Home >
luar negara
> Harga Minyak Cecah Paras Terendah Dalam 4 Tahun Hari ini.
Friday, November 28, 2014
Harga Minyak Cecah Paras Terendah Dalam 4 Tahun Hari ini.
SINGAPURA: Harga minyak mentah Brent jatuh ke paras hampir AS$72 (RM241) setong hari ini, terendah dalam tempoh empat tahun selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) memutuskan tidak mengurangkan pengeluaran untuk menaikkan harga.
OPEC membuat keputusan itu selepas Arab Saudi menolak cadangan daripada negara anggota yang lebih miskin untuk mengurangkan pengeluaran, sekali gus menyebabkan harga terus jatuh semalaman.
"Langkah Arab Saudi itu mencerminkan pendiriannya untuk membiarkan harga stabil sendiri apabila pasaran dipacu oleh asas permintaan dan penawaran," kata penganalisis dari ANZ dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Brent jatuh kepada AS$72.33 (RM242) setong semalaman, selepas jatuh AS$5.17 (RM17.30) semalam kepada AS$72.58 (RM243). Pada awal sesi dagangan semalam harga minyak mentah itu sudah mencecah AS$71.25 (RM238.40) setong, terendah sejak Julai 2010.
Harga minyak mentah Brent sudah jatuh lebih 37 peratus sejak Jun apabila mencecah paras tertinggi AS$115.71 (RM387) setong, kerana peningkatan pengeluaran minyak syal di Amerika Utara menyebabkan berlaku lebihan penawaran di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi dunia yang menyederhana.
Sementara itu, kontrak minyak Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Januari jatuh AS$4.86 (RM16.30) kepada AS$68.83 (RM230.30) setong, selepas jatuh ke paras terendah sejak Mei 2010 pada AS$67.75 (RM226.70) dalam awal sesi dagangan di Asia.
Harga minyak mentah AS sudah jatuh 15 peratus pada November, penurunan tertinggi dalam sebulan sejak Mei 2012.
Sementara itu, Rusia menjangkakan harga minyak akan jatuh ke paras bawah AS$60 (RM201) menjelang penghujung separuh pertama tahun depan dan negara itu mungkin mengurangkan pengeluaran antara 200,000 hingga 300,000 tong sehari jika harga kekal rendah.
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro pula berkata negaranya akan terus berkempen mengurangkan pengeluaran hingga harga minyak kembali naik ke paras AS$100 (RM335) setong. - Reuters
About The Author
>
Admin akan cari artikel-artikel menarik dari banyak sumber ,dan semua nya ditapis ,tiada yang terbuka aurat dalam blog ni sila beri sokongan
Labels:
berita,
dalam negara,
luar negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Korang pasti mengenali dengan watak-watak diatas. Meskipun ia selalu dikaitkan dengan benda-benda yang positif. Tapi sedar atau tidak sedar ...
-
Pada tarikh 27 oktober 2017 , Catalonia telah mengumumkan kemerdekaan mereka . Parlimen Catalonia berjaya melapaskan satu bil yang akan me...
-
Ramai manusia masih mencari siapakah dia di dunia in. Mungkin kata-kata yang tidak seberapa ini dapar mengungkap kehidupan seorang manusia...
-
Pada 25 Mei selepas raya hari pertama . Terdapat peningkatan daripada 60 pada 24 Mei kepada 172 Pada 25 Mei 2020. Meskipun demikian, orang a...
-
Semasa muda kami suka berkhemah di tengah hutan. Kini dah tua minat sudah tiada kerana sudah biasa dengan keselesaan di rumah. Tidur di ata...
-
Sebelum ini kita digemparkan tentang permain Singapura yang mengamuk selepas mengalami kekalahan di tangan Malaysia. Malam ini lain pula ...
-
KUALA LUMPUR: Malaysia gah layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menewaskan Singapura 3-1 di Stadium Nasional, malam ini. Kem...
-
sumber:Bharian Pasukan Malaysia yang hanya memerlukan keputusan seri pada perlawan dengan korea selatan untuk mara ke final ...
-
Netizen baru-baru ini dikejutkan dengan tindakkan yang dilakukan oleh seorang netizen yang berbangsa cina. Komen yang dilempar tersebut adal...
-
PENUNTUT Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, dikatakan dibelasah menggunakan tali pi...


No comments:
Post a Comment