Sunday, November 30, 2014

Warga Mas Maut Di Tumbuk Cucu

warga mas maut
Warga Mas Maut Di Tumbuk Cucu  SEREMBAN: Seorang warga emas maut selepas dipercayai terbabit dalam pertengkaran dengan cucu saudaranya di Senawang di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 5.30 petang di Taman Seri Pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an, dipercayai turut terbabit dalam pergelutan dengan suspek berusia 21 tahun itu.
Mangsa sebelum itu dipercayai cuba meleraikan pergaduhan antara suspek dan ibunya di dalam rumah mereka.
Katanya, suspek yang bekerja di ibu negara, melarikan diri menaiki motosikal selepas kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya masih menyiasat lanjut termasuk punca kematian mangsa.
warga mas maut

http://eberita.org/warga-mas-maut-di-tumbuk-cucu/#sthash.uiPPLx2x.dpuf

No comments:

Post a Comment