingin jelaskan, kanak-kanak yang ditahan tidak pernah digari, malah mereka ditempatkan di kawasan khas dan diasingkan daripada ibu bapa mereka.

"Ini fakta sebenar, tapi saya percaya Al Jazeera tidak tahu fakta sebenar tapi atas niat tidak baik terhadap Malaysia, maka perkara tidak betul dilaporkan termasuk menuduh kita rasis," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menggesa agar agensi media itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kesilapan yang dilakukan.

Beliau dalam masa sama menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum yang telah menyatakan sokongan terhadap tindakan yang dilakukan kerajaan.

"Saya kira mereka menentang segala laporan Al Jazeera dan semalam saya lihat beratus ribu telah 'dislike' sehingga agensi berita itu menutup ruangan komen yang 100 peratus tidak bersetuju dengan laporan itu," tambahnya.

-Astro Awani

Read more ...

Monday, June 08, 2020

Rakyat Malaysia membina KLCC dalam Minercraft?




Seorang rakyat Malaysia yang bernama "Yusri Haneef" memuat naik gambar ke dalam Group Minercraft Malaysia untuk mempamerkan rekaan design KLCC nya. Dalam post tersebut dia menulis:

 "The progress of Suria KLCC. Almost the same. The challenge now is the roof on top of the shopping mall. It has art up there, on top of that it has a dome. That the hard part. It’s taking quite some time"

 Jika kita lihat, ramai rakyat Malaysia terpegun dengan ciptaan jejaka tersebut yang mampu membina bangunan tersebut dalam game Minercraft. Daripada post yang admin lihat dikatan bahawa jejaka tersebut dalam proses untuk membina KLCC park dan bangunan-bangunan lain. Ini mendapat sambutan positif daripada group tersebut. 

Bagi admin, ini menunjukkan kreativiti yang ada dikalangan rakyat Malaysia dalam menempuhi kebosan PKP .
Read more ...

Sunday, June 07, 2020

Rentas negeri sudah dibenarkan, PKP sudah ditamatkan disambung dengan PKPP(Pemulihan)


PM umum esok bila orang bujang dibenar rentas negeri | Nasional ...Secara ringkasnya ini adalah maklumat yang penting dalam ulasan berkenaan PKPP pada perutusan Perdana Menteri bertarikh 7 Jun 3PM.

1. Pelancongan domestik dibenarkan tetapi pintu masuk antarabangsa masih ditutup.
2. Operasi premis perniagaan kembali kepad biasa. 
3. Sekolah dibuka berperingkat dalam tempoh PKPP. 
4. Pusat hiburan seperti pub, karaoke masih dilarang. 
5. Perhimpunan libat ramai org dilarang.

Selain itu, rentas negeri juga sudah dibenarkan bermula 10 Jun 2020. Perdana Menteri juga mengingatkan bahawa kawasan yang mempunyai rekod jangkitan aktif yang tinggi mungkin dihalang untuk merentas negeri. 
Read more ...

Monday, June 01, 2020

Kes Mabuk berlaku lagi.

Kenderaan disyaki dipandu pemandu mabuk merempuh motosikal dipandu mangsa dari arah belakang. - Foto ihsan pembacaSeorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamed ZailiMohamed berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.

Katanya, ketika itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, dekat Ampang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.

"Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan, manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

"Suspek memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu setelah ditahan orang awam.

"Suspek kemudian dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dan keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Berita Harian


Bagi pendapat admin, undang-undang harus digubal bagi memastikan hukuman yang lebih berat dapat dijatuhkan terhadap pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian. Kerana, kita lihat saban hari bagaimana perkara ini berlaku semakin banyak jadi untuk menghalang perkara ini terus berlaku . Pihak kerajaan harus memberikan hukuman yang lebih keras kepada orang lain.

Read more ...

