Wednesday, March 16, 2016

Senarai Anggaran Gaji 10 Pemain Bola Malaysia Tertinggi Anda Pasti Terkejut Dengan Gaji Khairul Fahmi.

Senarai Anggaran Gaji 10 Pemain Bola Malaysia Tertinggi Anda Pasti Terkejut Dengan Gaji Khairul Fahmi



1. Safe Sali RM120,000 Pemain JDT

senarai-gaji-pemain-bola-sepak-malaysia-2015.jpeg
Safe Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain bola sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia. Safee telah menyertai pasukan itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106 ribu) dan menerima gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470. Namun pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.
2. Khairul Fahmi Che Mat (Apek) – RM100,000 – Kelantan

gaji-tertinggi-pemain-bola-sepak-malaysia-2015.jpeg
Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali dengan panggilan Apek dikatakan panjaga gol yang dibayar gaji termahal dalam Liga Malaysia. Apek bukan sahaja menerima gaji yang lumayan bersama Kelantan malah beliau turut menerima pelbagai pendapatan lain lagi di luar padang. Beberapa musim lepas, Apek dikhabarkan turut menerima tawaran lumayan dari sebuah pasukan dan akan meletakkannya sebagai pemain termahal namun Apek memilih untuk kekal bersama Kelantan.
3. Amri Yahyah – RM85,000 – Johor Darul Takzim

senarai-10-gaji-tertinggi-pemain-bolasepak-malaysia-2015-2016.jpeg
Amri Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun dan sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200 kali dan menjaringkan sebanyak 71 gol. Ini menjadikan Amri salah seorang pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan. Amri, 34, kemudian telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darul Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.
4. Norshahrul Idlan Talaha – RM80,000 – ATM (Kini bersama Terengganu)

senarai-10-gaji-tertinggi-pemain-bolasepak-malaysia-2015.jpeg
Pemain kelahiran Besut ini merupakan seorang penyerang yang cukup berbisa ketika bermain bersama pasukan Kelantan dan juga pasukan Malaysia sehingga pasukan kebangsaan berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Pada tahun 2013 pemain berusia 28 tahun itu telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan (JDT) selepas menerima tawaran lumayan iaitu menerima gaji sekitar RM80,000 sebulan. Bagaimanapun, Norshahrul gagal memberi impak besar terhadap pasukannya apabila hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam 35 penampilannya bersama JDT. Norshahrul kemudiannya berhijrah ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kini beliau nampaknya telah menyarung jersi negeri kelahirannya, Terengganu.
5. Indra Putra Mahyuddin – RM75,000 – Felda United

gaji-pemain-bolasepak-malaysia-2015.jpeg
Pemain berusia 33 tahun ini merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilihat sebagai pemain serba boleh. Dia yang bermain sebagai penyerang dan di bahagaian sayap pernah bermain untuk banyak negeri dan kelab antaranya Perak FA, Pahang FA, Selangor FA, Kelantan FA, T-Team dan kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.
6. Baddrol Bakhtiar – RM65,000 – Kedah

gaji-tertinggi-pemain-bolasepak-malaysia-2015.jpeg
Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan ‘senior’ Kedah dan kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker) dan sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan. Walaupun tidak bermain di posisi penyerang bersama Kedah, namun 76 gol yang dijaringkan daripada 160 penampilannya cukup menggambarkan kehebatan pemain berusia 27 tahun ini yang dikatakan menerima gaji sekitar RM65,000 sebulan.
7. Safiq Rahim – RM50,000 – Johor Darul Takzim
09safig.transformed.jpg
Tidak dinafikan bahawa Safiq Rahim merupakan antara pemain tengah terbaik dalam Liga Malaysia (pemain tempatan). Sebelum ini Safiq beraksi dengan cukup cemerlang bersama Selangor dan pasukan kebangsaan. Menerima tawaran yang cukup lumayan dari JDT sudah tentu sukar untuk dilepaskan.
8. Badhri Radzi (Piya) – RM50,000 – Kelantan

senarai-gaji-tertinggi-pemain-bolasepak-malaysia-2015-1.jpeg
Nama Piya tidak asing lagi dikalangan peminat pasukan Kelantan dan juga dalam Liga Malaysia. Mempunyai skil sepakan sudut dan percuma yang menarik, Piya adalah lawan kepada Safiq Rahim. Piya juga pernah menerima tawaran lumayan dari beberapa pasukan. Namun mungkin kerana kesetiaan kepada pasukan negeri Piya memilih untuk kekal. Lagipun gaji yang Piya terima di Kelantan juga adalah antara yang tertinggi. Begitupun prestasi Piya nampaknya sedikit merudum dan mungkin memerlukan masa untuk beliau kembali ke prestasi terbaiknya.
9. Aidil Zafuan – RM50,000 – Johor Darul Takzim

gaji-pemain-malaysia-2015.jpeg
Beliau antara tonggak pertahanan terbaik yang ada di Malaysia. Pemain yang cukup kental dan sukar untuk dilepasi, Aidil bersama kembarnya Zaquan menerima tawaran lumayan untuk berhijrah ke Johor Darul Takzim dari pasukan Negeri Sembilan. Mungkin menerima saingan yang cukup sengit daripada beberapa muka baru selain mengalami kecederaan, Aidil nampaknya kurang beraksi dan gagal mendapatkan aksi dalam kesebelasan utama. Berkenaan gaji Aidil, ia didedahkan oleh bekas isterinya, Rita Rudaini dalam usaha menuntut nafkah untuk dua anak mereka.
10. Norfarhan – RM40,000 – Kelantan
norfarhan-kelantan.jpg
Cukup lincah dan mempunyai penyudah yang baik. Norfarhan memilih untuk kembali bersama pasukan Kelantan pada musim 2015. Sebelum itu, beliau telah berhijrah pulang ke pasukan asalnya Terengganu. Norfarhan dikatakan menerima sekitar RM40,000 sebulan di Kelantan. Bagaimanapun beliau perlu buktikan kemampuan sebenarnya kerana ketika ini beliau masih belum mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan juga.
(Sila ambil perhatian jumlah pendapatan yang dipaparkan adalah anggaran kasar bulanan gaji pemain berkenaan, dan berkemungkinan termasuk tajaan dan pengiklanan dan bukan jumlah sebenar)
IMG_8081723934654.jpeg

No comments:

Post a Comment