Sunday, March 26, 2017

Tunku Mahkota Johor(TMJ) sah Menjadi Presiden FAM ke-53 bagi penggal 2017-2021

Foto: FMT

Petaling Jaya, 25 Mac: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sah mengambil alih kerusi presiden Kongres Persatuan Bolasepak (FAM) yang ke-53 bagi penggal 2017-2021 sebentar tadi.

Harian Metro berkata, usul yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin itu mendapat sokongan penuh dari perwakilan bagi membolehkan TMJ menang tanpa bertanding susulan seorang lagi calon, Tan Sri Annuar Musa menarik diri pada Khamis.

TMJ mengambil alih kerusi yang ditinggalkan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang meletak jawatan pada September 2015.

Sumber: Harian MetroBH Online
Read more ...

kemalangan dan runtuhan manusia berlaku , apabila ekskalator mula berhenti dan bergerak secara undur (video)





Hong Kong - Sekurang-kurangnya 18 orang cedera di Langham Place pada petang Sabtu selepas sebuah eskalator tiba-tiba berhenti dan bergerak ke arah bertentangan, lapor SCMP.

Rakaman video yang dimuat naik di internet memaparkan bagaimana eskalator itu bertukar arah dalam masa yang pantas menyebabkan orang ramai hilang keseimbangan lalu menyebabkan 'runtuhan manusia'.

Saksi berkata, mereka melihat empat lelaki dan 14 wanita hilang keseimbangan sebelum bergolek jauth dari eskalator tersebut. Seorang lelaki cedera di kepala dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, kata jurucakap polis.

Salah seorang wanita yang cedera di kaki akibat insiden itu berkata eskalator terbabit bergerak dua kali lebih pantas dari biasa. Tambahnya juga, escalator itu juga berhenti beberapa minit pada tengahhari sebelum kejadian.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 4 petang waktu tempatan.

Jurucakap Langham Place memberitahu SCMP bahawa pihak pengurusan pusat beli belah akan menawarkan bantuan untuk mangsa dan akan memberi kerjasama penuh untuk siasatan.

Eskalator padat di pusat beli belah Mong Kok itu merupakan eskalator terpanjang di Hong Kong. 

Sumber: SCMP
siakap keli

Read more ...

Saturday, March 25, 2017

Perlakon cerita The Chronicles of Narnia 'Dulu comel sekarang menjadi gadis yang cantik'


Korang pernah tak menonton filem The Chronicles of Narnia? Pasti ramai yang mengenali gadis kecil ini. Georgie Henley atau kanak-kanak yang berperanan sebagai Lucy Penvesie. Budak pertama yang menemui jalan rahsia yang menghubungkan dunianya ke Narnia. Filem tersebut pertama kali di keluarkan pada tahun 2005. Berikut ini adalah gambar perkembangan Lucy dari tahun 2005 hingga kini.





gabancomel

Read more ...

Friday, March 24, 2017

Kematian seorang komposer kita pada hari ini, Johan Nawawi

KUALA LUMPUR: Komposer terkenal yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin, Johan Nawawi, 52, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak malam tadi. Berita sedih itu dikongsi beberapa kenalan industri termasuk pengurus artis, Lisa Tahir.
Mesej suara Nora memaklumkan kematian suaminya, Johan Nawawi.
Bagaimanapun, punca kematian Johan belum dapat dikenalpasti. Allahyarham difahamkan mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti jantung, gout dan kencing manis. Jenazah akan dimandi dan dikafankan di masjid di Kampung Tunku, Petaling Jaya, selepas solat Jumaat.
Sepanjang kariernya, Johan aktif mencipta lagu termasuk lagu buat isterinya seperti Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.
Read more ...

Tindakkan ibu tua yang mendukung anaknya yang mempunyai penyakit



Biarpun di usia yang tua dan semakin uzur, Julieta Lorenzo masih menggagahkan diri mengendong anaknya yang cacat kemana sahaja mereka pergi dari rumah mereka di Barangay Bolo, Roxas City.

Minggu lepas, seorang pengguna Facebook, Gilbred Cargason Alsagon Jr. memuat naik kisah menyayat hati ibu tua itu di Facebook yang enggan menerima bantuan dari pengawal keselamatan untuk mengendong anaknya yang berusia 30 tahun itu.

Foto dan video kejadian itu dirakam di sebuah Bank di Filipina ketika ibu tua itu pergi untuk mengambil duit pencennya yang berjumlah 1200 Peso (RM278).

Menurut Gilbred, anak Julieta tidak mampu bercakap, berjalan mahupun berdiri. Disebabkan itu, Julieta perlu mengendongnya setiap kali mahu bergerak keluar ke mana-mana.



Tambah Gilbred lagi, kedua-dua Julieta dan anaknya, Mary Jane, itu mengalami kesukaran untuk berjalan lebih-lebih lagi kerana rumah mereka berada di laluan berhutan dan berbukit. Setiap bulan, mereka akan datang ke bank itu untuk mengutip duit pencen.

Laluan ke rumah Julieta

"Anaknya lumpuh sejak berusia tiga tahun. Mereka berdua tinggal bersendirian dan nenek Julieta perlu mengendong anaknya setiap kali dia perlu ke bandar kerana risau anaknya itu akan dicabul jika tinggal bersendirian." kata Gilbred.

Gambar yang dimuat naik oleh Gilbred itu telah dikongsi lebih 37,000 kali dan video yang dimuat naik oleh beliau ditonton lbeih 3.5 juta kali.

Dalam masa yang sama, Gilbred meminta mereka yang lebih berkemampuan agar menderma kepada keluarga Julieta.

Sumber: inquirer.net
Read more ...

10 gambar kapal terbang yang dilukis secara kreatif

 Orang ramai sering menyebutnya dengan "lukisan pada kapal terbang", tetapi syarikat penerbangan menyebutnya "liveries", sebuah kata yang diambil dari bahasa latin.Lukisan pada kapal terbang digunakan oleh syarikat-syarikat dengan tujuan tertentu. Mulai dari untuk meningkatkan jumlah penumpang, dedikasi pada suatu hal hingga perayaan ulang tahun. Dengan adanya lukisan pada kapal terbang ini, terbang dengan menggunakan kapal terbang menjadi lebih menyenangkan.

 Berikut 10 lukisan pada kapal terbang yang  kreatif dari pelbagai syarikat;


 1 . Kulula Air

 2 . All Nippon Airways ( ANA ) - Pokemon

 3 . Air New Zealand - Hobbit Air



4 . Alaska Airlines - Salmon Thirty Salmon




5 . Eva Air - Hello Kitty Jet


 6 . US Airways - The Arizona Cardinals


 7 . Qantas - Aboriginal Art


 8 . Germanwings - Berlin Bear




9 . Continental - Peter Max


 10 . Switzerland International ' s San Francisco Job
gabancomel
Read more ...

Lelaki yang memuat naik foto selfienya dengan seramai 3000 orang asing dalam masa 9 bulan


Seorang lelaki muda dari Chongqing menjadi sensasi internet apabila dia memuat naik fotonya berselfie dengan lebih 3,000 orang asing dalam masa sembilan bulan bagi meningkatkan keyakinan dir dan menyebarkan positiviti.

Mei Xiao, 23, berhijrah ke Hengdian, wilayah Zhejiang, pada Jun untuk mengejar impiannya menjadi seorang pelakon.

Bagaimanapun, dia tidak dapat sebarang tawaran untuk berlakon dalam mana-mana cerita biarpun sudah seminggu di sana.

Untuk mengumpan perhatian umum, Mei Xiao mula melakukan perkara pelik seperti berjogging sambil memakai pakaian aneh. Beberapa selepas itu, idea yang lebih baik mula menjengah fikirannya - berselfie dengan satu senyuman.

Apabila bertemu dengan orang asing, dia akan memberitahu impiannya dan bercerita tentang menyebarkan positiviti. Dia kemudian akan berselfie dengan orang asing itu.

Biarpun kadang-kadang permintaannya dipandang seorang oleh orang ramai, Mei Xiao sudah berjaya mengumpul lebih 3,000 selfie dengan pelbagai gaya.

Kini, dia masih lagi dengan misinya - untuk mengambil gambar selfie terbanyak untuk masuk ke Guiness World Record.

"Ada ungkapan mengatakan, orang yang banyak senyum akan bernasib baik, dan saya berharap impian saya akan jadi kenyataan satu hari nanti.

Bagaimanapun, tidak mudah bagi Mei Xiao memecahkan rekod Guiness dengan foto selfie terbanyak. Menurut Shanghaiist, seorang pemandu teksi di Shenyang mempunyai koleksi foto selfie dengan 30,000 orang penumpang.









siakapkeli
Read more ...

Perdana Menteri Britain , melawat mangsa serangan di Hospital

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May melawat hospital dan bercakap dengan mangsa serangan pada Rabu serta kakitangan hospital, kata jurucakapnya hari ini.
Kira-kira 40 orang cedera, 29 daripadanya masih dirawat, manakala tujuh kritikal dalam serangan berhampiran bangunan Parlimen yang meragut lima nyawa, termasuk penyerang.
"Beliau menandatangani buku ucapan takziah dan berada di hospital selama kira-kira 40 minit, berbual dengan mangsa dan menyatakan penghargaan kepada kakitangan hospital kerana melakukan tugas dengan baik," kata jurucakap itu.
May juga dilapor menghadap Ratu Elizabeth petang, semalam. - Reuters
Read more ...

Lawatan Raja Salman ke Masjidil Haram ,dan mengerjakan solat didalam Kaabah

Raja Arab Saudi iaitu Raja Salman Bin Abdul Aziz Al Saud telah membuat lawatan ke Masjidil Haram untuk melihat perkembangan Tanah Suci itu sebelum Subuh, Ahad lalu. Malah Raja Salman sempat membersihkan dan mengerjakan solat di dalam Kaabah.


Jurutera Bakr bin Mohammed memberi taklimat kepada Raja Salman mengenai perkembangan kerja-kerja pembesaran kawasan Masjidil Haram, Mekah. Projek yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020 menggunakan kos sebanyak SR21 billion dan akan meningkatkan kapasiti untuk 2.5juta jemaah.
KREDIT OH MEDIA.
Read more ...

Thursday, March 23, 2017

8 Produk Kosmetik Terbaharu Yang Telah Dikaji Dan Didapati Beracun Oleh KKM 2017.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata produk kosmetik yang didedahkan ini mengandungi raksa, hidrokuinon dan tretinoin yang boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan.

Kelapan produk kosmetik berkenaan adalah seperti berikut:
  1. Moleek Day Cream
  2. Adel Miracle Flawless Serum
  3. Ah Beauty Night Cream
  4. NDZ UV Whitening
  5. Snow Cream Norma
  6. Snow Cream Sensitif
  7. Dnars Nar Cream-Sensitif
  8. Ellfie Night Cream
Berikutan pengesanan bahan beracun berjadual itu, notifikasi produk-produk kosmetik tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM.

“Penjual dan pengedar produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta.

“Mereka turut diingatkan penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Bagi syarikat yang melakukan empat kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya memetik Berita Harian.

Dr. Noor Hisham berkata produk yang mengandungi hidrokuinon dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan terlalu sensitif.

“Kesan daripada penggunaan hidrokuinon boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan dan penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan sensitif kepada cahaya matahari.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan raksa boleh memudaratkan kesihatan kerana raksa yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf,“ katanya.

Read more ...

Masyarakat yang tinggal di dalam bukit batu , iaitu masyarakat Mormon

Sebuah masyarakat kecil Mormon fundamentalis, kira-kira 15 Lelaki hidup bekeluarga secara berpoligami dalam rumah yang unik dibina oleh mereka sendiri. Rumah-rumah moden literal yang diukir di tebing sebuah batu besar di padang pasir selatan Moab, Utah. Rockland Ranch, secara tidak rasminya dikenali sebagai "The Rock," diasaskan kira-kira 35 tahun yang lalu oleh Robert Dekan Foster, bagi untuk mewujudkan, kawasan yang selamat untuk masyarakat Kristian yang memilih perkahwinan majmuk.

Dinding-dinding batu di letupkan dengan menggunakan dinamit untuk di jadikan gua, kemudian dibina rumah yang agak moden, lengkap dengan air, elektrik, akses internet, dan banyak lagi keperluan asas yang sempurna. Jurugambar Reuters, Jimmy Urquhart telah dijemput untuk melawat dan mengambil gambar kawasan The Rock ini, dan kembali dengan gambar-gambar ini, memperlihatkan di dalam masyarakat Utah yang unik.








dairishare
Read more ...