Home >
luar negara
> Mangsa Banjir Cecah 17,000 Orang, Bandung Diisytihar Darurat
Friday, December 26, 2014
Mangsa Banjir Cecah 17,000 Orang, Bandung Diisytihar Darurat
BANDUNG: Pihak berkuasa Bandung semalam telah mengisytiharkan darurat selepas banjir melanda wilayah berkenaan semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan semakin tinggi.
Menurut Ketua Agensi Kawalan Bencana Bandung Marlan. keputusan mengisytihar darurat bagi wilayah tersebut dilakukan ekoran keadaan banjir dikawasan itu bertambah buruk. Perintah darurat ini berkuatkuasa sehinga 29 Disember dan akan dilanjutkan jika keadaan memaksa.
“Banjir melanda Bandung sejak beberapa hari lalu. Kerana itu adalah sesuai untuk mengisytiharkan darurat,” kata Marlan.
Menurut Marlan, di daerah Dayeuhkolot dan Baleendah, sekurang-kurangnya 17,000 sudah dipindahkan melibatkan 6,000 buah rumah ditenggelami banjir.
Selain itu, banjir situasi banjir di Jawa Tengah dan juga di Aceh tidak menunjukkan tanda-tanda pulih dengan beberapa kampung di wilayah Banyumas teah tenggelam kelmarin yang memusnahkan ratusan hektar kawasan pertanian.
Pemangku ketua agensi kawalan bencana wilayah, Prasetyo Budi Widodo berkata belum ada penduduk yang dipindahkan.
“Banjir yang melanda beberapa daerah di sini perkara biasa setiap kali musim hujan. Paras air masih belum di tahap mencemaskan. Tetapi tanah sawah sudah banyak yang tenggelam,” kata Prasetyo.
Manakala di Aceh pula, seorang penduduk mati selepas dihanyutkan arus deras Sungai Aceh sementara petani terpaksa memindahkan haiwan ternakan mereka ke kawasan lebih tinggi di wilayah Aceh Besar.
Langkah itu diambil selepas keadaan banjir semakin buruk setelah air Sungai Aceh melimpah tebing.-Siakapkeli.com.my
About The Author
>
Admin akan cari artikel-artikel menarik dari banyak sumber ,dan semua nya ditapis ,tiada yang terbuka aurat dalam blog ni sila beri sokongan
Labels:
bencana,
berita,
luar negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Sesuatu yang luar biasa terjadi kepada KTMB Berhad hari ini apabila pihaknya menerima surat dari seorang individu yang mahu membayar ...
-
Kita semua pasti kenal akan Albert Einstein. Di sini ada sedikit info tentang beliau: Beliau adalah salah seorang saintis terhebat sepanj...
-
Bandung: Tentera Indonesia bertindak menurunkan patung harimau di depan sebuah kem komando di sini selepas ia menjadi bahan lawak di medi...
-
Baru baru ini sudah keluar video yang menunjukkan konsep yang akan digunakan dalam iphone8 . Gambar yang ditunjukkan merupakan idea awal d...
-
Perdana Menteri Ke-8 akan mengumumkan kabinet baru pada pukul 5 petang ini. Dikatakan bahawa beliau telah menghadap dan memberikan nama kabi...
-
Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghal...
-
Seorang lelaki membunuh bekas isterinya di tingkat 16 Menara Centera Jalan Chow Kit . Setelah melakukan pembunuh dia telah membunuh diri den...
-
Perikatan Nasional Berikutan 2 ahli Dewan Undangan Negeri Kedah PKR yang telah keluar daripada parti dan memberikan sokongan kepada Perikata...
-
Al Jazeera akan disiasat oleh polis berikutan laporan yang diterima daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Laporan itu dilakukan susulan video...
-
Baru-baru ini terdapat beberapa gambar yang telah viral . Gambar ini adalah bagi memberi semangat kepada frontliner Indonesia yang mula bera...


No comments:
Post a Comment