Thursday, December 28, 2017

Agama sebagai sauh kemoralan masyarakat (bahagian1)

Assalamualaikum atau Hai . Hari ini Allz nak cita bagaimana agama boleh menjadi sauh kepada moral kepada sesebuah masyarat didunia ni.Terdapat banyak kayu ukur untuk mengukur kemoralan didunia ini,contohnya


  1. Pendapat umum terhadap isu tersebut
  2. Keputusan/hasil akhir kepada perbuatan tersebut
  3. Kayu ukur agama
Macam sebelum ni Allz ada bagi tahu bahawa moral sesebuah manusia itu cukup dinamik ,boleh berubah-ubah. Jadi kita tahu cara satu dan dua itu bukan lah cara yang selamat untuk menjadi sauh kerana ,sifatnya yang sentiasa berubah .Sifat yang perlu ada untuk menjadi sauh kepada moral sesebuah masyarakat adalah tetap dan tidak berubah.Jadi apa lagi pilihan yang paling tepat kalau bukan agama.Kerana kita tahu agama adalah satu entiti yang tidak mudah berubah ,nilai agama akan sentiasa kekal . Allz ambik contoh bagi agama Islam.Contoh yang cukup mudah,setelah wahyu terakhir diturunkan tiada perubahan yang berlaku pada sumber utama(Al-Quran dan Hadis) pada nilai agama Islam.Perkara ini membuktikan bahawa nilai sesebuah entiti yang bernama agama cukup sukar untuk diubah,dengan itu kita boleh menjadikan agama sebagai panduan untuk menjadi kayu ukur kemoralan masyarakat. 


Kerana kita tahu untuk mencari sauh yang kuat kita perlu mencari sauh yang tidak mudah untuk berubah nilainya.Kerana sauh itu akan menjadi alat untuk mengekalkan suatu entiti yang cukup dinamik iaitu adalah Moral sesebuah masyarakat.Bila kita menjadikan agama sebagai sauh , maka tiada perubahan dalam cara mengukur satu-satu tindakkan itu sebagai tindakkan yang bermoral atau tidak ,bila cara pengukuran itu kekal maka penerimaan untuk perkara yang tidak bermoral akan lebih sukar .

Allz akan sambung pada bahagian kedua

Agama sebagai sauh kemoralan masyarakat (bahagian2)

No comments:

Post a Comment