Saturday, November 18, 2017

Tindakkan Presiden Trump yang mengancam bumi


Berita ni dah lama dah , tapi Allz tetap nak bincangkan tentang masalah ni . Kita tahu negara Amerika Syarikat dah tarik diri daripada perjanjian Paris berkaitan tentang pengawalan untuk mengurangakan masalah global. Amerika Syarikat menarik diri daripada penjanjian itu setelah Presiden terbarunya iaitu Donald Trump berbuat sedemikian.


Okey , jadi apa masalah yang akan timbul ? Senang je , pertama kita perlu faham apa kesan penarikkan diri Amerika Syarikat daripada perjanjian ini. Kita tahu bahawa Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar bagi perlepasan gas rumah hijau . Untuk pengetahuan korang gas rumah hijau merupakan gas yang menjadi faktor utama dalam pemanasan global.



Dalam tahun 2015 , negara Amerika Syarikat melepaskan sebanyak 5,172,338(kt) gas karbon dioksida bersamaan 14.34% daripada perlepasan gas karbon dioksida dunia. Amerika syarikat duduk ditempat kedua dalam tangga perlepasan gas karbons dioksida.
Pelepasan gas karbon dioksida pada tahun 2013


Apabila mereka menarik diri daripada perjanjian ini.Dia memberi kesan secara terus dan juga tidak terus.Secara terus ,kita tahu mereka tidak akan mengikut perjanjian dan seterusnya menyebabkan peningkatan jumlah bilangan pelepasan gas ini. Kita tahu status quo,masalah sekarang ni sudah barah ,dengan peningkatan jumlah perlepasan gas ini, ia akan membarahkan masalah yang dah buruk ni. Secara tidak terus kita tahu ramai negara lain mungkin akan terikut dan mula merasakan bahawa masalah ini tidak penting , masalah pemanasan global ini sebagai masalah picisan . Sebab umum mengetahui ,Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai banyak pengaruh.


Masalah ini dapat diselasaikan jika semua negara dunia memberikan kerjasama. Tapi kita dapat lihat bagaimana tindakkan Donald trump ini mampu mengancam keselamatan bumi. Sebab ini bukan bumi siapa-siapa, ini bumi kita , jadi hanya kita dapat mengubahnya.


No comments:

Post a Comment