Tuesday, January 03, 2017

Wanita Kongsi Saat Getir Bila Matanya Hampir Buta Gara-Gara Pakai Contact Lens


Untuk cantik, ada wanita sanggup lakukan apa sahaja, ada yang sanggup berhabisan wang ringgit, ada yang sanggup melakukan pembedahan dan bagi yang kurang berkemampuan mereka lakukan apa yang boleh mencantikkan diri mereka berdasarkan kemampuan diri.

Ada yang menggunakan alat kecantikan seperti pakaian, alat solek dan pelbagai lagi seperti bulu mata palsu dan contact lens.

Dikongsikan oleh Puan Fie Nuradley kisah yang cukup menakutkan, hanya kerana untuk cantik beliau hampir kehilangan nikmat melihat apabila matanya hampir buta.

Jom kita baca coretan pengalaman beliau ini.


ALLAH HANTAR REMINDER DI PENGHUJUNG TAHUN 2016 DAN ASBABNYA ADALAH CONTACT LENS

Ramai yang call, wassap, pm tanya kakfie.. kenapa.. kakfie sampai warded? Takkan sebab contact lens kot? Kakfie pun tak tahu nak start cerita ni macam mana.. tapi apa yang kakfie boleh katakan, ALLAH HANTAR REMINDER kat kakfie dengan cara begini.. Mungkin kakfie terlalu ghairah dan lupa diri seketika..

Ok, kakfie sebenarnya bukan pengguna tegar contact lens.. Kakfie pakai pun just nak melawa je.. bukan rabun pun. Kakfie start pakai contact lens color color sejak zaman anak dara lagi.. warna yang kakfie suka, hijau, purple, biru.. warna yang mengancam gitew.. tapi sejak kakfie kawin, ada anak dua.. kakfie dah jarang sangat pakai. Sibuk, tak sempat la nak pakai.. nak, nak sejak berhenti kerja kakfie dah takpakai, Cuma, kakfie pakai kalau photoshoot dan ada event je.

Tapi tulah, benda nak jadi kan..latest contact lens kakfie beli minggu lepas.. baru sangat.. dah kali kedua cuba pakai brand tu, agak dikenali dan famous jugak di pasaran online..tapi kakfie tak salahkan contact lens tu.. cuma, kakfie ulangi, Allah tegur kakfie cara macam ni, kakfie redha.. insaf pun ya..sebab kalau kita nak pakai apa pun, bergantung kepada niat kita.. kalau niat kita tu “lain”, anytime je Allah boleh Tarik balik.. kan ke semua ni milik DIA? Dia berhak kalau nak ambik balik kalau Dia suka.. Kita ni pinjam je. Tapi tulah, kadang tak sedar diri.. dan buat –buat lupa..

ALLAH.

26 DECEMBER 2016

Pagi tu kakfie nak attend seminar roket emel by najib assadok (one of internet marketer yang agak famous di kalangan peniaga online lah).. kakfie pun teragak nak pakai lens ke tak pagi tu..

“eh nak pakai ke tak eh?”, 

kebetulan kakfie bangun awal pagi.. so kakfie pun emm.. pakai lah.. Cuma masa nak pakai tu, terlintas kat hati,

“pakailah, baru Nampak lawa.. orang dah start kenal kan, siapa aku”

So, kakfie pun pakailah.. tapi masa tu niat tu sebenarnya dah lain, lebih kepada riak, ujub pun ada.. Cuma kita ni tak berapa nak sedar.. hanyut dek nikmat dunia yang Allah beri.. kakfie pun selama ni pakai pun takde pernah terdetik pun dalam hati benda-benda mcm ni.. tpi pagi tu.. entah mcm mana boleh terfikir macam tu.. so niat pun dah terpesong sikit.. lebih kepada nak menunjuk  MAAF

Macam biasa.. pagi tu kakfie pun live FB dan selfie.. pokpek pokpek nak pi kelas katanya.. ceyy.. masa selfie tu, kakfie pun tanya husband berulang kali, “comel tak?” and kakfie pun upload la kat fesbuk dengan seronoknya..

Masa kakfie kat seminar, kakfie duduk depan sekali, berdepan dengan skrin besar tu, keadaan dewan agak gelap, tapi masa jam 1130pg macam tu kakfie keluar dari dewan, nak ke toilet.. masa tu kakfie notify that kabur sikit.. tapi kakfie just ignore.. maybe perasaan je kot.. kakfie ni pulak spesis suka
“think positive” hehe.. then, masa lunch time around 1-2pm tu, mata kakfie OK ..takde rasa kabur ape pun..

Then masa kul 3 masuk balik dewan, kul 645 macam tu kakfie keluar, tiba tiba kakfie rasa kabur yang amat sangat.. tak Nampak tiba-tiba.. kakfie cepat cepat ke toilet.. BUKAK lens.. eh.. still tak Nampak.. kabur sangat..tp kakfie dok think positive lagi.. maybe sekejap lagi OK la tu kakfie cuba bertahan.. tapi masa maghrib tu kakfie rasa lain macam dah.. kakfie basuh mata dengan air paip.. kakfie kat surau time tu.. kakfie pun solat la menangis bagai.. dengan harapan sekejap lagi mata cerah balik…
.
Dalam jam 8 tu, kakfie masuk balik dewan, kakfie tgk fon.. still Nampak tak Nampak macam tu… kelas start balik dalam jam 830.. masa tu kakfie perasan, kakfie mcm tak Nampak sangat.. 8.35 kakfie keluar.. kol husband.. cakap nak balik.. sebab kakfie rasa macam worst sgt.. orang depan kakfie pun kakfie dah tak Nampak.. idung ke mata ke.. dah tak Nampak.. Allah..

Kakfie cuba bertenang.. kakfie tak continue seminar tu malam tu.. terus pi klinik.

Sampai je klinik.. muka doctor tu pun dah tak Nampak dah.. dia kata dia pun tak tau kenapa… Cuma bila tengok mata.. dia kata merah je.. bila kakfie cerita kat dia.. dia kata “maybe u pakai terbalik”.. masa tu doctor inject and bagi 4 jenis ubat makan… dia tak berani bagi ubat titik sebab dia takut ada infection nanti.. sebab dia rasa mcm kakfie pakai lens tu terbalik.. dia suruh kakfie pagi pagi besok refer ke pakar mata..

“malam ni u balik, u tgk keadaan mata u, kabur atau tak lagi.. kalau pagi esok still sama atau worst, u cepat2 pergi specialist, ini mata u, u tak boleh main-main, kena cepat-cepat pergi..”

Kakfie ingat nak pi malam tu jugak hospital.. tapi doctor kata, pakar mata ada siang je.. itupun kat KPJ je. Kakfie balik malam tu.. mata tak sakit.. tapi kabur tu semakin teruk.. tapi kakfie ni dok fikir positif lagi.. esok pagi mesti OK..

27 DECEMBER 2016

Subuh tu kakfie bangun.. Allah.. still kabur.. sedihnya tak tau nak kata apa.. Husband kakfie pi office dulu.. Cuma dia janji sekejap lagi dia balik.. and bawak kakfie ke hospital.. kakfie pun OK je. Kakfie rehat je dulu pagi tu kat rumah.. sebab kakfie rasa letih dan nak tidur je..

Masa jam 9 pagi tu.. tiba tiba rasa menyucuk yang amat sangat.. Sakit sampai terjerit-jerit.. kakfie pun tak tahu dah nak ingat apa.. ingat Allah ja masa tu.. tiba tiba kakfie rasa payah nak buka mata, tp dapat buka sikit sikit.. pastu Nampak tangan sendiri secara jelas. “Yess!! Aku dah Nampak..” then Kakfie tutup mata balik.. sebab andaian kakfie.. tu process nak sembuh.. so kakfie tutup mata, kejap lagi kakfie bukak balik la… then kakfie sambung tidur.. husband call pagi tu.. kakfie kata kita pi tengah hari.. sebab kakfie rasa kejap lagi tengah hari dah boleh nampak dah heheehe..
.
Jam 12, husband balik. Kakfie pun bukak mata perlahan-lahan..

Allah.. tak Nampak lagi.. laki aku pun tak Nampak jugak dah..
.
Kakfie pun tak mau dah dok positif sangat.. so cecepat pi hospital.. masa on the way tu tetiba rasa menyucuk tu datang balik.. aduh.. and again tak boleh buka mata langsung.. sangat perit rasa.. tak tau nak gambarkan macam mana.. cahaya tak boleh langsung direct kat mata.. siap pakai spek hitam lagi..

Sampai hospital, terus ke emergency.. doctor check.. nurse letak ubat mata and letak macam kertas kat mata.. kakfie pun tak tahu kertas apa.. sebab kakfie pun tak boleh bukak mata dah..

Masa tu doctor tu cakap..

“Allah, luka seluruh mata .. bulat luka tu.. dua dua biji mata pulak tu … macam mana boleh jadi macam ni?”

Kakfie jawab la.. kakfie pakai contact lens sambil tersedu-sedu..

Kakfie tanya doctor tu macam-macam.. dia kata.. kakfie kena jumpa pakar mata.. dia tak berani bagi jawapan sama ada boleh sembuh atau tak..huhuhu.. masa tunggu tu, kakfie dibenar baring dan rest kat emergency room.. masa tu menyucuk tu datang tanpa henti.. mata langsung dah tak leh bukak.. lagi menangis.. lagi menyucuk rasa dia.. masa tu kecoh jugak kat situ dikalangan nurse2.. smpaikan orang yang tolak wheel chair kakfie pun tau.. pastu siap dok kesian kesian lagi..

Jam 1 lebih tu, kakfie dapat jumpa pakar mata.. doctor tu agak veteran.. macam mak-mak gitu.. (masa tu tak Nampak la..)

Bila dia tanya, kakfie pun cerita la macam kakfie dok cerita nie..

Then dia tanya,

“Kenapa pakai? Adik rabun ke”


“Tak doctor. Saya tak rabun. Sy pakai Seronok2 je doctor.. “


“Kenapa seronok2?”

.
“Sebab nak cantik je.. “

Then,
Doctor cakap,
.
“Adik, Allah kurnia mata kat kita ni dah elok dah.. kenapa nak ubah ciptaan Allah? Kenapa nak buat perkara yang Allah tegah? Ingat, kita kalau nak Allah sayang kita, kita buat apa yang Allah suruh, jangan buat apa yang Allah larang.. “

“Ya doctor, saya tahu saya salah doctor.. saya menyesal. Saya minta maaf. “


“Adik, adik tak boleh minta maaf dekat doctor, adik kena mintak maaf kat Allah. Istighfar banyak2 doa banyak2 sebab yang nak sembuhkan adik pun bukan doctor. Tapi Allah. “


Kakfie tersedu kat situ. .menangis kat situ..

Rasa berdosa rasa bersalah semua ada.. Dah kena tarbiah pulak.. tapi memang terkesan kat jiwa..

Lepas ceramah, baru doctor check, ayat terawal yang doctor ucap:

“Allahuakhar”
“Astaghfirullah halazim”
“Masha Allah” 

“Teruknya luka mata adik.. dua-dua luka.. (sambil mulut doctor berbunyi menahan rasa nyilu).. Luka dan terkoyak.. hampir kena mata kecik kat tengah tu.. pastu dia pun explain dengan Bahasa saintifik yang kakfie tak paham.. Adik kena warded cecepat ni.. ni belum ada jangkitan lagi.. kalau ada jangkitan, mata boleh rosak.. sekarang hanya luka.tapi luka ni sangat teruk.. adik boleh tak Nampak langsung.. “

Allah, kakfie terkedu.. menakutkan pulak explaination doctor ni.. .

Kakfie tanya, doctor takkan tak boleh sembuh kot?

“Saya tak pasti, kena ikhtiar dulu.. kena avoid jangkitan dulu.. supaya tak semakin teruk.. sebab skrg tak ade jangkitan.”

Doctor, nanti saya kena operate ke doctor?

“Tak tentu juga.. kita kena tengok dulu keadaan mata adik macam mana.. “(sambil masa tu dok fikir kos operate)

Doctor, kalau tak sembuh nati saya buta ke doctor?

Adik doa banyak-banyak, setakat doctor tengok ni.. luka smpai terkoyak dan terhakis.. jangkitan kuman tak de langsung.. adik masuk hospital dulu, kita tgk mata adik.. kemudian kita akan tengok macam mana ye.. tapi biasanya susah nak sembuh sebab keadaan luka ni teruk sangat.. “

Bila doctor tak dapat bagi jaminan yang kakfie boleh sembuh.. kakfie dah rasa gelap dah dunia ni.. kakfie cuba bersabar.. cuba positif.. Cuma kakfie terfikir, “how do I complete my mission kalau mata tak Nampak??”.. boleh ke suami aku terima kalau aku dah buta.. macam mana aku nak tengok anak-anak aku membesar.. argh.. semua soalan itu datang bertalu-talu..

Then, kakfie pun masuk la ward..

28 DECEMBER 2016- 29 DECEMBER 2016

Sepanjang kakfie berada di ward, banyak benda yang kakfie belajar… kakfie rasa sangat menyesal.. sakit menyucuk tu jangan cakap la… tiga jam sekali nurse datang bagi ubat titik, ubat makan.. kadang-kadang rasa macam nak terkeluar biji mata sakitnya tu..

