Tuesday, March 21, 2017

Pesawat Penumpang terhempas lagi ?





Sudan - Sebuah pesawat penumpang dilaporkan terhempas ketika cuba mendarat di lapangan terbang di Wau di selatan Sudan hari ini.

Beberapa laporan media massa antarabangsa dan tempatan menyebut dikhuatiri berpuluh-puluh penumpang yang maut akibat nahas itu.

Difahamkan, pesawat itu adalah dari syarikat South Supreme Airlines.

Akhbar The South Sudanese National Courier memuat naik foto bangkai pesawat yang telah terbakar di lapangan terbang terbabit.

Dikemaskini:

Menurut Independent, pegawai syarikat penerbangan itu memberitahu jurnalis bahawa 44 penumpang berada dalam penerbangan terbabit.

"17 ke 18 orang cedera dalam insiden dan dibawa ke hospital," kata James Dimo Deng, seorang jurnalis di Wau kepada Reuters.

Tidak pasti sama ada baki penumpang lain terselamat atau tidak.

"Terdapat 40 penumpang dan lima kru di atas kapal dan itu sahaja. Saya tidak ada maklumat lain," kata Gabriel Ngang, pengurus South Supreme Airlines.

Gabriel berkata pesawat itu berlepas dari ibu kota Juba.


Sumber: Independent.co.uk






 
Read more ...

Rumah yang dikelilingi oleh tapak pembinaan ?

1. Rumah Keluarga Wu, Chongqing, Cina

Keluarga wu adalah satu-satunya keluarga diantara 280 keluarga yang kawasannya akan dibina pusat membeli-belah enam tingkat di Chongqing. Selama dua tahun menolak untuk mengosongkan rumah keluarga mereka yang telah mereka huni selama tiga generasi. Pemaju telah memotong bekalan elektrik dan air, dan menggali lubang sedalam 10 meter (33ft) di sekitar rumah mereka. Pemilik masuk ke lokasi pembinaan, menduduki kembali, dan mengibarkan bendera China di atas rumah mereka.

Yang Wu, seorang juara seni bela diri tempatan, menggunakan nunchakus untuk membuat tangga ke rumah mereka, dan mengancam untuk mengalahkan setiap petugas yang berusaha untuk mengusir dia. Isterinya, seorang pemilik restoran bernama Wu Ping yang telah merancang untuk membuka sebuah restoran di tingkat bawah rumah itu, membuat wawancara dan siaran akhbar untuk menghasilkan publisiti. Pemilik menolak tawaran sebanyak 3.5 juta yuan (US $ 453.000), tapi akhirnya mencapai kesepakatan dengan pemaju pada tahun 2007.
2.Rumah Edith Macefield, Seattle, USA
Edith Macefield menjadi terkenal di seluruh dunia pada tahun 2006 ketika beliau yang keras kepala menolak bayaran bernilai US $ 1 juta untuk menjual rumahnya, untuk membuka jalan bagi pembangunan komersial di persekitaran Ballard Seattle. Dalam proses itu, beliau menjadi seorang pahlawan di mata rakyat. Namun, projek lima tingkat dibina disekeliling rumahnya yang berusia 108 tahun, di mana dia meninggal pada usia 86.

Selepas kematiannya, terungkap bahawa Macefield mewariskan rumahnya untuk seorang penyelia pembinaan bangunan baru tersebut, yang bernama Barry Martin, kerana rasa senangnya atas persahabatan yang telah Barry tunjukkan kepadanya selama pembinaan. Pada bulan Julai 2009 Barry Martin menjual rumah itu kepada Greg Pinneo sebanyak $ 310,000. Greg Pinneo berniat untuk menggunakan rumah sebagai pejabat untuk menjalankan firma hartanah nya.

3. Rumah Austin Spriggs, Washington DC, USA
Pada tahun 2006, Austin Spriggs dengan senang hati tinggal di sebuah rumah yang akan segera menjadi duri di sisi pemaju tempatan. Seperti duri yang nyata, Mr Spriggs ditawarkan lebih dari $ 3juta untuk rumahnya di tahun 2008 walaupun rumah itu sebelum ini hanya bernilai kira-kira $ 200ribu.

Tak perlu dikatakan, beliau menolak mentah-mentah tawaran itu dan bahkan kemudian beliau mengambil pinjaman untuk mengubah rumahnya menjadi warung pizza. Seperti yang anda lihat, bangunan ini benar-benar dikerdilkan oleh perkembangan sekitarnya.