Sunday, May 31, 2020

Perhimpunan tunjuk perasaan terhadap kematian George Floyd

George Floyd neck knelt on by police officer.png
Tunjuk perasaan ini adalah terhadap kekejaman polis yang menyebabkan kematian George Floyd. Jadi siapakah George Floyd? Beliau merupakan African Amerikan yang didapati mati setelah percubaan untuk menangkap beliau oleh Derek Chauvin . Derek Chauvin yang merupakan anggota polis telah melakukan tangkapan terhadap George Floyd ,semasa tangkapan tersebut Derek telah meletakkan lututnya di leher George Floyd, ia menyebabkan kematian terhadap mangsa tersebut. George Floyd dikatakan meninggal dunia kerana kekurangan oksigen / sesak nafas akibat tindakan polis tersebut




Perhimpunan tunjuk perasaan ini berlaku di seluruh bandar utama negara Amerika Syarikat , ini bagi menunjuk perasaan terhadap kekejaman oleh polis terhadap George Floyd. Mereka meminta supaya George Floyd diberikan keadilan sepenuhnya dan polis tersebut menerima tindakkan sewajarnya. 

Bagi admin , perkara ini amat merisaukan kerana ditengah gejala Covid-19 mereka semua berkumpul bagi menunjuk perasaan . Meskipun mereka telah membuat persedian seperti memakai penutup muka dan sebagainya. Tetapi ia tetap memberikan kerisauan kerana ini akan meburukan lagi keadaan Covid-19 di negara tersebut. Untuk pengetahuan umum negara Amerika Syarikat merupakan negara yang paling banyak kematian berkaitan Covid-19 

Stay safe, Stay healthy.

Read more ...

Friday, May 29, 2020

Gambar Viral sokongan dari frontliner Malaysia terhadap hashtag #indonesiaterserah






Baru-baru ini terdapat beberapa gambar yang telah viral . Gambar ini adalah bagi memberi semangat kepada frontliner Indonesia yang mula berasa terserah terhadap keadaan yang berlaku. Jadi kenapa mereka mula terserah, ini kerana terdapat ramai rakyat Indonesia yang tidak memberi kerjasama dalam mengurangkan bilangan jangkitan Covid-19. 


Gambar ini merupakan tindak balas terhadap hashtag #indonesiaterserah . Dalam gambar tersebut ia memberi message bahawa Indonesia boleh dan mampu menangani masalah tersebut. Bagi admin ini menunjukkan bahawa negara Indonesia bukan sekadar negara jiran malah merupakan saudara jauh bagi negara Malaysia. Ini menunjukkan bahawa meskipun terdapat banyak orang tidak bertanggungjawab cuba mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia , tetapi masih ramai yang mahu hubungan ini terus dijaga dan dipupuk dengan kasih sayang antara satu sama lain.

Read more ...

Tuesday, May 26, 2020

Melenting ditegur Mufti


Dimulakan dengan apabila dia membuat satu comment terhadap gambar orang yang menggunakan tongkat semasa membuat khutbah sebagai jenaka. Apabila dia ditegur oleh Menteri Agama Islam dia mula mengeluarkan tweet seperti dibawah yang seperti menolak teguran Menteri Agama Tersebut



Setelah ditegur berkenaan dengan tindakkan yang dilakukan dia mula mengatakan bahawa dia tidak berfikir benda tu lawak pun dan hanya Menteri tersebut sahaja yang terlebih berfikir benda tu lawak. Dia juga mengatakan itu masalah Menteri tersebut dan bukan masalah dia. Setalah ramai netizen mengecam dia. Dia mula menyalahkan kerajaan dengan mula mempersoalkan yang kenapa Menteri Agama Islam perlu diambil daripada bekas mufit. Saya rasa soalan ni dah jelas kut jawapannya. Mestilah Menteri berkaitan agama perlu dilantik kepada orang-orang yang mempunyai ilmu agama dan bukannya sembarangan orang. Jadi kita nampak butthurt budak ni bila ditegur oleh seorang yang beragama .  Teguran admin rendahkan lah ego tu.
Read more ...

