Konflik antara dua negara ini bermula semenjak 1940-an . Secara umumnya ia bermula pada tahun 1948 ,tahun itu merupakan tahun dimana negara israel secara rasminya ditubuhkan .
Penduduk israel yang majoritinya beragama yahudi mempercayai bahawa mereka adalah pemilik yang sebenar dan layak untuk tanah tersebut. Terdapat 4 faktor utama yang menyebabkan mereka percaya bahawa itu adalah hak mereka.
- Tuhan telah menjanjikan tanah ini untuk mereka
- Orang yahudi yang duduk dan memajukan tanah tersebut
- Komuniti antarabangsa telah membenarkan mereka untuk menduduki tanah tersebut
- Mereka memenangi peperangan yang dikatakan sebagai peperangan untuk menahan diri.(perang arab -israel 1948)
Sepatutnya komuniti antarabangsa mengambil perkara ini secara serius , Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sepatutnya mengambil tindakkan secara adil . Kita tahu bahawa salah satu negara yang mempunyai kuasa veto dalam mana-mana keputusan dalam majlis ini merupakan kawan akrab negara israel ,tetapi sepatutnya negara tersebut iaitu negara amerika syarikat yangs selama ini berpegang pada demokrasi sepatutnya menunjukkan sifat dan semangat demokrasi,dengan tidak menveto keputusan yang bertentangan dengan keiinginan mereka .