Thursday, December 11, 2014

Pelik Gila! Lelaki 31 Tahun Ini Bercinta Dengan Wanita Berusia 91 Tahun.

Perbezaan usia antara lelaki dan wanita dalam sebuah hubungan merupakan sebuah perkara yang dititik beratkan. Biasanya, beza usia tersebut diantaraangka 1 hingga 10 tahun walaupun ada juga yang sampai 20 tahun. Lalu bagaimanakah jika perbezaan usia itu mencapai 60 tahun?

Seorang lelaki berasal dari Agusta, Georgia, Amerika Syarikat yang masih berusia 31 tahun ini ternyata mempunyai kekasih seorang nenek berusia 91 tahun. Keyle Jones, lelaki berambut pendek ini mengaku sangat mencintai kekasihnya, Marjorie McCool, meskipun perbezaan usia mereka terpaut sangat jauh.





Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, Jones mengaku sangat menyukai lekuk garis leher serta kedutan di tubuh teman wanitanya. Ia sebenarnya telah tertarik dengan beberapa  wanita dan bahkan mengajak mereka untuk bertemu dengan ibunya yang berusia lebih muda, iaitu 50 tahun. Namun dalam  waktu 5 tahun terakhir, ia telah berkasih dengan nenek berusia 91 tahun tersebut.

Meskipun perbezaan usia mereka amat ketara. Namun keduanya tidak pernah berpisah untuk menjalin kemesraan seperti  remaja. Bahkan mereka juga mengaku masih aktif dalam melakukan hubungan intim.

Kyle memaparkan "Setiap orang mempunyai pemikiran yang berbeza-beza, sebahagian dari mereka suka (wanita) yang berambut perang, sebahagian yang lain suka dengan yang berambut coklat, sedangkan saya lebih suka wanita tua".

Setiap kali Keyle cuba mendekati wanita yang lebih tua, mereka selalu bertindak balas bahawa keyle dianggap terlalu muda. Tetapi ia selalu meyakinkan mereka bahawa mempunyai pasangan yang jauh lebih muda itu sangat menyenangkan.




Lelaki yang pernah bekerja di bidang telekomunikasi ini mengaku pertama kali tertarik dengan wanita tua saat usianya mencecah 18 tahun. Ia juga menggunakan laman web temu janji di internet untuk mencari wanita-wanita tersebut serta berbual dengan mereka. "sebahagian besar, rata-rata usia mereka antara 60 hingga 80 tahun" kata Keyle.

Kisah asmara dua sejoli yang mempunyai perbezaan umur 60 tahun ini bermula pada tahun 2009. Pada masa itu Keyle bertemu dengan nenek 91 tahun itu di sebuah kedai buku kemudian meminta nombor telefon. Wanita yang mempunyai enam anak dan telah bercerai selama 37 tahun itu pun bersetuju ajakan dating dari Keyle.

Awalnya Majorie cemburu kerana ia tahu bahawa Keyle telah mempunyai wanita lain selain dirinya. Tetapi Keyle berusaha meyakinkan Majorie bahawa ialah yang terbaik diantara yang lain. Wanita tua ini juga berkata bahawa hubungan mereka sememangnya hebat.

"Apabila orang-orang melihat kami beduaan, barangkali mereka berfikir bahawa ia (Keyle) adalah anak saya, atau mungkin cucu saya" kata Majorie. Sementara itu banyak wanita tidak percaya dengan mereka yang merupakan sepasang kekasih.

Tidak sedikit orang yang mengkritik hubungan mereka kerana Keyle dianggap hanya mengejar wang dan warisan dari wanita tersebut. Namun, nenek yang sudah memasuki usia senja tersebut membantahnya. Ia mengaku bahawa hubungan mereka terjalin atas dasar suka sama suka.

Ibunda Keyle, Ceceila Jones Clark yang mempunyai usia 40 tahun lebih muda dari kekasih anaknya tersebut mengaku tidak merasa pelik dengan hubungan mereka berdua. Ia berkata "Saya fikir banyak anak-anak yang jatuh cinta pada gurunya, jadi tidak ada perkara yang kelihatan aneh bagi saya"



gabancomel

1 comment:

Elysya gemuk