Monday, May 25, 2020

Kenaikan Kes Covid-19 yang mendadak pasca Aidilfitri (25Mei 2020)

BM DATA KES SETIAP NEGERI 25 Mei-01


Pada 25 Mei selepas raya hari pertama . Terdapat peningkatan daripada 60 pada 24 Mei kepada 172 Pada 25 Mei 2020. Meskipun demikian, orang awam dinasihatkan agar tidak panik kerana daripada 172 yang dikesan sebanyak 112 dikesan berada di dalam Tiga Depot Tahanan Imigresen. Bermaksud ia terasing daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa.

Jumlah warga asing yang dijangkiti adalah 159 menunjukkan bilangan majoriti yang dijangkiti pada 25 Mei. Meskipun begitu orang awam masih diingatkan untuk melaksanakan amalkan norma baru yang telah ditetapkan, contohnya.

  1. Kerap membasuh tangan - bagi mendesinfektasi tangan daripada virus covid -19.
  2. Membuatkan penjarakan sosial - bagi mengurangangkan kebarangkalian untuk virus di agihkan kepada orang lain.
  3. Penggunaan penutup muka - Bagi menghalang kemasukan virus dan juga keluar .
Read more ...

Hari Raya Online , merasai perasaan yang dirasai oleh Frontliner.

Happy Hari Raya Aidilfitri! | TTG Asia


Selamat Hari raya semua, raya kali ini merupakan pengalaman pertama bagi ramai orang untuk tidak beraya dikampung halaman . Ia memberikan satu pengalaman baru kepada orang. Siapa sangka dalam kesedihan beraya berjauhan daripada kampung halaman . Kita dapat merasa perasaan yang sering dirasai oleh frontliner (doktor, polis dan juga askar) pada setiap tahun. Kita lihat bagaimana setiap tahun pasti akan ada frontliner ini perlu melupakan hasrat untuk beraya bersama ahli keluarga. 

Pengalaman untuk merayakan raya berjauhan dari kampung halaman merupakan satu pengalaman yang datang satu dalam 100 tahun. Jadi kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab haruslah berusaha membantu frontliner dalam melaksanakan tugas mereka. Kerana, ini mungkin satu dalam seribu bagi kita. tetapi kebiasaan bagi mereka. 

Jadi diakhir teks ini admin ingin mengucapkan selamat hari raya. Maaf zahir dan batin
Read more ...

Tuesday, May 12, 2020

Kerajaan Negeri Kedah sah jatuh ke tangan Perikatan Nasional

Perikatan Nasional

Berikutan 2 ahli Dewan Undangan Negeri Kedah PKR yang telah keluar daripada parti dan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional memastikan gerakkan yang selama ini sudah diduga. Kerajaan Pakatan Harapan musnah apabila tidak lagi berjaya mendapat bilangan kerusi majoriti dalam Dewan Undangan Negeri. 


PH -17 
Bersatu - 6
PKR - 5
Amanah - 4
DAP - 2

PN - 19
PAS -15
UMNO - 2
Bebas - 2 (ahli PKR yang keluar parti)

Bilangan 19 Kerusi yang terkumpul ,memberikan Perikatan Nasional mampu membentuk kerajaan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Dikatan PAS dan UMNO negeri akan membuat pengunguman rasmi pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat PAS Negeri Kedah. 
Read more ...

Najib Razak bersalah atau tidak, dia tetap bersalah ( Pendapat )

Perbicaraan kes Najib Razak yang akan bersambung pada 13 Mei ini. Kes Najib Razak ini menimbulkan persoalan kepada ramai netizen, ye kita tahu bahawa Najib Razak telah dibicarakan atas pertuduhan kesalahan yang melibatkan dana 1MDB yang berjumlah sebanyak RM 2.28 Billion.

