Wednesday, May 06, 2020

Masalah terbesar rakyat Malaysia - Membuat Konklusi Sebelum Membaca.

Sudah lama , saya tidak  menulis artikel berbentuk pendapat saya. Hari ini saya akan menulis tentang masalah yang terdapat pada rakyat Malaysia yang agak merisaukan . Kita tahu yang negara Malaysia ini merupakan negara yang berdemokrasi. Salah satu sifat negara berdemokrasi adalah kebebasan dalam bersuara. Kebebasan bersuara bukan sahaja kebebasan untuk menyampaikan pendapat tetapi ia juga adalah kebebasan untuk mendapat maklumat dan juga kebebasan untuk berpegang kepada sesuatu pendapat.


Tetapi masalah mula timbul apabila wujud berita- berita yang memberikan tajuk yang cukup hangat dan membuatkan para netizen marah. Meskipun tajuk berita tersebut mungkin sebahagian betul, tetapi pembacaan yang lebih mendalam harus dilakukan untuk mereka mendapat gambaran yang lebihnya.


Contoh berita yang memanaskan telinga netizen :

1.Anak Zahid Hamidi tidak kena denda maksimum , hanya didenda RM 800 tetapi Ibu tunggal didenda RM 1000

(Contoh dalam berita ini mereka melakukan konklusi bahawa Nurul Zahid mendapat denda yang lebih rendah adalah kerana dia merupakan anak seorang politikus yang terkenal, tetapi mungkin juga sebenarnya ia dapat denda sedemikian kerana justifikasi yang diberikan ( Menerima jemputan daripada kementerian) , Meskipun tiada info yang menunjukkan sedemikian ,tetapi hujah tersebut digunakan oleh peguam dia)

2.Dihukum mati pertahankan diri daripada dirogol

( Jika sekali baca pasti semua orang akan beranggapan bahawa ia tidak adil untuk mangsa rogol itu melakukan sedemikian, kenapa mereka boleh dijatuhkan hukuman yang berat meskipun dia yang menjadi mangsa sebenarnya. Tetapi terdapat perenggan yang menyatakan bahawa perkara tersebut berlaku adalah kerana persalah tersebut membunuh mangsa pada waktu (timeline dimana dia belum lagi dirogol/ pembunuhan bermotif dan bukannya pembunuhan mempertahankan diri)



Banyak lagi contoh dimana berita, disebabkan hanya membaca tajuk tanpa membaca intipati yang terdapat dalam berita tersebut. Netizen melakukan konklusi dahulu sebelum mendapatkan semua maklumat yang diperlukan dalam membuat konklusi. Ia amat menyedihkan untuk melihat masalah sedemikian berlaku.


Pada pendapat admin seharusnya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah membuat pembacaan yang dalam untuk mendapat konklusi yang lebih adil dan juga nyata. Ini seharusnya dilakukan oleh setiap rakyat Malaysia yang inginkan hidup berdemokrasi. Jika tidak, tiada guna jika seseorang yang mempunyai hak kebebasan tapi tidak menggunakan kebebasan itu dengan berkesan.

No comments:

Post a Comment