Wednesday, December 27, 2017

Mengapa moral masyarakat zaman sekarang semakin rendah?

Assalamualaikum atau hai , hari ini Allz nak bincang satu tajuk yang agak menarik . Pernah tak korang tertanya bagaimana dunia yang dulunya mengecam tindakkan yang tidak bermoral mula menerima tindakkan-tindakkan tersebut. 

Makin lama, perangai manusia makin tidak bermoral . Untuk bagi korang faham apa itu maksud moral , moral adalah satu kebolehan untuk membezakan antara perbuatan yang baik dan buruk. Jadi mengapa 'standard' moral masyarakat kita semakin lama semakin jatuh . Dulu jangankan berpegang tangan , 'becouple' pun dah jadi isu besar dalam masyarat kita . Tapi kenapa ? semakin lama tindakkan-tindakkan yang dulunya tak boleh ini semakin lama diterima oleh masyarakat.





Punca utama yang kita tak boleh nafikan adalah masyarakat kita mula terbiasa ,dan seperti biasa perkara yang normal akan diterima. Apabila majoriti masyarakat membuat perkara yang buruk itu seperti perbuatan yang normal, semakin lama perbuatan itu akan diterima dan tidak lagi dipanggil sebagai perbuatan yang tidak bermoral .Kemoralan seseorang manusia itu adalah cukup-cukup dinamik . Ia boleh berubah dalam sekelip mata .Mungkin hari ini kita kata zina itu adalah perkara yang tidak bermoral , tetapi jangan terkejut ,generasi akan datang akan katakan berzina itu seperti tengok wayang dengan 'girlfriend je'.

semua benda ini boleh berlaku kerana kita tahu moralnya seseorang itu adalah perbuatanya diterima atau tidak oleh majoriti . Jika kita berzina sekalipun ,tetapi masyarakat dah terima , itu bukan satu perbuatan yang tidak moral.


Allz akan sambung macam mana agama merupakan sauh kepada kemoralan sesebuah masyarakat . 

No comments:

Post a Comment