Bagi saya Meskipun Najib Razak jika dia tidak didapati bersalah , dia tetap harus dipersalahkan daripada beberapa sudut. Ia kita tahu bahawa Najib Razak menggunakan alasan bahawa ia tidak tahu menahu tentang salah laku yang berlaku di dalam 1MDB dan segala "Money Laundering" yang berlaku di dalam Syarikat tersebut. Persoalan mula timbul, jika benar apa yang diperkatakan oleh beliau, saya hairan kenapa sebuah syarikat boleh melakukan tindakan sedemikian tanpa diketahui oleh beliau. Suka untuk saya cakap yang syarikat tersebut adalah di bawah penyeliaan beliau. Seharusnya sedikit sebanyak beliau harus tahu tentang apa yang dilakukan dan apa yang berlaku di dalam syarikat tersebut. Beliau juga diingatkan oleh Bekas Timbalan Perdana Menterinya berkenaan isu tersebut Muhyiddin Yassin malah Muhyiddin dipecat setelah bertanya berkenaan 1MDB . Jadi jika benar beliau tidak melakukan tindakan tersebut beliau tetap gagal dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang kerana tidak mendengar "whistle blower " yang ditiup untuk memberi tahu tentang salah laku yang berlaku di dalam syarikat tersebut, kerana itu beliau harus dipersalahkan. Meskipun bukan salah dibawah undang-undang tetapi tetap bersalah di mata kami rakyat Malaysia.

ps; ini hanya artikel pendapat , boleh di hujahkan dan diberi komen


Read more ...

Friday, May 08, 2020

Media barat mengutuk tindakan Kerajaan Malaysia terhadap Pelarian Rohingnya

Saban hari Negara Malaysia dikejutkan dengan berita yang menggemparkan media sosial. Baru-baru ini terdapat media barat yang mengecam tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan kemasukan pelarian Rohingnya ke dalam Negara Malaysia.

Kerajaan baru-baru ini tidak membenarkan kemasukan pelarian Rohingnya dengan sebab bahawa ia akan mengacau usaha kerajaan dalam membendung Covid-19. Umum mengetahui bahawa pandemik Covid-19 memberi impak kepada rakyat Malaysia daripada segi sosial dan ekonomi. Kemasukan pelarian ini kedalam Malaysia mampu memberikan tekanan tambahan terhadap ekonomi negara. Ini kerana  untuk menghadapi Covid-19 sahaja kerajaan telah mengeluarkan ber billion ringgit Malaysia, dengan kemasukan ini kerajaan juga harus membelanjakan duit bagi menguruskan kehidupan mereka di Malaysia.

Jadi pada pendapat Admin , justifikasi yang diberikan kerajaan adalah masuk akal, kerana keadaan yang tidak menentu di Malaysia, ini menyebabkan kerajaan Malaysia dilemma dalam memberikan bantuan terhadap rakyat atau pun pelarian Rohingnya. Selain itu juga suka untuk saya tekankan bahawa negara Malaysia tidak pernah menyertai Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, jadi ia tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini. Negara Malaysia juga tidak mempunyai obligasi untuk menempatkan mereka ,tetapi atas dasar kemanusian sudah banyak yang telah dibantu sebelum ini.

Bagi admin , ia tidak adil untuk seseorang itu menghukum negara Malaysia kerana , kerajaan juga mempunyai tanggungjawab kepada rakyat berbanding tanggungjawab antarabangsa. Seharusnya media barat ( AJ+ ) harus lebih peka dengan keadaan semasa di negara Malaysia, dan ia juga tidak adil untuk membuat video yang memburukkan negara Malaysia tanpa meminta penjelasan daripada pihak Negara Malaysia.


Apa pendapat korang ?
Boleh letak di komen .

Read more ...

