Isu ini merupakan isu yang sangat hebat di bincangkan . Bila kita cakap isu ini , ia seakan taboo untuk dibincangkan ditempat awam . Jadi hari ni saya akan bincangkan sama ada, ada atau tidak peluang untuk seorang rakyat Malaysia yang berbangsa cina untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia
Read more ...
Secara teori tiada yang menghalang untuk seorang bangsa cina untuk menjadi Perdana Menteri . Jika kita lihat kepada perlembagaan persekutuan perkara 43(2)(a) . Dalam perkara ini ia menerangkan tentang syarat-syarat untuk seseorang Perdana Menteri Itu akan dipilih.
- Perdana Menteri haruslah daripada ahli Dewan Rakyat
- Mestilah mendapat kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat
Kalau kita pergi lebih jauh dalam perkara 43(7) perlembagaan persekutuan . ia menerangkan bahawa Perdana Menteri tidak boleh dipilih dikalangan rakyat yang mendapat kerakyatan melalui 'naturalization'.
Akhir sekali kita dapat lihat bahawa tiada undang-undang yang menghalang untuk bangsa cina untuk menjadi Perdana Menteri
Artikel ini hanya untuk perkongsian ilmu. Jika salah boleh diperbaiki ..