Saturday, January 28, 2017

Isu Israel dan Palestin ,salahkah Israel ?


Apabila kita berbincang tentang isu Palestin dan Israel pasti banyak pendapat yang saling bercanggah .Pro Palestin akan terus menyalahkan Israel manakala Pro Israel akan menyalahkan Palestin . Persoalannya sebelum kita pergi kepada topik utama dalam perbincangan ini . Kita harus tahu perberzaan antara Yahudi dan juga zionis

Yahudi - adalah agama kepercayaan yang diturunkan kepada bangsa yahudi

Zionist - Satu ideogi golongan yang ingin mewujudkan negara Israel yang dikawal oleh yahudi negara orang yahudi

Zionist beranggapan bahawa tanah Baitul Maqdis itu merupakan tanah yang dijanjikan kepada orang yahudi . Jika kita fikir secara rasional , bolehkah kita meminta atau merampas sesebuah tanah itu dengan alasan bahawa ia telah dijanjikan untuk kita .

  Sepatutnya warga eropah yang dipenuhi dengan orang ateis yang intelektual perlu lebih rasional . Malangnya mereka lebih bersikap prejudis dan terus menghukum orang Islam sebagai perampas . Seharusnya kita perlu berfikir secara rasional . Kerana kita tidak boleh menyokong sesebuah keputusan berdasarkan satu kepercayaan satu pihak sahaja . Itu tidak adil. Malangnya kita dapat lihat bagaimana , ideologi yang kononnya berteraskan agama yahudi iaitu zionist disokong ,walaupun tiada bukti yang releven bahawa mereka layak untuk tanah tersebut.

  Keadilan dalam dunia pada hari ini bukan seperti dahulu ,keadilan pada hari ini adalah pendapat yang dipersetujui oleh kuasa besar dunia . Keadilan pada hari ini sudah lari terpesong . Jika ia sudah dipersetujui oleh kuasa besar sudah cukup untuk kita katakan sebagai adil tidak kiralah ramai nyawa tergugur sama sekali

  Seharusnya dunia pada hari ini yang dipenuhi dengan orang intelektual perlulah menbuat keputusan yang wajar . Tapi malangnya mereka sudah buta hati meskipun celik di mata buta di hati .
 

No comments:

Post a Comment