4. Rumah di Wenling, Cina
Rumah ini menjadi terkenal setelah munculnya foto rumah di tengah jalan yang baru dibangun di Wenling, Provinsi Zhejiang. Pasangan tua menolak untuk menjual harta mereka untuk harga yang ditawarkan oleh pemerintah sejak tahun 2001.

Akhirnya jalan raya dua jalur menuju ke stesen kereta api, dibina di sekitar rumah. Gambar rumah itu beredar di Internet dan disiarkan secara meluas oleh media China. Rumah ini akhirnya dirobohkan pada bulan Disember 2012 selepas pemilik menerima tawaran pampasan bernilai $ 41.000.

dairishare
Read more ...

Jumlah Doktor di Malaysia masih sikit , tetapi kenapa pemilihan doktor semakin sukar ?

KUALA LUMPUR: Industri perubatan negara masih kekurangan doktor pada nisbah seorang doktor bagi 656 pesakit.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, antara faktor penyumbang ialah pertambahan bilangan penduduk, peningkatan beban penyakit, jangkaan rakyat yang tinggi terhadap penjagaan kesihatan dan peningkatan penggunaan perkhidmatan kesihatan.
"Ketika ini, negara memiliki 46,461 doktor dengan 35,545 daripadanya berkhidmat di sektor awam dan 12,446 doktor berkhidmat di sektor swasta.
"Justeru, negara memerlukan tambahan doktor bagi mengatasi masalah berkenaan dan mengekalkan status sebagai antara sistem perubatan terbaik di dunia," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN- Sipitang) di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr Hilmi berkata, majalah International Living mengiktiraf sistem penjagaan kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia berbanding 24 negara lain selama tiga tahun berturut-turut.
Beliau berkata, kajian penyelidikan Sri Lanka yang diterbitkan World Innovation Summit For Health di Doha turut memberikan pengiktirafan sama.

bharian
Read more ...

WoW Bangunan yang mempunyai landasan kereta api didalamya





Sebuah landasan keretapi ringan telah dibina untuk menembusi satu lubang di sebuah perumahan setinggi 19 tingkat di sebuah bandar China.

Kepadatan penduduk di bandar Chongqing - yang berpopulasi 49 juta - menyebabkan  perancang bandar terpaksa berfikir secara kreatif untuk memanfaatkan ruang sebaik mungkin.

Disebabkan itu, satu landasan keretapi telah dibina di perumahan tersebut yang mengambil ruang di tingkat ke enam hingga ke lapan bangunan terbabit.

Penduduk di flat tersebut boleh menaiki kereta terbabit di stesen mereka sendiri yang dinamakan sebagai Stesen Liziba.



Sebagai langkah mengatasi masalah bunyi bising pula, terowong laluan keretapi terbabit telah dilengkapi alat khas bagi mengurangkan pencemaran bunyi di kawasan itu.

Bagi pemilik rumah, bunyi bising yang dihasilkan sekadar berbunyi dari bunyi air di sinki.



Melalui cara ini, perancang bandar berjaya membina laluan keretapi (yang lebih pendek) tanpa perlu memusnahkan flat tersebut.

Seorang jurucakap pengangkutan bandar berkata: "Bandar kami sangat padat dan mencari ruang untuk jalan dan landasan sangat mencabar."

Tapi, bayangkanlah berapa harga flat tersebut memandangkan 'stesen terdekat hanya beberapa langkah dari rumah'.


Read more ...

Sunday, March 19, 2017

Yap Sean Yee memperbaharui rekod kebangsaanya


KUALA LUMPUR: Ratu lompat tinggi negara, Yap Sean Yee memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa, hari ini.
Atlet pelapis kebangsaan itu mencatat ketinggian 1.81 meter pada percubaan pertama, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan 1.79m yang dilakarkan pada Kejohanan Terbuka Pahang 2015.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi atlet Sekolah Sukan Bukit Jalil, Shahira Sazali dan M Nanthini yang mencatat lompatan 1.60m dan 1.45m.
Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Zainal Abas berkata beliau tidak menyangka Sean Yee dapat memecahkan rekod peribadinya sambil berharap kejayaan itu mencerahkan peluang atlet berkenaan untuk diserapkan ke dalam Program 'Kita Juara'.
Program 'Kita Juara' adalah program khas Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menyediakan atlet untuk mencapai sasaran muncul juara keseluruhan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, 19 hingga 31 Ogos ini.
"Kalau dia boleh kekalkan lompatan pada ketinggian 1.80 meter, saya yakin dia berada dalam posisi terbaik untuk meraih kedudukan podium pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 nanti," kata Zainal.
Dalam perkembangan sama, Zainal yakin kejayaan cemerlang yang dilakar skuad olahraga negara sejak kebelakangan ini adalah landasan terbaik untuk memburu kejayaan gemilang pada Sukan SEA nanti.
Beliau memaklumkan skuad olahraga negara yang menjalani latihan di Afrika Selatan sejak bulan lalu, berkemungkinan akan meneruskan latihan persediaan selain menyertai pertandingan di Eropah pada bulan Mei atau Julai ini sebagai persediaan akhir menghadapi Sukan SEA.
Keputusan itu, kata Zainal, bagaimanapun bergantung kepada perbincangan antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan MSN yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.
Skuad olahraga kebangsaan yang diketuai pemegang rekod 100m kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan berada di Afrika Selatan sejak bulan lalu bagi menyertai latihan dan pertandingan selama dua bulan di negara berkenaan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. - BERNAMA
bharian
Read more ...

'Amerika Syarikat menembak jatuh pesawat MH370' kata bekas pengarah syarikat penerbangan Perancis


SEORANG bekas pengarah syarikat penerbangan Perancis mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyembunyikan perkara itu.
Marc Dugain yang pernah mengetuai Proteus Airlines dan seorang penulis terkenal berkata, AS menjadikan pesawat berkenaan sebagai sasaran kerana mereka bimbang ia serangan ala 11 September yang mensasarkan pangkalan tentera di Lautan Hindi.
Dalam artikel yang diterbitkan dalam sebuah majalah Perancis, Paris Match, beliau mendakwa pesawat Boeing 777 itu terhempas bukan di lokasi di mana pasukan carian antarabangsa menjelajah lautan untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan, tetapi berdekatan pangkalan tentera AS di wilayah milik British iaitu Diego Garcia.
"Ia adalah satu pangkalan tentera yang sangat kuat. Sangat mengejutkan apabila AS gagal menjejaki pesawat ini. Tanpa mengaitkan tragedi berkenaan dengan teori konspirasi, ada kemungkinan AS telah menjatuhkan pesawat ini," katanya.
Dugain kemudian mempersoalkan bagaimana dalam dunia teknologi serba canggih ini, objek sepanjang 63 meter hilang tanpa dapat dikesan, sambil mengandaikan bahawa terdapat usaha oleh sesetengah pihak untuk menyembunyikan bukti.
Pangkalan tentera berkenaan, yang terletak kira-kira 4,828 kilometer di barat laut Australia, digunakan sebagai pangkalan tentera AS sejak tahun 1970-an dan kini menempatkan kira-kira 1,700 anggota tentera.
Banyak teori konspirasi mengenai Diego Garcia disiarkan sejak kehilangan MH370, namun kerajaan AS berulang kali menafikan bahawa pesawat MH370 terbang berhampiran dengan pangkalan berkenaan.
Dugain merujuk kepada saksi di Maldives yang memberitahunya bahawa mereka melihat sebuah pesawat besar yang terdapat logo Malaysia Airlines terbang rendah ke arah pulau berkenaan.
Tidak lama selepas laporan kehilangan pesawat yang membawa 239 orang daripada 15 negara itu pada 8 Mac, media tempatan di Maldives melaporkan bahawa terdapat objek dipercayai alat pemadam api dari pesawat berkenaan terdampar di pantai di Baarah. Bagaimanapun, penemuan itu tidak pernah disahkan.
Beliau berkata MH370 mungkin dirampas oleh penggodam dari jauh dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia, jauh dari laluan penerbangan asal iaitu dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Bagi menjelaskan ketiadaan komunikasi elektronik ketika pesawat berkenaan hilang dari radar, beliau berkata kebakaran mungkin memaksa anak kapal untuk mematikan semua peranti, tanpa merosakkan bahagian luar pesawat.
Laporan rasmi MH370 menyatakan bahawa penumpang mungkin mati akibat sesak nafas apabila kabin kehabisan oksigen menyebabkan pesawat berkenaan berada dalam 'auto-pilot' sehingga ia kehabisan bahan api dan terjunam ke dalam laut.
Dugain mendakwa, beliau telah diberi amaran oleh seorang pegawai perisikan British bahawa beliau mengambil "risiko" apabila menyelidik nasib MH370.
"Pasti ada orang yang tahu," katanya. - Belfast Telegraph
Bharian
Read more ...

Baddrol diangkat sebagai permain terbaik bulan Februari dalam Liga Super

'

Baddrol yang merupakan permain tengah kedah ,berjaya dinobatkan sebagai permain terbaik Liga Super bulan Februari. Dalam satu sesi undian ,Badrul berjaya mengalahkan kesemua persaingannya dengan berjaya mengutip sebanyak 17,073 undian. Baddrul yang berjaya permain lain contohnya, Muhammad Ghaddar, Matthew Alves dan Mark Hartman dan undian tersebut


Selaku penerima anugerah Baddrol menerima wang tunai sebanyak RM1,500 dan juga plak hadiah sumbangan 139 associates dan MVP Sport Agency dan trofi sumbangan ideaasia

Anugerah yang dilakukan ini dapat memberikan penghargaan kepada permaian bola sepak di Liga Super. Perkara ini dapat meningkatkan lagi kualiti permain bola sepak Liga Super pada masa akan datang
Read more ...

Wow hebatnya ,kisah lelaki yang mempunyai paling banyak isteri

Ziona Chana dari perkampungan Baktwang, Mizoram, India diiktiraf sebagai ketua kepada keluarga paling besar di dunia. Berdasarkan fakta, Ziona adalah suami kepada 39 isteri, bapa kepada 94 anak, dan datuk kepada 33 cucu. Kata Chana, 67 tahun, "Aku seperti anak Tuhan yang istimewa. dia mengamanahkanku begitu banyak orang untuk dijaga/dipelihara."

Untuk memastikan perjalanan harian keluarga ini berjalan lancar, semua kerja rumah dikelolakan oleh isteri paling tua Chana, iaitu Zathiangi, 69 tahun. Zathiangi membahagikan tugas mencuci, membersih, dan menyiapkan makanan kepada madu-madunya.

Menurut Rinkmini, isteri Chana yang berusia 35 tahun, Chana berjaya memikat dan mengahwini begitu banyak isteri kerana dia merupakan lelaki yang paling tampan di desa mereka. Rinkmini yang berkahwin dengan Chana 18 tahun lalu mengimbas kembali sejarah perkahwinan mereka yang bermula apabila suaminya itu mengutus sepucuk surat yang menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengannya.

Isteri Chana, Huntharnghanki pula menegaskan bahawa seluruh ahli keluarga hidup dengan aman dan damai kerana mereka saling menyayangi dan menghormati antara satu dengan yang lain.

Untuk memastikan isterinya memperoleh nafkah batin yang sepatutnya, Chana mempunyai sistem rotasi untuk tidur dengan kesemua isterinya. Seperti biasa, isteri yang paling muda tidur di kamar paling dekat dengan biliknya.

Menurut Chana, untuk makan malam keluarganya memerlukan 30 ekor ayam, 60 kilogram kentang dan hampir 100 kilogram beras. Biarpun menyedari kos untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya besar, namun Chana menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi jika bertemu dengan perempuan yang sesuai.





sumber:dairishare
Read more ...

Sejarah Menarik Elbart Einstein

Kita semua pasti kenal akan Albert Einstein. Di sini ada sedikit info tentang beliau:
Beliau adalah salah seorang saintis terhebat sepanjang masa. Dia datang dengan teori relativiti. Beliau dilahirkan di Jerman tetapi berpindah ke Amerika, di mana beliau meninggal dunia pada tahun 1955. Dan dia juga popular dengan model rambut liar.

Einstein dilahirkan pada 14 Mac 1879, di bahagian belakang kepala beliau dilaporkan begitu besar, keluarganya bimbang sesuatu yang tidak kena dengan dia. Tetapi dalam masa beberapa minggu pertama, bentuk kepalanya lebih normal.

Einstein lambat bercakap. Ada yang mengatakan dia tidak boleh bertutur sehingga umur empat tahun. Stanford economist, Dr Thomas Sowell mengatakan kemungkinan "Einstein Sindrom" untuk menggambarkan orang yang sangat pintar menyebabkan terlewat bertutur. Malah, Einstein bukanlah seorang pelajar miskin. Dia fasih dalam fizik kolej sebelum dia berusia 11 tahun, dia adalah seorang '' bijak '' Pemain biola , dan menerima markah yang tinggi dalam bahasa Latin dan Yunani. Sebelum umur 15 dia sudah menguasai kalkulus.
Einstein mempunyai anak luar nikah. Sebelum Einstein dan isteri pertamanya , Mileva Marić , berkahwin, dia diam-diam melahirkan anak perempuan mereka di rumah ibu bapanya di Serbia, majalah Time melaporkan . Tetapi nasib bayi yang bernama Lieserl , adalah tidak jelas. Beliau pada dasarnya hilang dari rekod sejarah tidak lama selepas kelahiran. Tidak ada bukti bahawa Einstein pernah melihat anak perempuannya.

Elsa Einstein - menjadi isterinya yang kedua pada tahun 1919. Kedua-dua dilaporkan sangat romantis berbadiang perkahwinan pertama Einstein, menurut Bio.com.

Einstein dikatakan sangat popular di kalangan wanita. Dalam surat yang beliau telah menulis kepada Elsa, Einstein sedia mengakui banyak hal ehwal luar nikah.

Memakai sarung kaki bukanlah kegemaran Einstein. Dalam satu lagi surat kepada Elsa, Einstein menulis bahawa beliau "terlupa memakai sarung kaki" di Universiti Oxford. Genius yang terkenal di dunia, akhirnya dikenali dengan penampilan tidak terurus beliau - walaupun lebih banyak perhatian tertumpu kepada rambutnya daripada di kakinya.

Einstein adalah seorang ahli NAACP. Secara khusus, bab dalam Princeton, NJ, di mana beliau tinggal dan bekerja. Tetapi sebelum Einstein berpindah secara kekal ke Amerika pada tahun 1933, beliau berutus dengan aktivis hak-hak sivil dan sarjana WEB Dubois, pengasas NAACP. Dan dalam ucapannya 1946 di Universiti Lincoln di Pennsylvania, Einstein digelar perkauman "a disease,"... dari Warta Harvard.


Einstein meninggal dunia pada 18 April 1955 iaitu mengalami saluran darah pecah. Menurut laman web American Museum of Natural History, doktor mencadangkan pembedahan, tetapi Einstein menolak, dengan berkata, "Ia adalah hambar untuk memanjangkan jangka hayat secara buatan."





sumber:dairishare
Read more ...

Harimau hodoh dipindahkan daripada kem tentera Indonesia



Bandung: Tentera Indonesia bertindak menurunkan patung harimau di depan sebuah kem komando di sini selepas ia menjadi bahan lawak di media sosial kerana rupanya yang bukan sahaja tidak garang, malah lucu.

Menurut Harian Metro, harimau terbabit merupakan maskot kem tentera di Cisewu. Disebabkan mulutnya yang kelihatan seperti tersenyum menyebabkan ia mulai viral media sosial.

Ramai pengguna media sosial menganggap patung harimau itu lucu dan sehingga menerima jolokan ‘harimau paling bahagia di dunia.’

Kepala saya sakit kerana menahan ketawa apabila melihat beberapa gambar jenaka harimau Cisewu ini,” kata pengguna Twitter, Galcit.


Selepas gambar itu viral, tentera akhirnya menurunkan patung yang sudah enam tahun berada di situ kelmarin.

Harimau sepatutnya kelihatan garang kerana haiwan itu melambangkan keberanian dan ketangkasan.

Apabila seseorang mengkritik patung itu kerana kelihatan lucu kami tidak boleh tidak mengendahkannya,” kata jurucakap tentera, Mokhamad Desi Arianto.

Menurutnya, maskot harimau yang baru dan garang akan menggantikan tempat patung lama itu.

Tidak lama selepas gambar patung harimau itu diturunkan, pengguna media sosial melahirkan kesedihan dengan tindakan tentera itu.



Sumber :siakapkeli
Read more ...

Friday, March 17, 2017

Lelaki membayar hutang dengan KTM dengan surat yang mengandungi duit




Sesuatu yang luar biasa terjadi kepada KTMB Berhad hari ini apabila pihaknya menerima surat dari seorang individu yang mahu membayar tambang yang pernah 'dihutangnya' pada tahun 2001.

Menurut surat yang dimuat naik oleh KTM Berhad di laman Twitter, kejadian itu berlaku ketika si penghutang dan seorang rakan menaiki komuter tetapi turun di kawasan yang tidak sepatutnya.

"Saya pernah menaiki komuter pada tahun 2001 di Stesen Bangi ke Bank Negara tetapi turun di Stesen Putra tanpa membayar tiket tambahan (RM1 di antara Bank Negara ke Putra).

Berserta surat itu dimasukkan sekali not kertas RM5.

Difahamkan, lelaki itu cuma berhutang RM1 tetapi dia melangsaikan sekali 'hutang' rakannya dan turut menderma wang lebihan sebanyak RM3.

"Jadi di sini saya sertakan RM2 (saya dan seorang rakan) sebagai ganti. Semoga dapat disampaikan kepada pihak yang sepatutnya.

"RM3 saya lagi saya sedekahkan kepada orang yang dapat membantu menyampaikan amanah saya ini. Maafkan kesalahan saya." tulis surat tersebut.

KTM di dalam tweet tersebut berterima kasih kepada individu tersebut dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang jujur.

"Hari ini kami terima surat bersama dengan wang RM5 untuk bayaran tambang tiket Komuter tahun 2001. Terima kasih banyak-banyak. #jujur." tulis KTM.



sumber:siakapkeli

Read more ...

Wednesday, March 15, 2017

Udara di China perlu dia bayar ?



Kalau di Malaysia kita cuma perlu pergi ke dalam hutan atau taman tumbuhan untuk menghirup udara segar, tetapi penduduk di bandar Xi'an, China pula perlu membayar 18 yuan (RM12) untuk mendapatkan satu tin udara segar untuk dihirup.

Menurut Shanghaiist, udara itu diambil dari kawansan pergunungan Qinling yang berada berdekatan dan ianya mula dijual baru-baru ini.

Setiap tin itu mempunyai 7 liter udara.

Bagaimanapun, agak mengejutkan juga apabila udara-udara itu dijual oleh jabatan perhutanan tempatan di sini dengan pelaburan 200,000 yuan (RM128,000) dari kerajaan untuk projek tersebut.



'Ini adalah langkah pertama kerajaan meletakkan cukai ke atas udara, ' tulis seorang netizen di negara itu.

Tahun lepas, udara segar dijual pada harga yang lebih murah; 1 yuan; di sebuah pasar raya di kawasan yang sama.



Sumber:SiakapKeli


Read more ...

Gereja pertama yang menyebah Syaitan (Lucifer)


   Pada Tahun 2013 ,gereja pertama yang menyebah Syaitan yang dikenali Lucifer dibina di utara benua Amerika . Texas menjadi saksi kepada pembinaan gereja itu . Gereja itu dibina untuk pengikut Syaitan yang dipanggil sebagai Luciferian . Gereja itu dibina oleh Jacob Mckelvy di   Old Town Spring, Texas.

  Gereja itu mendapat banyak tentangan daripada pengikut Kristian ,ramai pengikut Kristian ingin meruntuhkan gereja Lucifer tersebut. Texas yang merupakan Negeri yang paling tinggi agamanya menyebabkan banyak tentangan daripada orang sekeliling.Meskipun terdapat tentangan masih ada yang menyertai dan menjadi ahli gereja tersebut ,kerana disana perkahwinan sama jantina dibenarkan dan masih ada yang dapat menerima mereka.

  Pengasas gereja tersebut, Jacob Mckelvy berkata bahawa dia akan menyebarkan lagi dan mencari lebih ramai pengikut Lucifer.Dia juga berkata semenjak menjadi pengikut Lucifer dia mendapat rezeki yang melimpah ruah.Sebelum ini Jacob merupakan paderi Kristian dan dia melihat banyak kengsesaraan kepada pengikut kristian.Lalu dia mengubah kepercayaannya.


   Kita sebagai penduduk Malaysia amat beruntung kerana jauh daripada pengaruh yang buruk ini. Kita sebagai rakyat Malaysia harus percaya teguh kepada tuhan .







wikipedia

Read more ...

Lelaki daripada negara Namibia (afrika selatan) menyanyikan lagu tentang Malaysia ?


       Kaiho merupakan seorang pelajar berkerakyatan Namibia .Beliau belajar di UPSI universiti di Malaysia. Kaiho yang tinggal di Tanjung Malim ,ditaja oleh Biasiswa negaranya untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia . Di rumahnya di Tanjung Malim Kaiho tinggal bersama rakan-rakannya yang sama negara dengannya.


      Pada 28 Februari Kaiho berjaya menghasilkan sebuah lagu yang ditujukan khas untuk menunjukan cintanya kepada negara Malaysia.Pembuatan lagu tersebut dibantu oleh MVM MUSIC.
Ini menunjukkan bahawa negara kita Malaysia merupakan negara yang bertuah kerana ramai pelajar ingin belajar di negara ini kerana keharmonian dan keadaan kondusif  untuk belajar dan menimba pengalaman.


Read more ...