Wednesday, April 11, 2018

Kenapa kita tak boleh halang perbuatan LGBTQ

    Assalamualaikum dan hai , hari ini tajuk kita , kita akan bincangkan tentang isu masalah perbuatan LGBTQ . LGBTQ ini merupakan satu istilah untuk menggambarkan satu golongan yang mempunyai keinginan seksual yang unik daripada manusia biasa.

LGBTQ terdiri daripada singkatan Lesbian,Gay,Bisexual,Transgender dan Queer. Dalam isu LGBTQ ini ramai negara seperti negara-negara di Eropah contohnya, German dan Netherland. Negara eropah yang mempunyai prinsip yang teguh dalam hak asasi manusia mengatakan bahawa pilihan untuk memilih adalah sebahagian daripada hak asasi manusia. 

   Jadi hujah yang selalu digunakan oleh golongan ini adalah, mereka meinginkan supaya hak asasi mereka dipenuhi. Selepas perang dunia kedua , badan antara kerajaan seperti Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mula menegakkan hak asasi manusia . Antara hasil yang dapat dihasilkan melalui diskusi ini mereka akhirnya berjaya menterai satu dokumen yang dipanggil sebagai United Nation Declaration of Human Right , dokumen ini merupakan satu dokumen yang digunakan bagi menjaga hak asasi manusia dan sebagai panduan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan tentang hak asasi manusia.

   Jadi hujah yang cukup mudah , mereka selalu menggunakan hak asasi manusia untuk mempejuangkan hak mereka untuk bebas memilih apa sahaja yang diingini , kerana itu merupakan satu daripada hak asasi manusia. Hak asasi manusia merupakan hak yang diperolehi oleh manusia dan tidak boleh ditarik darinya oleh mana-mana entiti .


  Sambungan bahagian dua berkaitan  nilai moral .

No comments:

Post a Comment