Thursday, May 07, 2020

Masjid terima kecaman daripada penduduk sekeliling disebabkan laungan azan - Kanada


Keputusan Bandar Mississauga untuk membenarkan azan maghrib dilaungkan daripada masjid sepanjang bulan Ramadhan mendapat kritikan daripada segolongan penduduk yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Sepucuk surat terbuka mengatakan bahawa laungan azan yang dilaungkan daripada masjid itu merupakan salah satu gangguan terhadap hak asasi manusia dan mereka juga mengatakan bahawa laungan azan itu dapat mencetus PTSD kepada Veteran yang berkhidmat untuk Kanada semasa berlakunya perang di Timur Tengah ( Afghanistan atau Iran).


Surat itu juga dilampirkan dengan dua petisyen yang menolak keputusan Azan dilaungkan daripada Masjid tersebut. Salah seorang penduduk mengatakan bahawa seharusnya semua agama dilayan dengan samarata dan disebabkan sudah wujud undang-undang berkaitan bunyi bising, jadi setiap agama harus mengitu undang-undang tersebut dengan patuh.


Jadi apa pendapat korang ?
Read more ...

Wednesday, May 06, 2020

Masalah terbesar rakyat Malaysia - Membuat Konklusi Sebelum Membaca.

Sudah lama , saya tidak  menulis artikel berbentuk pendapat saya. Hari ini saya akan menulis tentang masalah yang terdapat pada rakyat Malaysia yang agak merisaukan . Kita tahu yang negara Malaysia ini merupakan negara yang berdemokrasi. Salah satu sifat negara berdemokrasi adalah kebebasan dalam bersuara. Kebebasan bersuara bukan sahaja kebebasan untuk menyampaikan pendapat tetapi ia juga adalah kebebasan untuk mendapat maklumat dan juga kebebasan untuk berpegang kepada sesuatu pendapat.


Tetapi masalah mula timbul apabila wujud berita- berita yang memberikan tajuk yang cukup hangat dan membuatkan para netizen marah. Meskipun tajuk berita tersebut mungkin sebahagian betul, tetapi pembacaan yang lebih mendalam harus dilakukan untuk mereka mendapat gambaran yang lebihnya.


Contoh berita yang memanaskan telinga netizen :

1.Anak Zahid Hamidi tidak kena denda maksimum , hanya didenda RM 800 tetapi Ibu tunggal didenda RM 1000

(Contoh dalam berita ini mereka melakukan konklusi bahawa Nurul Zahid mendapat denda yang lebih rendah adalah kerana dia merupakan anak seorang politikus yang terkenal, tetapi mungkin juga sebenarnya ia dapat denda sedemikian kerana justifikasi yang diberikan ( Menerima jemputan daripada kementerian) , Meskipun tiada info yang menunjukkan sedemikian ,tetapi hujah tersebut digunakan oleh peguam dia)

2.Dihukum mati pertahankan diri daripada dirogol

( Jika sekali baca pasti semua orang akan beranggapan bahawa ia tidak adil untuk mangsa rogol itu melakukan sedemikian, kenapa mereka boleh dijatuhkan hukuman yang berat meskipun dia yang menjadi mangsa sebenarnya. Tetapi terdapat perenggan yang menyatakan bahawa perkara tersebut berlaku adalah kerana persalah tersebut membunuh mangsa pada waktu (timeline dimana dia belum lagi dirogol/ pembunuhan bermotif dan bukannya pembunuhan mempertahankan diri)



Banyak lagi contoh dimana berita, disebabkan hanya membaca tajuk tanpa membaca intipati yang terdapat dalam berita tersebut. Netizen melakukan konklusi dahulu sebelum mendapatkan semua maklumat yang diperlukan dalam membuat konklusi. Ia amat menyedihkan untuk melihat masalah sedemikian berlaku.


Pada pendapat admin seharusnya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah membuat pembacaan yang dalam untuk mendapat konklusi yang lebih adil dan juga nyata. Ini seharusnya dilakukan oleh setiap rakyat Malaysia yang inginkan hidup berdemokrasi. Jika tidak, tiada guna jika seseorang yang mempunyai hak kebebasan tapi tidak menggunakan kebebasan itu dengan berkesan.
Read more ...

