Wednesday, December 10, 2014

Wajah 12 Hooligan Malaysia akan dicari sampai dapat oleh PDRM.


Shah Alam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang mengesan 12 individu berhubung insiden pergaduhan pada perlawanan separuh akhir Piala AFF di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya kini sedang mengesan individu berkenaan kerana dipercayai terbabit dalam insiden itu yang menyebabkan ada di antara penyokong Vietnam cedera.

Katanya, sebelum tamat perlawanan pada malam berkenaan sekumpulan kecil penyokong Malaysia bertindak melakukan kekecohan.

"Polis kini sedang mengesan semua individu berkenaan untuk membantu dan melengkapkan kertas siasatan.

"Insiden ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.-Harian Metro

No comments:

Post a Comment