Dalam kenyataannya di dalam akhbar tersebut . Terdapat dua kebarangkalian yang akan berlaku. Pertama sekali adalah Terbentuknya kerajaan baru yang dianggotai oleh Bersatu, Umno, PAS, puak Datuk Seri Azmin Ali dari PKR, parti-parti dari Sabah dan Sarawak serta parti-parti lain. Seterusnya, Parti-parti yang tidak dijemput menyertai kerajaan baru seperti puak Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan DAP pula akan membentuk barisan pembangkang yang baru.
Beliau yang merupakan Profesor Ulung memerlukan keberanian yang tinggi dalam melakukan ramalan tersebut. Jadi boleh disifatkan bahawa jangkaan yang dibawa oleh beliau adalah sangat berani.
Untuk menjawab persoalan ini adakah ia akan berlaku atau tidak , hanya masa yang menjadi penentuan dan jawapannya. Kerana perkara ini akan kekal menjadi ramalan jika perkara tersebut tidak menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment