Friday, May 08, 2020

Media barat mengutuk tindakan Kerajaan Malaysia terhadap Pelarian Rohingnya

Saban hari Negara Malaysia dikejutkan dengan berita yang menggemparkan media sosial. Baru-baru ini terdapat media barat yang mengecam tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan kemasukan pelarian Rohingnya ke dalam Negara Malaysia.

Kerajaan baru-baru ini tidak membenarkan kemasukan pelarian Rohingnya dengan sebab bahawa ia akan mengacau usaha kerajaan dalam membendung Covid-19. Umum mengetahui bahawa pandemik Covid-19 memberi impak kepada rakyat Malaysia daripada segi sosial dan ekonomi. Kemasukan pelarian ini kedalam Malaysia mampu memberikan tekanan tambahan terhadap ekonomi negara. Ini kerana  untuk menghadapi Covid-19 sahaja kerajaan telah mengeluarkan ber billion ringgit Malaysia, dengan kemasukan ini kerajaan juga harus membelanjakan duit bagi menguruskan kehidupan mereka di Malaysia.

Jadi pada pendapat Admin , justifikasi yang diberikan kerajaan adalah masuk akal, kerana keadaan yang tidak menentu di Malaysia, ini menyebabkan kerajaan Malaysia dilemma dalam memberikan bantuan terhadap rakyat atau pun pelarian Rohingnya. Selain itu juga suka untuk saya tekankan bahawa negara Malaysia tidak pernah menyertai Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, jadi ia tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini. Negara Malaysia juga tidak mempunyai obligasi untuk menempatkan mereka ,tetapi atas dasar kemanusian sudah banyak yang telah dibantu sebelum ini.

Bagi admin , ia tidak adil untuk seseorang itu menghukum negara Malaysia kerana , kerajaan juga mempunyai tanggungjawab kepada rakyat berbanding tanggungjawab antarabangsa. Seharusnya media barat ( AJ+ ) harus lebih peka dengan keadaan semasa di negara Malaysia, dan ia juga tidak adil untuk membuat video yang memburukkan negara Malaysia tanpa meminta penjelasan daripada pihak Negara Malaysia.


Apa pendapat korang ?
Boleh letak di komen .

1 comment:

Elysya gemuk

  1. Tindakan kerajaan Malaysia betul, tiada istilah rohingya ataupun rohaya. Mereka sebenarnya adalah "Benggali Chittagong" yang berasal dari Bangladesh. Aku belajar sejarah. Tak boleh tipu, budak tadika korang boleh tipu. Apasal dihalau dari Bangladesh, Myanmar adalah disebabkan bangsa ni tak sedar diri dan Zalim.Boleh baca "battle of saidpur". Bacalah Sejarah, jangan jadi bengap. Kenapa nak salahkan Malaysia? kita dah banyak membantu. Seeloknya kita saman Media Barat yang cakap tak serupa bikin tu dalam RM30 billion. Biar mereka sedar diri sikit. Rohingya tu nama yang direka oleh mereka sendiri. "Benggali Chittagong" adalah bangsa sebenar mereka.

    ReplyDelete