Saturday, July 11, 2020

Universiti Malaya dimalukan lagi, Umany mengkritik tindakan kerajaan terhadap PATI


Student body may sue UM | Free Malaysia Today
Baru - baru ini netizen Malaysia dikejutkan lagi dengan satu post yang dikeluarkan oleh University of Malaya Association of New Youth - (UMANY). Didalam post yang bertajuk "PATI Dikorbankan untuk Meraih Populariti dalam Usaha Membasmi Pandemik Covid-19" dalam post tersebut, terdapat satu kenyataan yang menyatakan tindakan menangkap PATI yang rela hati melalui proses saringan covid-19 adalah tidak berperikemanusian. 

Dalam post tersebut mereka menggambarkan bahawa PATI merupakan mangsa daripada kerajaan yang korup dan juga majikan yang menindas PATI tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa PATI ini merupakan produk daripada kegiatan permedagangan dan penyeludupan manusia.

Bagi admin komen yang dilontarkan oleh Gerakkan tersebut adalah tidak berasas dan juga seperti budak-budak yang baru nak up. Kita dapat melihat melalui lontaran fitnah terhadap kerajaan tanpa melampirkan dengan bukti yang kukuh. Pertama, jika seorang PATI itu salah dan ditangkap oleh kerajaan itu kerana kesalahannya yang memasuki negara tanpa izin. Kedua, jika dia benar didagangkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Maka dengan tangkapan daripada pihak kerajaan ia dapat membantu individu tersebut daripada terus dijadikan hamba perdagangan manusia. Jadi bagi admin tiada istilah tidak adil. 

Kedua, mereka juga cakap yang PATI tidak patut ditangkap kerana mereka sedang beratur melaksanakan ujian Covid-19. Setuju atau tidak, jika mereka dijemput dengan ujian, mereka masih melakukan kesalahan. Walaupun ajakkan itu untuk melakukan saringan Covid-19 tapi ia tidak pernah menafikan hak imigresen untuk menangkap mereka. Jika penjenayah menghantar orang sakit ke hospital sekalipun, kalau dia ditangkap dia tetap persalah jenayah.

Bagi admin, Umany ni memang dah banyak menimbulkan isu sensitif yang tiada kritikan yang membina. Tidak cukup dengan kes Wong Yan Ke yang memalukan Universiti ini. Datang lagi masalah baru yang boleh memburukkan nama Universiti ini. 

PS: Wong Yan Ke juga ada kaitan dengan Umany 


Persoalan terakhir Admin, Umany adalah untuk perjuangkan nasib Mahasiswa ataupun hanya untuk terus menjadi mesin politik sesebuah parti untuk memburukkan sesebuah parti yang lain. Kalau betul ia untuk mahasiswa, mulalah bertindak untuk mahasiswa dan bukan untuk agenda lain

No comments:

Post a Comment