Sunday, December 07, 2014
Lelaki India Taja Orang Gajinya Menunaikan Umrah
Semangat perpaduan yang ditunjukkan lelaki ini adalah amat terpuji dan harus dicontohi orang lain walaupun berbeza anutan agamanya. Apa yang dibuat beliau ini adaah satu tindakan yang terpuji setelah menaja pembantu rumahnya seorang warga indonesia mengerjakan umrah.
Beliau ialah Manickam Letchuman ADUN Padang Jeram, Negeri sembilan yang telah menaja pembantu rumahnya Puan Sama, kerana membalas jasanya yang setia berkhidmat dari tahun 2002 hingga sekarang selama 13 tahun.
Menurut Manickam, pembantu rumahnya itu seorang yang bertanggungjawab, rajin dan amanah dalam menjalankan kerja.
"Walaupun beliau datang sebagai pembantu rumah tetapi kini beliau sudah menjadi sebagai seorang ahli keluarga saya. Sebenarnya saya telah berhasrat hendak menghantar beliau ke Saudi pada tahun 2011 tetapi oleh kerana ada masalah Visa ( pd ketika itu umur beliau bawah 45 dan utk ke Saudi perlukan Mahram ) saya telah tangguhkan sehingga ke tahun ini."
"Walaupun saya sekeluarga beragama Hindu dan Vegetarian tetapi hak beliau sebagai seorang Islam sentiasa diberi keutamaan oleh seisi keluarga." katanya lagi.
Puan Sama yang mendengar berita tersebut telah menitiskan air mata gembira kerana tidak menyangka akan dapat ke Mekah.
Sebelum bertolak menunaikan umrah satu majlis doa seamat dan bacaan tahlil telah diadakan di rumah Manickam yang dihadiri oleh rakan Islam beliau dan kenalan Puan Sama.
"Marilah kita sama-sama berdoa agar keinginan beliau sejak dahulu lagi untuk melangkah ke Tanah Suci Mekah dan seterusnya menunaikan UMRAH akan mendapat Restu Tuhan Yg Maha Kuasa."
"Ini adalah Rezeki beliau. Walaupun saya beragama Hindu, Saya berasa begitu gembira kerana tuhan memberikan saya peluang untuk menaja Pembantu rumah saya Pn. SAMA ke Tanah Suci Mekah." Katanya.-Siakapkeli.com.my
About The Author
>
Admin akan cari artikel-artikel menarik dari banyak sumber ,dan semua nya ditapis ,tiada yang terbuka aurat dalam blog ni sila beri sokongan
Labels:
berita,
dalam negara,
sosial
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghal...
-
Tunjuk perasaan ini adalah terhadap kekejaman polis yang menyebabkan kematian George Floyd. Jadi siapakah George Floyd? Beliau merupakan Afr...
-
Putrajaya : Kerajaan pada hari ini tidak mempunyai masalah untuk mengkaji semula mengimplementasi GST. GST merupakan sistem percukaian yan...
-
Mati Sebelum Ajal Assalamualaikum dan hai, Allz pernah terdengar tajuk mati sebelum ajal . Jadi Allz pun berfikir sama ada must...
-
Netizen baru-baru ini dikejutkan dengan tindakkan yang dilakukan oleh seorang netizen yang berbangsa cina. Komen yang dilempar tersebut adal...
-
Luiz suarez berjaya menjaringkan gol untuk kumpulan Barcelona,malang sekali dia telah dibuang padang.Beliau merupakan antara seorang dari...
-
Kajian daripada Science menunjukan bahawa orang yang dikategorikan sebagai orang miskin lebih cenderung mempunyai masalah dalam melakukan ...
-
"Ugly Duckling Syndrome" is when, as children, people are bullied for being ugly or awkward... but then eventually grow out of ...
-
Kaiho merupakan seorang pelajar berkerakyatan Namibia .Beliau belajar di UPSI universiti di Malaysia. Kaiho yang tinggal di Tanj...
-
Semangat perpaduan yang ditunjukkan lelaki ini adalah amat terpuji dan harus dicontohi orang lain walaupun berbeza anutan agamanya. Apa ya...




No comments:
Post a Comment