Monday, January 20, 2020

PRK Kimanis 2020 : Rakyat bersuara

19 Januari 2020 merupakan tarikh bersejarah buat pakatan pembangkang apabila masih berjaya mengekalkan kemenangan di PRK Kimanis di Sabah pada tempoh hari . Meskipun perkara ini diambil enteng oleh kebanyakkan ahli masyarakat namun , kita harus lihat perkara ini sebagai gelombang yang dibawa oleh rakyat dalam menolak kepimpinan negara pada hari ini.


Seperti diramalkan dalam post sebelum ini berkaitan Penangkapan ahli politik kerajaan berkaitan dadah . Admin telah meramalkan bahawa perkara ini mampu memberi impak negatif kepada gambaran terhadap rakyat terhadap kerajaan pada hari ini.


Kita dapat lihat perbezaan antara keputusan PRU 14 dan juga PRK Kimanis dimana keputusan kemenangan majoriti Kerajaan semakin meningkat daripada 156 kepada 2029 . Meskipun peratus keluar mengundi berkurangan daripada 86.2% kepada 79.92%, namun begitu undian bagi calon Barisan Nasional (BN) tetap meningkat dengan banyak daripada 11942 Kepada 12706 .


PRK Kimanis ini merupakan kayu ukur untuk mengukur bagaimana pendapat rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH). Untuk kekal relevan dalam PRU akan datang , pihak kerajaan perlu menunjukkan perubahan signifikan bagi memberi rangsangan dalam pandangan rakyat terhadap kerajaan pada hari ini .


No comments:

Post a Comment