Semua nurse kat situ macam kesian-kesian kan kakfie.. derang tolong kakfie mandi, kakfie makan.. semua bersuap berpimpin.. jiran katil kakfie.. makcik sebelah tu pun kesian.. siap offer anak dia lagi untuk tolong tolong kakfie..

Yang sedihnya.. masa kakfie tgh solat.. tiba-tiba kakfie terhantuk bucu katil.. Allah.. sakitnya.. sedihnya.. dah la tak Nampak.. terlanggar.. sakit mata dah.. sakit lagi kepala.. huhu… SUSAHNYA HIDUP KALAU DAH BUTA.

Kakfie dah tak Nampak sapa dah nak kakfie mohon pertolongan kecuali Allah..

Hari-hari, kakfie solat awal waktu.. Kakfie tak pernah-pernah sebelum masuk waktu solat, dah ready nak solat.. lepas solat, doa tu bukan main panjang lagi.. kakfie istighfar, kakfie selawat.. kakfie banyak mintak tolong dekat dengan Allah je. Kakfie tak tau nak mintak tolong sapa dah.. kak fie selalu jugak ucap “la ilaha illallah anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin”

Bila malam.. sebelum tidur kakfie buat solat sunat taubat.. bila tengah malam, kakfie terjaga, kakfie paksa diri bangun, solat tahajud (tak pernah buat seumur hidup) – masa kakfie bangun tu, terngiang-ngiang ayat Dr Azizan Osman dengan Sifu Najib Assadok

“kalau tengah malam tu kan, kita terjaga, kita jangan bangun kencing je.. sebenarnya, Allah rindu nak dengar doa kita, Allah nak kita minta kat Dia”

Kakfie bangun jugak, kakfie doa bersungguh-sungguh. Kakfie banyak ucap “la hawla wala quwwata illa billah hila li yil azim”, even masa jumpa doctor pun tak henti-henti kakfie ucap..

Sebelum subuh pulak, kakfie solat sunat sebelum subuh..

Serius cakap.. kakfie rasa insaf sangat.. kakfie tak tau nak cerita macam mana.. tapi process ini banyak menyedarkan kakfie.. kakfie anggap ia adalah “Reminder” dari Allah.

Malam tu kakfie dah start buka mata.. dah boleh tgk HP dan boleh tgk TV. Tapi still pedih.

And tengah malam tu, again, kakfie bangun tahajud, betul-betul mohon… dan…

30 DECEMBER 2016

Tara….. Pagi itu cukup indah.. berkat doa, kakfie percaya Allah sayang kakfie.. kakfie mampu makan tanpa bantuan nurse lagi..

Doctor, nurse dan husband pun terkejut..

“Cepat sangat recover ni..Alhamdulillah.. “

Kakfie keep asking doctor pasal contact lens tu..

Doctor cakap.. bukan sebab contact lens u kotor, tapi ada beberapa kemungkinan..

1. Mungkin pakai terbalik so chemical tu dah masuk dalam mata
2. Kakfie pakai lebih masa
3. Contact lens tu tak sesuai dengan kakfie

Tetapi apapun sebabnya, kakfie percaya, Allah nak tegur kakfie.. dan hantar “soft reminder” kepada kakfie untuk kakfie sedar diri.. dan “contact lense” tu sekadar “asbab” sahaja.. sebenarnya Allah rindu kakfie.. rindu nak dengar kakfie DOA kat dia.. mungkin kakfie terlalu lalai dan asyik mengejar duniawi.. dan terlalu sangat perasan cantik 

Lagipun kakfie selalu sangat komplen, muka kakfie tembam la..muka kakfie tak cantik la.. tak gebu la tak itu la tak ini la.. bagai-bagai dan berapa kali berhasrat nak inject sana sini.. tapi semua tu kakfie CANCEL sebab kakfie takut dengan TEGURAN Allah lagi.

Ni baru je pakai contact lens Allah dah tegur macam ni, tak tau pulak kalau kakfie buat benda lain.. ntah macam mana pulak Allah hantar reminder.. kakfie tak mau dah ubah apa-apa yang Allah dah bagi kat kakfie…

Dan malam kakfie sampai rumah, after discharge hospital..

Bapak call, and dia cakap “bila Allah nak angkat darjat seseorang, Allah akan uji ikut kemampuan dia.. anggaplah ini peringatan dari Allah, segera taubat dan jangan buat lagi..”

SEKIAN.
Fie Nuradley Muhyiddin
01 Januari 2017

-Siakap keli -

No comments:

Post a Comment