Thursday, November 27, 2014

RUMAH HANTU PALING KEJAM DI DUNIA


SUKA mencabar kemampuan dan keberanian diri sendiri?
Mungkin rumah hantu McKamey Manor yang terletak di San Diego, California merupakan  pilihan yang tepat untuk merasai pengalaman paling mengerunkan seumur hidup anda.
Hal ini kerana, hantu-hantu yang berada di rumah hantu ini bukan sahaja akan menakut-nakutkan anda tetapi seolah-olah cuba membunuh nyawa anda dengan gaya yang amat tragis.
Ini terbukti apabila sejak 14 tahun dibina, tiada seorang pengunjung pun berjaya sampai ke garisan penamat.
Meskipun, pengalaman ini dianggap unik dan menakutkan tetapi lebih 24,000 orang sudah dalam senarai menunggu untuk merasai pengalaman rumah hantu mengerunkan tersebut.
Memberi kelainan berbanding rumah hantu yang lain, pengunjung diharap bersedia sebarang kemungkinan diikat, disumbat dalam sangkar ular, disimbah darah palsu dan bermacam lagi yang anda sendiri tidak akan sangka.
Lebih kejam, pengunjung bakal merasai sendiri pengalaman dipaksa memakan telur busuk dan mulut disumbat dengan kertas.
Namun, untuk memasuki rumah hantu ini hanyalah dua pengunjung sahaja dibenarkan dalam satu masa dan segala latar belakang mereka diperiksa sebelum dibenarkan masuk.
Pengalaman yang mengambil masa kira empat hingga tujuh jam ini sememangnya mempunyai unsur-unsur dramatik yang amat megerunkan yang tidak akan anda lupakan.
engasasnya Russ McKamey, 55, dan teman wanitanya Carol Schultz juga akan memastikan pengunjung merasai pengalaman berbeza setiap kali ke McKamey Manor ini.
McKamey berkata dia menghasilkan projek itu kerana begitu meminati kisah seram seperti Psycho, Texas Chainsaw Massacre dan The House on Haunted Hill dan sanggup menghabiskan lebih AS$500,000 (RM1.6 juta) untuk menjadikan McKamey Manor pengalaman paling menakutkan di dunia.
“Pengalaman yang kami tawarkan adalah interaktif malah saya turut berbincang dengan peminat selain membuat kajian mendalam. Percayalah, apa yang dialami di sini amat unik dan tidak ubah seperti merasai filem seram anda sendiri,” katanya Acane, anda ber ani ke?
Acane, anda ber ani ke?– MYNEWSHUB.CC
- See more at: http://eberita.org/rumah-hantu-paling-kejam-di-dunia/#sthash.4ZW8Z09h.dpuf

No comments:

Post a Comment