Monday, April 09, 2018

Adakah Malaysia negara sekular Bahagian 1 ?


    Hari ini tajuk untuk kita bincangkan adalah Agama Islam dimata undang-undang Malaysia, selain itu Allz jugak akan memberi pandangan ,adakah Malaysia negara Islamik ataupun negara sekular. Sebelum itu Allz akan tumpukan kepada perlembagaan persekutuan Malaysia sahaja.

  Dalam perlembagaan ini , isi yang berkaitan dengan agama Islam terletak pada perkara 3,11 dan 12 .
Dalam perkara 3 perlembagaan persekutuan Malaysia, Islam merupakan agama kepada persekutuan . Tetapi perkara ini perlu dibaca dengan Perkara 3(4) dimana dinyatakan bahawa mana-mana bahagian dari perkara ini tidak akan menghilangkan kuasa mana-mana peruntukan didalam perlembagaan ini. Jadi perkara ini pernah diguna pakai dalam kes Che Omar Che Soh v PP yang mengatakan bahawa tiada hukuman mati yang dijatuhkan kepada pengedar dadah dalam undang-undang Islam (Allz tak dapat nak terangkan dengan lebih terang) , tetapi melihatkan perkara 3(4) dalam perlembagaan persekutuan ini , menyebabkan hujah yang digunakan tidak sah. Ini menunjukkan bahawa perkara ini tidak memberi banyak kesan keatas undang-undang Malaysia.

   Selain itu, Kita boleh lihat dalam perkara 11(4) , Undang-undang boleh diperuntukan untuk menghalang penyebaran agama lain terhadap penganut agama Islam. Ini menunjukkan bahawa penganut agama Islam boleh dipertahan aqidah nya daripada penyebaran agama-agama yang lain. 

Sambungan....


PS:/sebarang kesalah boleh ditegur



No comments:

Post a Comment