Sunday, March 12, 2017
Tindakkan Raja Bomoh memagar Malaysia daripada serangan Nuklear Korea Utara
Sepang - Mungkin sudah lama kita tidak mendengar nama Raja Bomoh, namun beliau sekali lagi muncul baru-baru ini dengan ritual terbarunya.
Raja Bomoh atau Mahaguru Ibrahim Mat Zin dilihat membuat satu ritual yang bertujuan memastikan 11 rakyat Malaysia yang ditahan sejak 7 Mac lalu dibebaskan dalam masa terdekat dalam masa yang sama 'memagar' Malaysia dari serangan asing.
"Ritual Datuk pada kali ini untuk bertujuan untuk memagar (melindungi) Malaysia dari sebarang ancaman atau serangan negara luar khususnya Korea Utara.
"Selain daripada itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati pemimpin tertinggi Korea Utara agar segera membebaskan 11 rakyat Malaysia ditahan sekaligus memulihkan isu yang semakin berlarutan ini" katanya sebagaimana lapor portal berita tempatan, Smasa News.
Menerusi video ritual itu, dilihat Raja Bomoh menggunakan teropong, buah kelapa dan lima meriam buluh sebagai simbolik selain berdoa bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini.
"Ritual yang Datuk lakukan ini bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak, tapi hanya sekadar langkah awal bagi memastikan konflik ini dapat diselesaikan segera.
"Sebab itu Datuk hanya guna meriam buluh sebagai simbolik dan petua orang dahulu kala ketika diancam pihak musuh," katanya lagi.
Sumber: Smasanews
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Anak perempuan Michael Jackson yang bernama Paris Jackson menyatakan dan percaya bahawa ayahnya telah dibunuh dalam kemalangan 2009 yang l...
-
"Ugly Duckling Syndrome" is when, as children, people are bullied for being ugly or awkward... but then eventually grow out of ...
-
Seorang lelaki membunuh bekas isterinya di tingkat 16 Menara Centera Jalan Chow Kit . Setelah melakukan pembunuh dia telah membunuh diri den...
-
Tunjuk perasaan ini adalah terhadap kekejaman polis yang menyebabkan kematian George Floyd. Jadi siapakah George Floyd? Beliau merupakan Afr...
-
'Dunia sedang bersedia untuk peperangan' kata Mikhail Gorbachev iaitu bekas ketua Soviet Union.Selain itu, di juga berkata'...
-
Korang pasti mengenali dengan watak-watak diatas. Meskipun ia selalu dikaitkan dengan benda-benda yang positif. Tapi sedar atau tidak sedar ...
-
Puasa merupakan salah satu kegiatan keagamaan di beberapa agama di seluruh dunia. Namun, ada beberapa budaya mempunyai ritual puasa yang e...
-
Untuk cantik, ada wanita sanggup lakukan apa sahaja, ada yang sanggup berhabisan wang ringgit, ada yang sanggup melakukan pembedahan dan ...
-
Selamat Hari raya semua, raya kali ini merupakan pengalaman pertama bagi ramai orang untuk tidak beraya dikampung halaman . Ia memberikan sa...
-
Saban hari Negara Malaysia dikejutkan dengan berita yang menggemparkan media sosial. Baru-baru ini terdapat media barat yang mengecam tindak...


No comments:
Post a Comment