Friday, July 17, 2020

Disney Princess Effect, meningkatkan ekspektasi kepada lelaki dalam setiap perhubungan cinta

List of Disney Princesses | Disney Princess Wiki | Fandom

Korang pasti mengenali dengan watak-watak diatas. Meskipun ia selalu dikaitkan dengan benda-benda yang positif. Tapi sedar atau tidak sedar sebenarnya. Ia menyebabkan ramai perhubungan cinta terganggu disebabkan memberi ekspektasi yang "inhuman" ataupun tidak sama dengan level manusia normal. Sedar atau tidak sedar meskipun ia mempunyai nilai yang baik dalam diri. Tetapi kita dapat lihat nilai buruk yang telah diberikan kepada para remaja yang lahir pada 90-an.  Disney melahirkan generasi yang mempunyai ekspektasi dalam perhubungan yang tidak boleh dicapai sebagai seorang manusia.

Contoh yang diberikan dalam setiap movie yang diberikan adalah wanita merupakan individu yang sentiasa memerlukan bantuan lelaki dan lelaki merupakan individu yang harus membantu wanita dalam masalah. Selain itu ia memberikan satu gambaran yang tidak realistik kepada generasi tersebut bahawa wanita adalah kaum yang patut di" serve " ataupun individu yang lemah yang patut dibantu oleh seorang lelaki.

Meskipun disney sudah mula membuat watak yang lebih berdikari yang tidak sentiasa menunjukkan kebergantungan terhadap lelaki , contohnya Elsa yang dikeluarkan dalam cerita Frozen. Tetapi perkara ini tidak menafikan bahawa kesalahan disney dalam menggambarkan sosial expectation untuk generasi 90-an yang menganggap wanita adalah makhluk yang lemah dan lelaki adalah individu yang akan sentiasa menyelamatkan wanita.

Jadi ia mewujudkan ekspektasi yang tidak masuk akal. Ia akan memberi tekanan kepada kaum lelaki yang harus memberikan effort seperti seorang Putera raja meskipun dengan keadaan ekonomi semasa. Sebab itu kita boleh lihat dengan senario semasa dimana lelaki diberikan tekanan untuk menjadi supply utama dalam wang ringgit dalam mana-mana hubungan percintaan sekalipun. Ini kerana semua perempuan mahu rasa dirinya sebagai seorang Princess dan patut ditemukan dengan Prince yang sekufu dengan mereka. 

Persoalannya, adakah ekspektasi itu adil untuk seorang lelaki ?

1 comment:

Elysya gemuk

  1. Good sharing! Feel free to have a visit: https://adriani.mailchimpsites.com/ . tysm.

    ReplyDelete