Tuesday, January 21, 2020

Pakatan Harapan mungkin menjadi kerajaan satu penggal

Kata-kata yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir itu menggambarkan kekecewaan setelah Pakatan Harapan gagal dalam merampas kerusi dalam PRK Kimanis pada 18 Januari 2020. Pakatan Harapan yang telah kalah sebanyak 5 kali PRK menunjukkan suara rakyat yang tidak bersetuju dengan tindak tanduk yang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini.


Beliau juga berkata bahawa isu dalaman parti tidak membantu dalam mendapat undian rakyat. Negara ini merupakan negara demokrasi dan sokongan rakyat amat diperlukan. Kekalahan kelima ini merupakan isyarat yang jelas bahawa kerajaan pada hari ini perlu melakukan perubahan secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment