Monday, July 06, 2020

Al Jazeera mengkritik kerajaan Malaysia tentang isu Pendatang tanpa izin

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan laporan dokumentasi yang disiarkan dalam "Channel" youtube media Al-Jazeera yang bertajuk "Locked Up in Malaysia's Lockdown". Video yang berdurasi 25 minit itu menceritakan bagaimana pendatang tanpa izin ini telah dilayan dengan buruk oleh kerajaan Malaysia.

Ada juga individu di dalam video tersebut yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia melayan pendatang tanpa izin seperti seekor anjing. Persoalan yang admin nak timbulkan adakah label yang diletakkan oleh agensi media itu adalah adil dan tanpa bias.

Menteri Kanan ( Kluster Keselamatan) Malaysia , Ismail Sabri telah memberikan reaksi terhadap video tersebut dengan mencabar agensi media tersebut, "Saya cabar Al Jazeera untuk memberikan nama negara yang beri kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen termasuk tinggal secara bebas dalam negara mereka.

"Setahu saya, tiada negara yang akan berbuat demikian termasuk di negara Al Jazeera ada sekarang ini," tegasnya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Ramai juga netizen di dalam twitter berpendapat bahawa laporan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut adalah tidak adil dan berat sebelah.























Ramai netizen pengguna twitter berpendapat bahawa, serangan ini merupakan bersifat politik(PH menyuruh Aljazeera menghina kerajaan PN), tapi masih tidak dapat disokong dengan mana-mana fakta ya sahih. Tetapi admin tidak mahu bersangka buruk dan admin mengambil stand untuk tidak mempercayai statement tersebut.


Isu ini merupakan satu isu yang mampu memalukan nama baik negara Malaysia yang sedang naik keatas akibat kejayaan kita memerangi penyakit berjangkit Covid-19. Jadi apakah pendapat korang dalam isu ini? 

Jika anda tidak bersetuju dengan laporan tersebut anda boleh submit your report terhadap video tersebut.



            Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, tindakan media antarabangsa itu jelas tidak beretika dan berniat jahat untuk memburukkan nama Malaysia.

"Tuduhan yang dibuat itu amat tidak wajar dan berniat tidak baik kerana menuduh secara membuta tuli. Saya percaya agensi media itu mempunyai niat kurang baik kerana melaporkan perkara yang tidak betul.

"Apa yang dilakukan kerajaan bagi menangani penularan wabak COVID-19 adalah berdasarkan undang-undang dan dilakukan secara menyeluruh termasuk rakyat di negara ini," katanya.

Beliau menambah, laporan agensi media itu yang mendakwa kanak-kanak warga asing digari sebelum dibawa ke pusat tahanan juga merupakan suatu pembohongan.

"Saya ingin jelaskan, kanak-kanak yang ditahan tidak pernah digari, malah mereka ditempatkan di kawasan khas dan diasingkan daripada ibu bapa mereka.

"Ini fakta sebenar, tapi saya percaya Al Jazeera tidak tahu fakta sebenar tapi atas niat tidak baik terhadap Malaysia, maka perkara tidak betul dilaporkan termasuk menuduh kita rasis," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menggesa agar agensi media itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kesilapan yang dilakukan.

Beliau dalam masa sama menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum yang telah menyatakan sokongan terhadap tindakan yang dilakukan kerajaan.

"Saya kira mereka menentang segala laporan Al Jazeera dan semalam saya lihat beratus ribu telah 'dislike' sehingga agensi berita itu menutup ruangan komen yang 100 peratus tidak bersetuju dengan laporan itu," tambahnya.

-Astro Awani

No comments:

Post a Comment