Anak Zahid Hamidi tidak kena denda maksimum , hanya didenda RM 800 tetapi Ibu tunggal didenda RM 1000


Setelah melanggar PKP pada 20 April 2020, Nurul Zahid (Anak Zahid Hamidi) telah mengaku bersalah diatas pertuduhan yang dibacakan oleh Majistret. Mahkamah Majistret telah mengenakan denda sebanyak RM 800 kepada setiap seorang individu yang terlibat iaitu, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya. 


Tetapi timbul dikalangan persoalan di kalangan netizen Malaysia yang mempersoalkan kenapa tidak dikenakan denda maksimum terhadap pesalah tersebut. Mengapa ibu tunggal yang melanggar PKP boleh didenda RM1,000 iaitu merupakan denda maksimum mengikut Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.


Di dalam Mahkhamah Majistret Timbalan Pendakwaraya mencadangkan agar mahkamah memberikan denda maksimum iaitu RM 1000 kepada persalah. Tetapi hujah itu disangkal oleh peguam Nurul Zahid yang memberikan alasan anak guamnya mendapat surat jemputan dari Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad.

Jadi mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM800 kepada Nurul Zahid dan juga suaminya.


Admin tak boleh nak memberikan komen secara tepat dalam hal ini kerana, ada meritnya jugak yang dikatakan oleh peguam Nurul Zahid, berkenaan dengan surat jemputan. Ia memberikan satu merit kepada persalah untuk hukuman diringankan. Tetapi analisis secara penuh tidak dapat dilakukan kerana tiada maklumat yang diperolehi mengandungi sebab mahkamah melakukan sedemikian.

Read more ...

Tuesday, May 05, 2020

Bersatu lebih baik bersama Pakatan Harapan - Mukhriz Mahathir

Rentetan daripada Gerakkan Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan satu tamparan hebat kepada pengundi Pakatan Harapan secara umum. Meskipun begitu ramai daripada kalangan ahli Bersatu bersetuju dengan tindakkan keluar daripada Pakatan Harapan. Ini adalah rentetan daripada kekalahan demi kekalahan pilihan raya kecil menunjukkan Pakatan Harapan mula ditolak oleh pengundi Melayu.

Bersatu yang merupakan parti berbangsa Melayu dalam parti komponen Pakatan Harapan merasakan bahawa undi Melayu sudah hilang dan kepercayaan Melayu terhadap Pakatan Harapan semakin pudar. Jadi tindakkan Sheraton merupakan satu tindakan bagi meraih undi Melayu untuk Bersatu.


Tetapi baru-baru ini sebuah kenyataan telah dikeluarkan oleh Timbalan Bersatu iaitu Mukhriz Mahathir. Di dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan bahawa nasib dan masa depan Bersatu adalah lebih cerah bersama Pakatan Harapan daripada terus bersama Perikatan Nasional. Ini menyebabkan perbalahan berlaku dalam Bersatu , ahli yang menyokong (Langkah Sheraton) dan menolak langkah Sheraton terus berbalah.






Bagi admin tindakkan yang dilakukan oleh beliau adalah tidak salah , kerana itu adalah hak beliau untuk Melakukan kebebasan bersuara. Meskipun ia mungkin menyebabkan perpecahan antara parti semakin ketara. Tetapi ia tidak melanggar etika ataupun apa-apa undang-undang. Secara rangkuman ini merupakan tindakan berani oleh seorang pemimpin tinggi dalam sesebuah parti untuk menegur secara terbuka terhadap pemimpin yang lain. Ini merupakan tindakkan yang sangat berani.

Admin rasa ada dua kemungkinan , pertama ahli Bersatu menerima hujah dan mula kembali kepada PH dan yang kedua , Mukhriz akan mula hilang sokongan daripada ahli Bersatu yang melihat berkawan dengan PH ( berkawan dengan DAP) adalah tindakan yang salah dan mampu menjatuhkan kepentingan Melayu dalam negara Malaysia.
Read more ...