Thursday, February 02, 2017

Budak Wechat mengaku terlanjur !!!

Kuala Terengganu: Pasangan kekasih berusia 20 tahun dicekup dalam keadaan mengaibkan ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah hotel di bandar raya ini, semalam.

Malah, pasangan berkenaan yang baru berkenalan menerusi WeChat sejak dua bulan turut mengaku sudah terlanjur dalam serbuan kira-kira 11.30 malam.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan pihaknya bersama dua anggota polis hasil maklumat awam sebelum membawa kepada penahanan pasangan muda yang tidak bekerja itu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 6 petang sementara menunggu teman wanitanya keluar makan bersama dengan rakannya.

"Pasangan terbabit bertemu di sebuah plaza sebelum menuju ke hotel berkenan kira-kira jam 9 malam menaiki kereta lelaki terbabit.

"Ketika soal siasat, gadis itu mengaku sudah melakukan persetubuhan sebelum serbuan dilakukan dan memaklumkan mereka pernah terlanjur di lokasi lain.

"Mereka dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001," katanya.

Sumber:hmetro

No comments:

Post a Comment