Sunday, January 26, 2020

Lebih berjuta sudah dijangkiti Novel Coronavirus( Wuhan Virus), 90,000 sudah mati ?

 Dunia dikejutkan dengan kemunculan virus baru daripada kumpulan Coronavirus - iaitu virus Novel Coronavirus(nCoV) 2019 atau lebih dikenali sebagai Wuhan Virus. Ini merupakan virus seakan-akan virus SARS, namun ada yang mengatakan bahawa genetik sequence mereka berbeza antara satu sama lain.



Jangkitan yang bermula daripada Wuhan China mula merebak keseluruh dunia. Mengikut laporan yang terbaru. Jangkitan itu juga mula sampai kenegara Asean , contohnya Thailand, Singapore dan Malaysia (Novel Coronavirus di Malaysia). nCoV atau dikenali sebagai Wuhan Virus mula menimbulkan keresahan para penduduk dunia dan Malaysia



Kita lihat keresahan itu dengan terwujudnya petisyen untuk menghalang rakyat negara China untuk masuk ke Malaysia (Banned People's Republic of China citizen from entering Malaysia !!). Tindakkan ini untuk mengesa kerajaan Malaysia untuk menutup kemasukkan rakyat China untuk masuk ke Malaysia.


Persoalan yang timbul adalah apakah jumlah yang sebenarnya terhadap orang yang sudah dijangkiti oleh virus ini. Mengikut statistik yang telah dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO). Tidak lebih daripada 1000 orang yang sudah disahkan menjangkiti virus tersebut. Tetapi perkara itu disangkal oleh sesetengah pengguna media sosial apabila tular video yang mengatakan sebanyak 90,000 orang yang sudah mati akibat virus tersebut ( tetapi masih belum disahkan)



Daripada video diatas kita dapat lihat bagaimana virus ini sudah menjangkiti lebih daripada 100 Ribu penduduk China . Video diatas masih belum disahkan kebenarannya. Tetapi persoalan yang timbul kenapa dengan jumlah yang tidak sampai 500 orang dijangkiti , sebuah bandar sudah dikuarantin. Bandar Wuhan itu bukanlah bandar yang kecik kerana ia mempunyai penduduk lebih kurang 11 Juta.


Kita sedar bahawa negara China ini mempunyai sejarah untuk menyorokkan fakta yang sebenar. Contohnya apabila mereka menyorokkan fakta tentang penindasan mereka terhadap uyghur.


Terdapat rumor atau khabar angin yang telah tersebar bahawa terdapat sebanyak 25 Juta sudah dijangkiti di China. Privasi individu ini akan dirahsiakan . Tetapi khabar angin ini juga mengejutkan admin tentang fakta atau kedahsyatan yang berlaku sebenarnya. Jadi akhir kata admin ingin menasihatkan agar setiap pembaca menjadi lebih berjaga-jaga . Bagi mengurangkan penyebaran virus ini.


Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment